klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, February 15, 2017

175 Rahsia yang MENABJUBKAN !

1. Mengeluarkan anak kunci patah dari dalam lubang kunci
Sapukan super glue pada hujung patahan kunci yang di luar, masukkan dan tekan selama beberapa saat, lalu perlahan-lahan tarik keluar.
 
2. Memutar lepaskan bola lampu yang pecah dari socketnya
Lekapkan potongan sabun ke sisi pecahan yang tajam dan gunakan sabun itu sebagai pegangan untuk memutarkan bola lampu itu.
 
3. Melepaskan skru yang tersekat.
Panaskan skru itu beberapa saat dengan alat solder, lalu cuba putar lepas.

4. Agar paku tidak memecahkan kayu ketika dipakukan.
Tumpulkan dulu dengan palu hujung runcing pakunya.

5. Menampal lubang-lubang kecil pada saringan.
Tutup lubang dengan cat kuku warna bening, biarkan kering. Ulangi proses sampai lubang tertutup rapat.

6. Meratakan kembali pita kaset yang kusut.
Letakkan pita kusut, digezet diantara kaca pecah, lalu jemur di sinar panahan matahari  beberapa waktu.

7. Cara terbaik untuk membersihkan pita kaset.
Celupkan dalam larutan detergen dan air, bilas dan keringkan.

8. Membuat sendiri gelondongan / unggun "Kayu Bakar" untuk perapian.
Buatlah unggun dari bekas akhbar lama dengan menggulungnya erat-erat.

9. Membersihkan tumpahan minyak dari garaj.
Tutupi minyak dengan pasir secukupnya, biarkan satu dua hari, barulah disapu bersih.

10. Menjaga mata kail agar tidak berkarat.
Lekapkan mata kail pada sebuah gabus lalu rendam dengan baking soda.



11. Bagaimana agar kertas pasirampelas lebih lama dipakai.
Lapisi bahagian belakang ampelas dengan plakban hitam.

12. Bagaimana menajamkan lagi pisau gilate lama.
Gosokkan bolak-balik gilate pada bahagian dalam gelas.

13. Membersihkan badan kereta dari kotoran jalanan yang melekat.
Gosok padam dengan lap basah yang diberi sodium bicarbonate.

14. Membuang label jenama dari botol bungkusan.
Lumuri dengan minyak, biarkan selama beberapa jam, lalu gosoklah.

15. Bagaimana memotong kaca tanpa pemotong kaca.
Gunakan gunting seng dan potonglah di dalam air, lalu ratakan bekas potongan dengan pisau.

 16. Cara mudah membuang setem dan membuka sampul surat yang di lekatkan gam.
Taruh dalam freezer untuk satu dua jam, lalu congkel dengan pisau nipis.

17. Menghilangkan air yang masuk ke dalam jam tangan anda.
Ikat tampal jam tangan ke bola lampu lalu nyalakan lampu beberapa minit. Titik-titik air akan memeluwap di bahagian dalam kaca jam tangan. Buka kaca dan bersihkan wapnya.

18. Mengencangkan kepala tukul pada gagangnya.
Rendam selama sehari dalam bekas berisi minyak mesin.

19. Laminating yang mudah dan murah.
Lapisi artikel dengan kertas pelapis telus (filem penempel).

20. Membuka resleting yang tersekat.
Semburan dengan busa cukur.

21. Membuang cat dari kereta.
Pakailah cecair jenama Benzol.

22. Menjimatkan penggunaan petrol.
Campurkan 4 ons Benzol ke tiap 10 galon Bensin.

23. Bagaimana menguatkan lagi bateri kereta.
Larutkan 1 ons garam Inggeris dalam air suam lalu masukkan ke dalam bateri.

24. Untuk memudahkan membuka simpul rantai yang terikat erat.
Olesi dulu dengan krim sejuk.

25. Bagaimana melonggarkan kasut yang terasa sempit.
Gumpalkan akhbar yang sudah dibasahi ke dalam kasut dan biarkan beberapa hari.

