klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, March 31, 2011

Tarian Poco-poco Haram??

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Kejadian Alam Asas Pemantapan Iman

Bencana alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada siapa pun yang dapat mengekangnya.

Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi 'padang jarak padang tekukur' apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat.

Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat Jepun yang masih trauma dengan kejadian itu, semangat meneruskan kehidupan seperti biasa dan bangkit daripada musibah ini adalah luar biasa.

Wednesday, March 30, 2011

Cara Masuk Gear Kereta


Tengoh - tengoh duk layan facebook tepat jam 12.25 hujan mula turun membasahi bumi terengganu lagi.... Kuat ngat ya nangis.... sapa la buat Tranung Sohor nangis ni weh....  jangang mai wat maksiat kat Tranung Sohor ni...

Apa aku nak pos hari nie.... godek sket..... erm.... aku tertarik pada satu pencarian dalam blog menjurus pada Cara Masuk Parking walhal carian asal adalah Cara Masuk Gear....So inspirasi anime4nz kali ini akan menanya khabar pokcik google perihal ini dan sudilah kiranya anda semua membacanya... mengomennya ... betulkannya... atau apa jer lah kehendak tuan puan budiman sekalian.

Tuesday, March 29, 2011

Berita Tsunami Terkini 29 Mac 2011

Pekerja nuklear diarah berpindah








GAMBAR menunjukkan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun pada 23 Mac lalu.

TOKYO - Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan pekerja-pekerja dari loji jana kuasa reaktor nuklear Fuskuhima Daiichi yang rosak selepas mengesan peningkatan bahan radiasi.
Pihak pengurusan syarikat Tokyo Electric Power Co (TEPCO) yang mengendalikan loji jana kuasa itu menyatakan, tahap radiasi dalam air di reaktor nombor dua loji tersebut melebihi 1,000 milisievert sejam jika dibandingkan dengan standard keselamatan kebangsaan iaitu hanya 250 milisievert setahun.
Agensi Perlindungan Keselamatan Amerika Syarikat menyatakan kesan radiasi sebanyak 1,000 millisievert sudah cukup untuk menyebabkan perdarahan dalam tubuh manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online