klik atas

backlink

gambar laju

Monday, July 30, 2012

Marilah Mengerjakan Sembahyang


SOLAT

  • Bukan PART TIME
  • Bukan SOMETIME
  • Bukan NO TIME

  • Mesti Buat FULL TIME
  • Mesti Buat ON TIME
  • Kalau Boleh OVERTIME

Sebab.... MATI ANYTIME


Massage ini dibawa oleh anime4nz dan Keluarga Avail

Sunday, July 29, 2012

Pelupusan betul pelihara kesucian Al-Quran

KEBIASAANNYA masyarakat Islam dihidangkan dengan kaedah pengebumian mayat berpandukan ajaran Islam, tetapi jarang sekali kita didedahkan dengan kaedah atau teknik betul dalam melupuskan al Quran lama atau bahan bercetak mengandungi ayat al Quran.

Akibat fenomena itu, ramai pihak mengambil mudah dalam soal berkenaan hinggakan ada yang tergamak membuang al-Quran lama di tempat tidak sepatutnya.


Malah, tidak kurang juga pengusaha kedai fotostat membuang kertas mengandungi ayat al-Quran secara mudah dan tidak diuruskan dengan sewajarnya.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu dan Jabatan Laut Wilayah Timur bersepakat melupuskan al-Quran lama berpandukan garis panduan yang ditetapkan Islam dengan seliaan Jabatan Mufti Negeri Terengganu.


Baru-baru ini, tercatat sejarah apabila lebih 200 kilogram abu al-Quran yang dibakar menggunakan relau (insinerator) direka khas oleh JHEAT menggunakan dram dilupuskan di tengah Laut China Selatan iaitu sembilan batu nautika dari muara Kuala Terengganu di kedalaman 37 meter.

Program Pelupusan al Quran Lama dan Bahan Bercetak Teks al Quran itu yang turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh dan Ketua Penolong Pesuruhjaya Penyelidikan JHEAT, Mohd Noor Mohamad, dilihat sebagai program yang berjaya dalam membendung orang ramai daripada membuang atau melupuskan al-Quran dengan cara tidak betul.

Muhammad Ramli berkata, dengan penganjuran program seperti itu, orang ramai tiada alasan untuk membuang naskhah al-Quran di merata tempat atau membiarkannya di tempat tidak sepatutnya.

Patung FIGURA - bukan sekadar hobi

PERMAINAN figura aksi memang sesuatu yang sinonim dengan kanak-kanak. Tunjukkan apa sahaja jenis permainan sekalipun, pasti ia mampu menarik perhatian mereka.

Kini, permainan figura aksi bukan sahaja menjadi rebutan peminat cilik bahkan juga menjadi kegilaan pengumpul di kalangan orang dewasa dan bekerjaya.

Malah, syarikat pembuat mainan seperti Hasbro, Toynami, Takara Tomy, Bandai, Tamiya dan sebagainya semakin menumpukan koleksi permainan yang dikhususkan untuk orang dewasa.

Mainan yang dikumpul juga dilihat lebih bebas, tidak tertumpu kepada koleksi adiwira atau superhero sahaja, sebaliknya koleksi yang diadaptasi daripada filem seperti E.T, Mission Impossible dan lain-lain kian mendapat sambutan.

Baru-baru ini .com berpeluang untuk berhimpun bersama dengan pengumpul mainan figura aksi untuk melihat sendiri pelbagai koleksi mainan yang dipamerkan di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Monday, July 23, 2012

Klik dengan bijak

Anime4nz tahu anda semua di luar sana pengguna internet yang bijak ! ! ! Jadi....


JAGA KESELAMATAN KATA LALUAN ANDA.
  • Gunakan kata laluan yang sukar untuk diteka tetapi mudah untuk anda ingati.
  • Tukar kata laluan anda sekerap yang mungkin.

TERAPKAN NILAI-NILAI MURNI.
  • Amalkan sifat hormat menghormati ketika anda berkongsi pandangan.
  • Jangan biarkan emosi mempengaruhi anda.

AMALKAN BUDI BAHASA.
  • Elakkan daripada menggunakan bahasa dan perkataan yang boleh mengguris perasaan orang lain.

BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS APA YANG ANDA TULIS DAN KATAKAN.
  • Selidik dahulu maklumat yang ingin anda kongsikan dan pastikan ia tepat.
  • Jangan sebar fitnah dan khabar angin.

LINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI ANDA.
  • Bijak berkongsi maklumat peribadi anda.
  • Pastikan kesahihan pihak yang anda berurusan.

WASPADA MENGGUNAKAN EMEL.
  • Sentiasa berhati-hati dengan emel yang diterima dari orang yang tidak anda kenali.
  • Elakkan dari menjadi mangsa penipuan Internet.


Message ini dibawa khas dari KELUARGA AVAIL ..... JOM SIHAT.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online