26. Bagaimana agar kasut tak mudah tergelincir.
Dengan hujung gunting, buatlah tercalar saling menyilang di sol sepatunya.

27. Cara masukkan / menggunakan jarum yang ideal.
Pakailah seketul sabun mandi dan tusuk jarum tersebut. Menjahit juga akan lebih mudah sebab jarumnya licin mudah menusuk ke kain.

28. Membuat sendiri 'polish' / kilatkan logam.
Ambil kapur papan tulis dan gosokkan ke sehelai kain, lalu pakai itu untuk menggosok metal.

29. Mengusir anjing dan kucing.
Letak kapur barus besar di pelbagai tempat. Binatang umumnya tak suka pada bau kapur barus.

30. Bila binatang peliharaan anda tak bernafsu makan.
Cuba beri dia bir/alkohol dipiring kecil. Biasanya itu boleh membangkitkan selera makan.-jumpa doktor haiwan lebih baik ya.

31. Bagaimana membuang kutu dari haiwan peliharaan.
Pakai pelapik getah sintesis sebagai tempat tidur haiwan peliharaan anda - kutu tak suka pada sabun/getah sintesis.

32. Cara cepat untuk meratakan tali leher.
Gantung dalam bilik mandi sewaktu anda mandi air hangat - wap boleh menghilangkan kedutan tali leher.

33. Bagaimana membuka ubat staples/stapler.
Gunting kuku cukup berkesan untuk membuka staples.

34. Menghilangkan bau dari sampah.
Perahkan jus lemon dan sebarkan/semburkan pada sampah.

35. Bagaimana agar garam tidak jadi lembab.
Letakkan potongan-potongan kertas pelekap di dalam tempat garam. Itu akan menyerap kelembapan.

36. Pembersihan gelas yang praktikal.
Cuka yang dicairkan dengan air boleh jadi pembersihan gelas yang efektif.

37. Cara mudah membersihkan kaca pintu dan tingkap.
Gosoklah dengan kertas akhbar yang dibasahi - kaca akan berkilat.

38. Mengurangkan bau tempat abu rokok
Letaklah selalu sedikit baking soda dalam tempat abu rokok.

39. Membuang gumpalan-gumpalan kecil dari cat.
Ambil saringan dan potong mengikut ukuran bahagian dalam tin cat, tolak pelan-pelan ke dasar membawa semua gumpalan.

40. Mencegah serangga masuk ke cat.
Tuangkan sedikit cecair anti serangga ke tin cat, biasanya serangga menjauh.

41. Mencegah bunga cepat layu.
Titiskan sedikit chlor pemutih ke air dalam pasu bunganya.

42. Ubat anti lipas yang berkesan.
Remukkan beberapa puntung rokok ke dalam air, lalu keringkan dan tebarkan ke tempat lipas.

43. Bagaimana agar tuts piano tetap kelihatan baru.
Biarkan tutup piano terbuka, tuts piano akan menghitam bila disimpan dalam gelap.

44. Bagaimana membersihkan lemak dari karpet.
Tuangkan secukupnya baking soda ke lemak tersebut, ratakan, biarkan satu hari, lalu disedut dengan pembersih vakum.

45. Membunuh/menghilangkan nafsu merokok.
Setengah sudu teh garam pencahar/kastroli dan kristal asid, sebelum sarapan.

46. Ubat mengubati susah tidur.
Satu sudu makan susu tepung, 2 sudu makan madu, satu sudu makan ragi, aduk dalam secawan susu suam, minum menjelang masuk tidur.

47. Resepi diet terkenal.
Campur satu sudu makan minyak safflower dengan 2 sudu makan jus limau, minumlah sebelum makan.

48. Merawat wajah dengan harga murah.
Sapukan susu magnesium di wajah, biarkan kering, tutup lagi, biarkan kering, tumbuk hingga lembab, kemudian tambahkan dengan minyak zaitun hangat, lalu tambahkan beberapa ais sejuk.

