klik atas

backlink

gambar laju

Friday, November 24, 2017

Tempat Kunjungan Bila Bercuti Di Terengganu

👞 PANDUAN : TEMPAT MENARIK YANG PERLU DIKUNJUNGI APABILA BERCUTI DI TERENGGANU 👞

Terengganu merupakan negeri yang kaya dengan khazanah hutan,pantai/pulau yang menarik,makanan yang sedap2 seperti nasi dagang, keropok lekor, sata, otak2, sate ikan dan ikan celup tepung..

Jom kita tengok senarai tempat2 menarik di DAERAH KUALA TERENGGANU Dan MARANG..

👞.DAERAH KUALA TERENGGANU-merupakan ibu negeri bagi Negeri Terengganu

👞. PANTAI BATU BURUK
- sering menjadi tempat bersantai keluarga untuk bermain layang2,menunggang kuda,naik kereta kuda berhias,membawa anak2 bermain di taman permainan yang disediakan dan apa yang paling penting,dapat bermain di pasir yang memutih sambil bermain air.Di pantai ini jugak terdapat gerai2 yang menjual keropok lekor dan ikan celup tepung.

👞.PANTAI TELUK KETAPANG / PANTAI AIRPORT
- terletak di Kampung Seberang Takir, 20 minit dari Bandar Kuala Terengganu.Pantai ini bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud.Di sini pengunjung boleh menikmati ikan/sotong/udang celup tepung.Terdapat lebih deretan 20 buah kedai yang menjual makanan utama disini ini.

👞. MUZIUM NEGERI TERENGGANU
- terletak di Kampung Losong.Terkenal kerana memiliki reka bentuk yang unik melambangkan senibina rumah di Terengganu dan merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara.Tarikan utamanya adalah Batu Bersurat.

👞. PASAR KEDAI PAYANG
- bagi peminat kain sutera dan batik Terengganu,inilah tempat yang patut anda datang.Tempat ini boleh dikatakan tempat yang wajib dikunjungi jika ingin membeli belah di Terengganu.Di sini terdapat pelbagai barangan kering dan basah.Periuk belanga,toto,bantal kekabu,keropok keping,dodol,barangan kemas dan banyak lagi,semuanya ada di sini..

👞. TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI)
- terletaknya 21 monumen replika bangunan terkenal di dunia yang mempunyai senibina yang asli seperti bangunan asal.Antara monumen yang terdapat di sini adalah Taj Mahal,Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan banyak lagi.Jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar2 kenangan anda berlatarbelakangkan monumen2 indah ini.

👞. MASJID KRISTAL
- terletak bersebelahan Taman Tamadun Islam.Masjid ini sentiasa menjadi tempat kunjungan orang ramai kerana keunikan senibinanya terutama pemandangan pada waktu malam yang bermandikan cahaya.Di sini juga terdapat jeti untuk pengunjung menaiki River Cruise bagi menikmati keindahan dan menyelusuri Sungai Terengganu.

👞. MASJID TERAPUNG / MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH
- antara masjid yang mesti dilawati selain Masjid Kristal.Istilah terapung adalah kerana binaannya seolah-olah berada di atas air.Berhampiran masjid ini juga,terdapat sebuah lagun iaitu LAGUN KUALA IBAI yang sentiasa menjadi pilihan ibubapa untuk membawa anak2 mereka beristerirehat/bersantai/lepak2 bersama.Disini juga para pengunjung boleh mandi mandi dengan selesa kerana sungainya yang cetek.Amat sesuai untuk anak2 kecil.

👞. PULAU WARISAN
( I-City Terengganu )
- Terletak di Kampung Cina.Sesuai dijadikan tempat santai2/lepak2 terutamanya pada waktu malam.Di sini juga terdapat bangunan2 lama dengan keunikannya tersendiri iaitu pada lorong2 bangunan yang telah dihias cantik dengan pelbagai tema dan imaginasi.Abadikan gambar kenangan anda di sini.Pasti berbaloi..

👠. DAERAH MARANG
- terletaknya destinasi pelancongan yang popular iaitu PULAU KAPAS.Juga sentiasa menjadi lokasi wajib datang jika tibanya MUSIM MENCANDAT SOTONG.

👠. PULAU KAPAS
- sentiasa menjadi pilihan untuk bercuti bersama keluarga atau pakej bulan madu.Pulau Kapas (selain Pulau Redang dan Pulau Perhentian) juga cukup popular bagi kaki snorkeling untuk melihat keindahan dan keunikan batu karang yang masih terjaga rapi di sekitar pulau ini.Tapi pastikan anda tidak merancang untuk datang bercuti ke pulau ini antara bulan November-Mac,kerana pulau ini ditutup disebabkan musim tengkujuh.

👠. PANTAI KELULUT
- pantai memanjang dan pasirnya yang memutih.Pasti menggamit anda untuk mandi manda dan bersantai bersama keluarga.Di pantai ini juga,terdapat deretan kedai dan medan selera yang menyajikan masakan panas dan pelbagai menu berasaskan makanan laut.Peminat2 makanan seafood pastikan pantai ini menjadi antara pilihan anda untuk menikmati makanan laut yang memang sedap..Terdapat juga ikan/sotong/udang celup tepung. Dan yang paling utama,di sepanjang laluan ke Pantai Kelulut,terdapat deretan kedai yang menjual keropok lekor,keropok keping,ikan kering,ikan masin dan pelbagai produk lain berasaskan makanan laut.

👠. PULAU GEMIA
- terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas dan sesuai dijadikan tempat percutian yang lebih privacy.

👠. PANTAI PULAU KEKABU
- sesuai dijadikan tempat riadah dan juga tempat mandi mandi bersama keluarga.Pada kaki2 pancing,anda boleh tunjukkan bakat pancingan anda di sini,di benteng pemecah ombak Pantai Marang.




Wednesday, February 15, 2017

175 Rahsia yang MENABJUBKAN !

1. Mengeluarkan anak kunci patah dari dalam lubang kunci
Sapukan super glue pada hujung patahan kunci yang di luar, masukkan dan tekan selama beberapa saat, lalu perlahan-lahan tarik keluar.
 
2. Memutar lepaskan bola lampu yang pecah dari socketnya
Lekapkan potongan sabun ke sisi pecahan yang tajam dan gunakan sabun itu sebagai pegangan untuk memutarkan bola lampu itu.
 
3. Melepaskan skru yang tersekat.
Panaskan skru itu beberapa saat dengan alat solder, lalu cuba putar lepas.

4. Agar paku tidak memecahkan kayu ketika dipakukan.
Tumpulkan dulu dengan palu hujung runcing pakunya.

5. Menampal lubang-lubang kecil pada saringan.
Tutup lubang dengan cat kuku warna bening, biarkan kering. Ulangi proses sampai lubang tertutup rapat.

6. Meratakan kembali pita kaset yang kusut.
Letakkan pita kusut, digezet diantara kaca pecah, lalu jemur di sinar panahan matahari  beberapa waktu.

7. Cara terbaik untuk membersihkan pita kaset.
Celupkan dalam larutan detergen dan air, bilas dan keringkan.

8. Membuat sendiri gelondongan / unggun "Kayu Bakar" untuk perapian.
Buatlah unggun dari bekas akhbar lama dengan menggulungnya erat-erat.

9. Membersihkan tumpahan minyak dari garaj.
Tutupi minyak dengan pasir secukupnya, biarkan satu dua hari, barulah disapu bersih.

10. Menjaga mata kail agar tidak berkarat.
Lekapkan mata kail pada sebuah gabus lalu rendam dengan baking soda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama