klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, September 17, 2011

Cerpen Terengganu guna Huruf 'K'

3K Kelapa Katak, Kayu,

~Kulu kilir kotang kating ku kelih “Leh ”, kelek karung, kotok, kettah, keppong kussang kaing, kemmah kemming kepit kat ketiyok , kejak konar kanang, kejak konar kirri , kejak ketengoh , kejak ketepi, ke nok kiot kakah ni !!(dlm ati ku). Kadang kadang Leh kerek (kerapkali) keruk kuku kat kulik kepala, - Kulik Leh klihatang kotor , kuddih, khussang. Kaki Leh kretto’, karrak, kruttub, kemattu, kerah krettong kalih kalu kaki kena kaca, kena krawwak karat.( kabornya kena kreng- hok korek korek, kauk kauk.. kambuh kambuh tuu laaaa- Komatsu) .

Kalu Leh kelih kelibak “kakok kakok ” kelik keje, kuppul kat keda keset (cassette), ketawa kecil kih kih kih, kena plok hok kulik kuninglasak , kating kiyutmiut kuruh kuruh kecik kecik, Leh krissing krenyih krissing krenyih, kemewek konong konong “kennang” ker Kiyoh (koleksi Kiyoh- kebaya, kating cekke’ ge krengge , kasuk “krokedai” tumik tinggi, kacamata ‘Kaghera” kelam- Perghhhhh klah Kiyoh ). Kekadang Leh kata –“kiter kasih kemung”, Kiyoh kettor geggor, kecutberrut kakitangang, kena plok kat Kiyoh kebetollang kurang kaki tuu gok keccingang kerna ketakutang !!

~Kalu kita kelow, Leh kellong kotok !! Kalu kita kossek kediya, Leh kejor keliling kappong. Kesiyang kat Leh !!? Ku kehairanang kombaing kepelekkang !! Ku kelih Leh kutik katap kotok rokok, kettah, kasuk koyok “Kalbing Klaing” hok kullat, kadang kadang krakker (rangka) kipah KDK, kotok kalang, kukurrang, ketelabbi pong kadang kadang Leh keppong jugok kena kena tuu!!

Kelihatang Leh kuwih kaki kat kerek (perigi), kejor kattok kulit kruttub, Leh katok kattok, buh dalang kotok. Leh kutik kokkenut. Kalu koccok, Leh biya, kalu komeng Leh buh dlm kaing kussang . Leh kerat kayu, seputong, kandor atah palla bahu !! Kira kiraangnya, Leh nok kembali ke kakilima keda …kubang kediamang pat keddaroh, khellak dan jerenggengnya. Kotok, kelapa, katak kelihatan khappoh kat Leh kubbang. Ketika Leh kusyuk kelih kenderaan siyuh siyah siyuh siyah gi mari gelaluk hiruk pikok deppang matta , kelihatang sebuwoh kete Kelisa kaler kelabu..WMW XXXX ketepi lalu berhenti. Turung soghang lakki kacok …mettong gi tang ke Leh

~Pemuda : Pakcik, ambiklah duit nie, pergilah makan, kasihan sy melihat keadaan pak cik !! (sambil meletakkan duit didlm kotak yg dibawa Leh.

Leh : Korrok kerring mung , nok katok mapuh?

Pemuda : ??????????????

Cak ghappok ya lari, balik smulla ke kettenya….nasib baik aqu cepat beredar katanya…kalau x mati aqu, mcm nasib “tengkorak” yg dibawanya itu.

p/s kayanya bhs kitter , dgn hanya menggunakan satu abjad drpd 26 abjad yg ada, kita mampu merekacipta dan memenuhi satu mukasurat kajang

Kajang Pak itang Kajang Bertempat,
Kajang Hamba Mengkuang Layu,
Kajang Pendatang bermacam abjad,
Kajang hamba hanyalaa satu.

Thursday, September 15, 2011

Time to Fly ke Medan, Indonesia

Masa nya akan tiba..... Tiket dah ader yang sponsor.... dah book pun... cuma nak naik jer tak agi.... tempatnya indonesia. Apa la pengalaman yang akan ambe dapat dari sana ya... korang seme dah pernah pegi belum..... khabarnya boleh dapat juta juta kat saner... kaye kiter pak..... har har....

Kena persiapkan kelengkapan sebelum berangkat gak... kapan ya berangkat pak?? waduh dah cakap indon gitu.... waduh waduh..... Orang orang di Indonesia terimalah kedatangan hamba dari Malaysia ya....

Jangan ribut ribut..... kita percepatkan keja kiter nanti kiter jumpa di sna... terima kasih.... jumpa lagi

Sunday, September 11, 2011

Negara hijau, apakah pendirian kita?

BAYANGKAN untuk menjadikan rumah kita yang berkeluasan 24x70 kaki sebagai sebuah ‘rumah hijau’ yang mampu menjana, menyimpan dan mengurus tenaga dengan berkesan, kita hanya memerlukan RM100,000.

Kos ini termasuk penyelesaian bekalan tenaga yang menggunakan sistem solar terkini, penyimpanan bekalan tenaga menggunakan bateri litium ion dan peralatan jimat tenaga daripada Panasonic yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga berlebihan.

Mungkin bagi yang tidak memahami keperluan penjimatan tenaga akan merasakan jumlah ini terlalu tinggi, bahkan, merasakan ia satu pembaziran. Namun inilah hakikat masa kini untuk kita memasang peralatan dan menggunakan peralatan jimat tenaga.

Ia tidak datang dengan harga murah, malah dengan insentif yang diberikan kerajaan, kos kepada golongan berpendapatan sederhana masih tinggi. Jadi apakah hasrat kerajaan untuk mencapai status negara hijau akan terhasil dek kerana kos yang tinggi ini?

Wednesday, September 7, 2011

Kita Sebenarnya .....

KITA SEBENARNYA...


* Lebih gembira menyambut

1hb Januari daripada 1 Muharram


* Lebih tahu apa itu 
14 Februari daripada 12 Rabiulawal


* Lebih membesarkan hari

Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat


* Lebih khusyuk mendengar

lagu daripada mendengar Azan


* Lebih suka lepak, tidur,

tengok TV daripada sembahyang


* Lebih tahu tentang 
artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah


* Lebih suka menyebut

hello!...hai! daripada assalamualaikum


* Lebih suka pakai 
cap, topi daripada tudung, kopiah


* Lebih suka menyanyi

dangdut daripada berwirid, bertahmid


* Lebih suka memuji

manusia daripada Tuhan kita sendiri


* Lebih suka membaca

majalah hiburan daripada buku-buku agama


* Lebih suka ke konsert,

karaoke daripada ceramah agama


* Lebih suka memaki,

mengumpat orang daripada memuji mereka


* Lebih suka mencarut,

@#%^&! daripada menyebut MasyaAllah


* Lebih suka kemungkaran

daripada berbuat kebaikkan


* Lebih bangga dengan

kejahilan kita daripada bersyukur dengan

keimanan kita


* Lebih cintakan urusan dunia 
daripada urusan akhirat



TETAPI bila orang tanya

arah tujuan kita, kita pasti akan jawab


Kita

SEBENARNYA.....


Lebih suka menuju ke

Syurga daripada ke Neraka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online