49. Bagaimana meningkatkan IQ anda.
Hydrocotyle asiatica teas adalah nutrisi otak yang terkenal.

50. Agar seluar sport tahan lama.
Cuci dengan 1 sudu makan alum (tawas) dan kira-kira 1 liter air, bilas dan keringkan, lalu cuci dengan sabun, bilas dan keringkan.

51. Membersihkan noda darah dari karpet.
Segera gosok dengan getah busa dan air sejuk, lalu pakai sedikit sabun, bilas dan keringkan.

52. Membuat Gitar berkilat.
Olesi gitar dengan ubat gigi, biarkan kering lalu gosok sampai berkilat.

53. Mencegah luka bakar agar tak melepuh.
Segera tempel luka bakar dengan ais batu.

54. Membersihkan noda tinta dari karpet.
Olesi noda dengan pasta susu dan tepung jagung, biarkan beberapa jam, lepas gosok bersih.

55. Shampoo kering untuk haiwan peliharaan.
Gosokkan baking soda pada bulu haiwan peliharaan lalu sapu bersih.

56. Bagaimana agar kaca tingkap berkilat.
Gosok dengan kain kaki nylon, lalu gosok dengan pemadam papan tulis.

57. Meratakan lembaran plastik yang kerutan.
Seterika meja seterika sampai panas, letakkan plastik berkerutan diatasnya lalu ratakan dengan tangan.

58. Menjahit lancar dengan tangan.
Celupkan hujung jarum ke cat kuku bening lalu dibiarkan kering.

59. Bagaimana mencuci tali leher.
Masukkan tali leher dalam bekas beserta carbon tethrachlorida secukupnya, kocok-kocok, keluarkan tali leher dan keringkan.

60. Menghilangkan noda/kesan hangus.
Basahi daerah noda lalu beri kanji jagung, bila sudah kering, gosok bersihkan.

61. Bagaimana bila masakan terlalu masin?
Masukkan satu dua butir tomato ke dalam masakan, tomato akan menyerap rasa masin.
Boleh juga gunakan ubi kentang untuk menyerap rasa masin.

62. Memeriksa apakah melon/timuncina/tembikai sudah matang:
Cari apakah ada warna kekuning-kuningan di bawahnya.

63. Menyegarkan kacang pek.
Panaskan dalam oven selama 15 minit dengan panas 250 oC.

64. Bagaimana menyingkirkan bau hamis ikan.
Gosokkan mentega di tangan anda atau di mana-mana bau hamis menempel.

65. Bagaimana menghilangkan bau bawang.
Basahi tangan sedikit dan gosok dengan bicarbonate soda.

66. Bagaimana merebus telur yang retak.
Masukkan sedikit cuka ke air yang akan digunakan merebus telurnya.

67. Cara mudah menguliti/mengupas telur rebus.
Biarkan periuk tertutup rapat beberapa minit selepas telur masak, tekanan akan membuat kulit mudah mengelupas.

68. Mencegah adanya popcorn yang gagal jadi.
Bekukan dulu, maka pasti popcornnya jadi meletus pecah semua.

69. Cara mudah bersihkan tingkap dapur.
Campurkan air dengan kanji untuk basahi kertas akhbar yang dipakai menggosok tingkap.

