klik atas

backlink

gambar laju

Friday, January 15, 2016

kesilapan pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah



Pemaju tidak membaiki kerosakan rumah sebagaimana yang diharapkan, walaupun sudah banyak kali pembeli melaporkan kerosakan tersebut kepada pemaju. Pelik kan bunyinya tapi itulah situasi dan aduan yang sering didengar dan dirungutkan oleh pembeli rumah setelah dapat kunci pertama mereka.


Disini anime4nz berkongsi 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah anda.


1 – Aduan Tidak Sempurna
Aduan kerosakan yang dibuat oleh pembeli tidak terperinci. Tidak dinyatakan satu persatu bahagian manakah yang rosak dan apakah kerosakan tersebut. Ini menyebabkan pemaju keliru dan tidak dapat membaiki kerosakan yang sebenar.

2 – Terlalu Bergantung Pada Borang Sedia Ada
Kebanyakan pembeli menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan oleh pemaju. Kebiasaannya borang aduan tersebut sangat terhad ruangannya. Ini menyebabkan aduan tidak lengkap dan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pemaju.

3 – Mengelirukan Pemaju Akibat Maklumat Kurang Jelas
Pemaju tidak dapat gambaran yang jelas tentang kerosakan yang diadukan. Pembeli mungkin adu tentang perkara lain tetapi sebaliknya pemaju mungkin faham lain. Justeru tempat kerosakan tidak dapat dibaiki dengan betul.


4 – Proses Urusan Yang Tidak Profesional
Pembeli menggunakan pendekatan berlawan atau berkeras dengan pemaju seolah-olah pembeli sahaja yang betul. Sudah lah aduan kerosakan tidak jelas dan mengelirukan, lepas tu cakap kasar pulak dengan pemaju. Akhirnya pemaju fed-up hendak layan kerenah pembeli. Ingat! pemaju juga manusia biasa.

5 – Pembeli Tidak Ambil Serius Bab Undang – Undang
Pembeli tidak tahu undang-undang dan tidak tahu hak mereka berkenaan dengan tempoh liability kecacatan. Kebanyakan pembeli tidak pernah baca SNP. Bila hendak membuat aduan kerosakan mereka tidak faham prosedur membuat aduan. Akhirnya aduan dibuat tidak mengikut peruntukan dan prosedur undang-undang yang sebenar.

6 – Pembeli Tak Tahu Menahu Tempoh Baiki Kerosakan
Pembeli tidak tahu tempoh yang sewajarnya untuk Pemaju baiki kerosakan. Mereka tidak follow up mengikut tempoh yang sepatutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP. Ada yang terlalu kerap sangat follow up sehingga pemaju naik bosan. Akhirnya, aduan tidak dapat dibaiki oleh pemaju dengan sempurna.

7 – Cepat Putus Asa & Mudah Menyampah
Pembeli cepat putus asa dan frust kalau pemaju tak baiki atau lambat baiki. Mereka tidak tahu apakah steps seterusnya yang mereka harus lakukan jika pemaju tidak baiki kerosakan tersebut. Akhirnya mereka tidak lagi mahu ambil peduli tentang aduan tersebut dan mula fed-up.

8 – Kedekut Tidak Bertempat
Pembeli kedekut untuk dapatkan nasihat peguam hartanah secara berbayar untuk guide dan advice mereka tentang urusan tuntutan kerosakan dengan pemaju. Mereka lebih sanggup ikut kepala sendiri dan melakukan sesuatu tindakan ikut suka hati mereka berbanding hendak ikut undang-undang atau dapatkan nasihat berbayar daripada peguam. Kebanyakannya hendak kan nasihat percuma daripada peguam.

9 – Berharap Pada Peguam Di Sebelah Pihak
Pembeli hanya mengharapkan nasihat daripada peguam pemaju berkenaan dengan urusan kerosakan. Ingat! Peguam pemaju sudah pastinya akan berpihak kepada pemaju. Sebaliknya lantiklah peguam bebas dan mahir tentang urusan tuntutan kerosakan rumah untuk membantu anda.

10 – Kerja ‘Last’ Minit Sentiasa Membawa Kerugian
Pembeli suka buat aduan kerosakan last-last minit kepada pemaju, ie; dekat-dekat hendak habis tempoh liability kerosakan. Ini menyebabkan pemaju buat sambil lewa kerana mereka beranggapan tempoh liability akan tamat tidak lama lagi. Dan selepas itu mereka selamat kerana pembeli tidak lagi boleh membuat aduan.

Ini antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh pembeli. Bukan niat  untuk semata-mata mencari kesilapan sesiapa tetapi sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat untuk jadi lebih baik dan peka terhadap undang-undang.

Justeru disarankan lantiklah peguam hartanah yang berpengalaman untuk bantu anda. Pemilhan pemaju yang trek rekod baik juga memainkan peranan penting.

Ingat! Jangan sayang duit jika hendak dapat nasihat dan hasil yang terbaik. Akhir kata, be smart, dan fahamilah hak anda mengikut undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama