klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, February 28, 2012

Pinjaman Bank : Syarat 2012 Sukar ?

Pinjaman Bank : Syarat Makin Susah Bermula 1 Januari 2012. Respon Anda?

Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin “sedikit sahaja bernasib baik”, kerana bermula awal tahun 2012, pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank. 
  • Berkuat kuasa 1 Januari 2012
  • Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
  • Ambil kira pendapatan bersih
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari 2012. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.
Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)

Sunday, February 26, 2012

Surat Akujanji

BULAN tersenyum indah di dada langit. Angin membisu seribu bahasa. Menjelang musim kemarau begitu memagar suasana keselesaan. Hawa agak panas dan membingitkan.

Merimaskan perasaannya. Petang tadi anak sulung dan menantunya pulang. Kepulangan yang mendebarkan hatinya, menggusarkan sukmanya, pun hati dan sukma isterinya, Mak Salmah.

Pak Rahmat turun ke beranda rumahnya untuk merehatkan badan. Dia membawa secelepa tembakau, seberkas rokok daun nipah dan sekotak mancis. Keselesaan hidup seorang pesara, seperti dirinya jua. Tubuhnya disalut baju panas cap Pagoda, berkain pelekat cap Gajah Duduk.

Dia melabuhkan punggungnya di atas tikar mengkuang yang terhampar di situ. Tuala kecil tersangkut di bahunya. Itulah identitinya, seorang pesara guru, juga seorang penulis menjangkau umur tujuh puluhan, namun tubuhnya masih segar. Mungkin hikmah riadah dari kebunnya.

Matanya menjamah permukaan bulan di angkasa. Betapa cahaya itu memesrakan sukmanya.

“Hm! Panas juga malam-malam begini bang,” tegur Mak Salmah, sambil membawa raga yang bertangkal, bekas sirih pinangnya.
“Apa dah jadi dengan budak-budak kita tu ha?" tanya Mak Salmah.

Pertanyaan itu mencuit hatinya. “Hal itulah yang aku fikir-fikirkan ni,” sela Pak Rahmat sambil menghisap rokok daun nipahnya.

Thursday, February 23, 2012

Cara / Ringkasan Hudud

RINGKASAN TENTANG HUDUD

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

1.1 APA ITU HUDUD?

1.2 MENGAPA IA DILAKSANAKAN

2.0 KEDUDUKAN HUDUD DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

3.0 HUKUM PELAKSANAAN HUDUD MENURUT ISLAM

4.0 HUDUD, QISAS, TA’ZIR DAN PERBEZAANNYA

5.0 AL-HUDUD

5.1 RIDDAH (MURTAD)

5.2 MABUK (MINUM ARAK)

5.3 ZINA

5.4 QAZAF (TUDUHAN ZINA)

5.5 PENCURIAN

5.6 PEMBERONTAKAN

5.7 ROMPAKAN (PENCURIAN BERKUMPULAN)

5.8 LIWAT

5.9 HUBUNGAN KELAMIN DENGAN HAIWAN

5.10 SIHIR

6.0 IKRAR DALAM HUDUD

7.0 HIKMAH HUDUD

7.1 KEPADA INDIVIDU

7.2 KEPADA MASYARAKAT

7.3 KEPADA AGAMA

7.4 KEPADA NEGARA

8.0 TERJEMAHAN / TAFSIR DARIPADA AL-QURAN BERKAITAN HUDUD

9.0 PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA

Tuesday, February 21, 2012

Maklumat Asas Mengenai Pinjaman Kereta

Kebanyakan orang muda ingin memiliki kereta sendiri sebaik sahaja mereka mula bekerja, malah sebahagian besar pekerjaan dalam bidang jualan memerlukan anda memiliki pengangkutan sendiri. Lazimnya, seorang ingin memperoleh pinjaman untuk membiayai pembelian sebuah kereta dan ini biasanya disebut Sewa Beli atau Pinjaman Sewa Beli. Ia disebut sedemikian kerana peminjam sebenarnya menyewa kereta daripada institusi kewangan yang merupakan pemilik sebenarnya sepanjang tempoh pinjaman anda.

Sebagai penyewa, anda membayar “sewa” atau bayaran ansuran kepada institusi kewangan berdasarkan terma dan syarat mereka. Jadi, pada hakikatnya anda tidak memiliki kereta tersebut sehinggalah dan melainkan anda selesai menjelaskan keseluruhan jumlah pinjamannya. Mari kita lihat pada contoh yang ringkas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online