70. Cara terbaik bersihkan perabot dari perak.
Gunakan baking soda dan lap basah, bersihkan, bilas dan keringkan.

71. Sayuran untuk kesihatan liver dan prostate.
Gula bit.

72. Buah yang selesa untuk kelancaran usus perut.
Buah betik.

73. Buah yang baik untuk reumatik sendi.
Cherry.

74. Buah pembangkit nafsu makan.
Nanas.

75. Buah yang baik untuk perut.
Kelapa.

76. Buah untuk merawat sembelit.
Epal mentah.

77. Buah yang mengandungi banyak zat besi.
Strawberry.

78. Buah untuk meneutralkan asid.
Limau Lemon.

79. Buah yang baik untuk kesihatan buah pinggang.
Semangka.

80. Buah yang baik untuk saraf.
Pisang.

81. Dua macam buah yang katanya anti tembakau/rokok.
Epal dan anggur dimakan mentah-mentah.

82. Buah yang katanya anti kanser.
Buah ARA.

83. Sayur yang baik untuk buah pinggang.
Saderi.

84. Umbi yang bersifat antibiotik.
Bawang putih.

85. Buah yang menyeimbangkan pembuluh darah.
Jeruk.

86. Sayuran yang boleh menyegarkan nafas.
Daun sup, peterseli.

87. Bahan yang baik untuk jantung.
Madu.

88. Sayur yang baik untuk mata.
Wortel/lobak.

89. Sumber iodin yang baik.
Rumput.

90. Sayur yang banyak mengandung vitamin C.
Lada Hijau.

91. Bagaimana membuat peti sejuk berkilat.
Gosok dengan span basah yang diberi soda bicarbonate.

92. Bagaimana agar bateri kering tahan lebih lama.
Simpan rapat-rapat dalam beg plastik, bungkus dengan aluminium foil, lalu simpan di peti sejuk.

93. Membersihkan lilin dari tempat lilin.
Letakkan tempat lilin dalam freezer peti ais, maka lelehan lilin akan mudah lepas.

94. Menghilangkan goresan pada cermin jam plastik.
Dengan cotton bud yang dibasahi pembersih cat kuku, gosok goresan-goresan itu sampai hilang.

95. Pelincir bagus untuk alat-alat / mesin-mesin.
Beri setitis gliserin pada persneling, akan terbukti sebagai pelincir yang baik.

96. Bagaimana membersihkan perabot dari gelas / beling.
Gosok dengan air seketika. Bila ada noda, celupkan dalam dadih susu, biarkan kering lalu bersihkan.

97. Bagaimana bersihkan perabot ukiran.
Gunakan berus gigi lama untuk membersihkan sela-sela, lalu pakai pengilap kayu dengan rata.

98. Menghilangkan noda tinta dari perabot yang dilicinkan.
Gosok dengan kain lembut yang dibasahi campuran cuka dan minyak biji rami dengan perbandingan 1: 1.

99. Menghilangkan bau cendawan dari beg / tas.
Letak sebuku sabun di dalamnya sebelum beg / tas disimpan lama.

100. Menghilangkan bekas asap yang melekat di alat-alat kayu.
Sapu kayu dengan campuran kanji dan air, setelah kering bersihkan.

101. Bagaimana kilapkan lantai dapur.
Tambah susu masam ke air pencuci lantai, lantai akan bertambah licin dan berkilat.

102. Bagaimana menghilangkan karat dari krom.
Gosoklah pakai aluminium foil.

103. Bagaimana membersihkan kotoran / lapisan luar gigi.
Sapu dengan garam bercampur cuka, lalu gosok bersih.

104. Menghilangkan kotoran degil pada kasut / pakaian.
Pakailah karbon tetrachloride atau alkohol pembersih.

105. Menghilangkan kotoron rokok dari porcelain.
Gosok kotoran dengan gabus yang telah disapu garam.

106. Buat sendiri penghapus kototan.
Campurkan 1 bahagian peluntur cair dengan 10 bahagian air. Senang kerjanya.

107. Mengkilapkan alat-alat.
Gosok dengan alcohol pembersih, maka akan tetap berkilau.

108. Menghilangkan noda-noda kopi.
Gosok pakai campuran garam dan cuka / pakai serbuk Oxal (seperti tepung putih) beli di kedai ubat kimia, juga untuk noda-noda pakaian.

109. Membuat sendiri cecair pembersih perabot.
Campurkan 2 bahagian minyak olive dengan 1 bahagian cuka, dipakai dalam keadaan hangat.

110. Membuat sendiri pembersihan benda-benda dari perak.
Pasta gigi atau baking soda ternyata merupakan pembersih handal benda-benda perak.

111. Pembersihan barang-barang dari tembaga.
Pakailah pasta dari garam campur cuka.

112. Membersihkan cincin berlian.
Pakai berus gigi lama dan pasta gigi, gosokkan, bilas, dan bersihkan.

113. Membersihkan emas dan perak yang sudah pudar.
Gosok pakai pasta baking soda campur air, bilas dan keringkan.

114. Bagaimana membuat pembersihan perhiasan permata.
Pakailah larutan satu sudu makan amoniak dengan secangkir air.

115. Memasang lagi butiran lepas perhiasan anda.
Teteskan pernis cat kuku ke lubang tempat pemegang batu permata itu, lalu masukkan batu itu dan tekan dan keringkan.

116. Mencegah permata imitasi memudar.
Lapisi tipis-tipis permata imitasi dengan cat kuku bening.

117. Agar alat pencuci pinggan lebih berdaya bersih.
Masukkan cuka sedikit ke dalamnya.

118. Menghilangkan goresan-goresan di perabot.
Pakailah oli mesin atau pengilat kasut.

119. Agar jepitan jemuran dari kayu lebih awet.
Rebus sebentar dalam larutan garam.

120. Saran bagi simpanan langsir / tirai plastic.
Sambil melipat, taburkan pupur talk di tiap lipatan.

121. Membuat berus pakaian kecemasan.
Balutkan cellotape sekeliling tangan dengan bahagian melekat menghadap keluar, pakai untuk memberus pakaian.

122. Agar pakaian tak nyangkut di gantung.
Olesi bahagian-bahagian yang tajam atau kasar dengan cat kuku bening.

123. Bantalan jarum yang boleh menajamkan jarum.
Bantalannya diisi wool baja.

124. Mengawetkan benang.
Simpan benang dengan melilitkannya pada kapur barus.

125. Tips praktikal memotong kain berbulu.
Pakailah pisau cukur memotong pada bahagian belakang kainnya.

126. Tips menjahit bahan yang licin.
Tempelkan kelim yang akan dijahit dengan kertas berlilin, nanti dirobek lepas setelah jahitan selesai.

127. Bagaimana mengutip jarum-jarum yang jatuh tersebar.
Pakailah besi magnet menyelusuri jatuhnya jarum.

128. Tips berguna untuk rajut.
Taruh gulungan benangnya dalam kaos kaki nylon, benang akan mudah ditarik keluar tanpa tersangkut.

129. Agar seluar tak berkilat.
Campurkan 1 bahagian cuka dengan 4 bahagian air, celupkan sepotong kain kecil ke dalamnya lalu diperah dan tekankan pada seluar tadi.

130. Bila anda perlu benang yang kuat.
Pakailah dental floss.

131. Mencegah nylon menguning.
Cuci dengan sedikit baking soda lalu bilas dengan air.

132. Bagaimana membersihkan baldu jadi seperti baru lagi.
Berus sampai bersih lalu gantung agar terkena wap air panas bilik mandi.

133. Membuang simpulan dari sweaters.
Gosok sweater dengan ampelas.

134. Membuang sisa benang dari kain wool
Dengan spons basah, sapukan perlahan-lahan.

135. Merawat pelapis dari kulit.
Tiap 3 bulan sikat dengan serbuk susu.

136. Memperbaiki kulit perlak yang lecet-lecet
Tutupi lecet dengan pelitur berwarna sama, setelah kering timpa dengan cat kuku bening.

137. Mencegah kulit perlak retak-retak.
Setiap akan dipakai, gosok kuat-kuat dengan tangan lalu dengan kain lembut.

138. Memperbaiki kasut bayi yang lecet-lecet.
Gosok kasut itu dengan putih telur.

139. Tips waktu beli kasut.
Belilah kasut di sore hari, kalau pagi hari kaki cenderung membesar.

140. Bagaimana bila kasut jadi kaku keras.
Potong kentang mentah dan gosokkan ke kasut secara menyeluruh.

141. Agar kasut kulit lembek hitam tahan lama.
Cuci dengan air hangat lalu oleskan castroli.

142. Bagaimana melembutkan kasut kulit.
Gosok dengan spons yang diberi kopi hitam.

143. Menghilangkan noda putih dari kasut.
Gosok dengan larutan cuka dalam air.

144. Agar sayuran tetap hijau waktu dimasak.
Sebentar-sebentar bukalah tutup periuk masak selama proses masak.

145. Memperoleh air limau dari lemon yang sudah kering.
Masak dulu beberapa minit dalam air mendidih.

146. Mengiris bawang lebih cepat dan rapi.
Jangan kupas dulu kulit bawangnya, maka akan lebih mudah mengirisnya.

147. Bagaimana menghilangkan rasa minyak olive
Berilah sedikit garam.

148. Bagaimana cara untuk menjaga buah tetap segar.
Jangan mencuci sampai siap untuk digunakan dan tetap simpan dalam peti sejuk hingga siap untuk digunakan.

149. Bagaimana memotong rapi kuih yang lembek.
Olesi pisau pemotongnya lebih dulu dengan mentega.

150. Bagaimana memotong kue yang beku.
Celupkan pisau ke air panas setiap kali akan digunakan memotong.

151. Bagaimana membuat telur dadar yang mengembang.
Tambah satu sudu teh kanji jagung ke dalam adunan telur.

152. Mencegah bumbu-bumbu berbau tengik.
Taburi bumbu dengan satu sudu gula pasir.

153. Bagaimana menghilangkan bau kubis.
Ketika memasak kubis masukkan dua buah walnut ke dalamnya.

154. Bila anda memerlukan mentega perisian.
Bila mentega anda membeku, tinggal diparut saja, rasanya sama seperti mentega perisian.

155. Bagaimana kembang kol tetap putih bersih.
Tuangkan sedikit susu ke dalam air yang untuk merebus kembang kol.

156. Apa tandanya telur dadar sudah matang?
Iaitu bila mental ketika ditekan.

157. Agar susu tidak hangus waktu dipanaskan.
Tambah sedikit gula, tapi jangan dikacau.

158. Tips memotong keju.
Ternyata pisau tumpul akan memotong keju lebih mudah dari pisau tajam.

159. Bagaimana mengupas bawang tanpa sebabkan mata berair.
Kupaslah sambil dikucuri air dari paip.

160. Cara benar mematangkan buah yang sudah dipetik.
Taruh di tempat terbuka pada suhu bilik.

161. Bagaimana memlilih telur segar (baru)
Telur lama halus dan keras, telur segar kasar dan tidak rata.

162. Bagaimana mengurangkan keasidan kopi.
Berilah sedikit garam.

163. Pewangi untuk peti sejuk.
Taruh sekotak baking soda yang terbuka di dalam peti sejuk.

164. Bagaimana menangani akibat tumpahan lemak.
Segera siram dengan air es hingga lemak terangkat sebelum sempat menyerap ke dalam.

165. Bagaimana memisahkan putih telur dengan merah telur.
Pecahkan telur dan tumpahkan ke sebuah corong kecil; putih telur akan mengalir keluar sedangkan merah telur tetap di
atas.

166. Agar sayur akar tak cepat layu.
Akan potong bahagian atasnya.

167. Agar sayur tetap segar.
Taruh tissue di dasar tong tempat menyimpan sayur, itu akan menyerap embun yang menyebabkan sayur cepat busuk.

168. Agar daging tampak selalu segar.
Tutupi sisi bekas potongan dengan daun salad.

169. Bagaimana menyegarkan salad kayu.
Rendam dalam air sejuk yang diberi sedikit jus lemon, taruh di peti sejuk 30 minit.

170. Menyegarkan sayur beku.
Siram dengan air mendidih, sayur akan terasa segar lagi.

171. Cara terbaik menghiris bawang.
Lebih dulu bekukan bawangnya.

172. Agar gula bit dan kubis tetap merah.
Tambah jus lemon atau cuka ke airnya.

173. Agar kentang jangan bertunas.
Simpan kentang bersama dengan epal.

174. Menghilangkan bau masakan.
Rebus segenggam cengkih dalam air selama 30 minit, semua bau akan lenyap.

175. Tips memotong kek yang panas.
Gunakan benang, pegang kedua hujungnya lalu tarik agar tegang, turunkan perlahan-lahan menembusi menghiris kuihnya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online