klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, February 7, 2015

cara siang atau belah pari / tuka / ketuka

Assalamualaikum ...

Hari nie rasa nak kongsi cara - cara nak menyiang ikan pari / tuka kepada pembaca anime4nz.....Rerase dah banyak artikel mengenai cara-cara menyiang ni kan... Tapi try la jugak google... rupanya tak banyak la pulak...

[Pari = Besar]
[Tuka/Ketuka = Kecil]

Kebetulan ada terbeli semalam 2 ekor 'tuka' kecil.... So... isteri tak berapa pandai menyiang ikan nih... Terlepaslah kepada bahu / tangan yang kasar nih... hehe..

Oh ya.. sebelum anime4nz teruskan.. Nak juga kongsikan sedikit petua atau cakap-cakap orang lama mengenai ikan ni.... Siapa biasa dapat makan / beli pari atau tuka berbau hancing.... Apa sebabnya ya.. Jika terbau hancing... mak aihhh... tak payah makang la.... nak makan kene tutup hidung arrr... tapi rasanya pulak mari di lidah....

Antara sebab-sebab ikan pari / tuka / ketuka berbau hancing

1. Ikan pari nie macam perempuan jugak. Ia beranak dan bertelur. Ada ketikanya pari nie akan datang bulan. So bila pari nie datang bulan, satu badan akan berbau hancing.

2. Ketika siang ikan pari, terpotong bahagian pundi kencingnya, maka satu badan ia akan berbau hancing malah akan lebih teruk dari bau ikan pari yang datang period tu....




Tengok.. Dah terlebih bercerita la pulak.. berbalik kepada acara siang ikan pari / tuka tadi...

Ini rupa 2 ekor tuka yang dibeli di tepi jalan... Lebihan je ni pun... Ikan dah beli sekilo.... tambah la 2 ekor ni cukupkan koram...... Saiz tak beso mana pun... Orang tranung kater 'kecik tuek'.

Nampak tak belahan perut dan isi perut tu.. kene siang slow2 arr, sebab tersalah siang,,, terkena pundi kencing ... tak periksalah pulak pundi nye dimana... . nanti korang la pulak buat kajian mendalam mengenai nya ya...Semua perutnya, paru2nya ada kat bawah... tarik pelan2 arrr... Bahagian atas tu terletak insangnya... Patutlah mywife tak nak siang pom... Takut hancing....Dan pastikan cuci bersih-bersih ya.

Ops... Sebelum terlupa, beringat skit sengat / duri ikan pari ni ada di ekornya.... Tu sebab kita buangkan sahaja ekornya tu.....

Dah lihatkan  camana nak buang / belah / siang ikan pari kecik ni kan. Sebenarnya tak susah pun.. dan ada lagi beberapa cara untuk membelahnya tanpa rasa takut akan  bau kencingnya/terkena pundi kencingnya... Tapi anime4nz rasa tak puas hati jika tak  rasai keseluruhan rasa isinya... so buang bahagian tertentu sahaja...

Cara Menyiang Ikan Pari / Tuka

1. Terlangkupkan ikan pari biar nampak belakangnya..Gunakan pisau yang tajam, potong bahagian tulangnya beserta perut bebagai... hanya ambil belahan kiri dan kanannya sahaja. (cara selamat)

2. Belahan perutnya sahaja dan cuci sebersihnya organ dalaman nya sahaja.....

3. Belahan dari atas... insangnya hingga perutnya.....

So, pilihan mana yang pembaca mahukan.... Tiada lagi alasan untuk kita merasai keinginan kita.


Petua Pilih Ikan Pari

1. Semasa memilih ikan pastikan isi ikan pari tersebut tidak bewarna gelap, sebaliknya bewarna cerah.

2. Cium terlebih dahulu samaada berbau hancing atau pun tidak.

3. Selepas beli / tangkap ikan pari haruslah di telengkupkan badannya... (jangan biarkan ianya terlentang) coz nak bagi ia kencing ke bawah... so tak kenalah badan ia kan...


Cara Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari

Mestilah dinetralkan dengan bahan asid seperti air perahan limau, lemon, cuka atau asam jawa. Inilah sebabnya kita mesti gunakan asam jawa dan sedikit garam untuk perapkan ikan pari selama 20 minit sebelum masak dan bersihkan dengan membilas air bersih.


Dah siappun Ikan pari / tuka / ketuka kita.... So Terpulanglah kepada pembaca anime4nz nak masak apa.... asam pedas, bakar, panggang.... panggang paling best... kena ngan air asam ... pergh.... terliur beb....

Jom Pekena #Dapur Arang

6 comments:

  1. oowh macam tu rupanya...bagus la info-info yang awak berikan.terima kasih...kalau ada info-info yang berguna lagi boleh la share...

    ReplyDelete
  2. Tak penah alam masak ikan ni... siang lagi lah tak tau... oleh kerana hubby suh bakor, ikut kan je selera nya si bulan puasa ni... good info bro... tq so much... sgt2 membantu..

    ReplyDelete
  3. Sedihnya..beli kat pasar..suruh org tu siang..lps tu masak2 asam pedas terus bau hancing..basuh2 bg kucing je..

    ReplyDelete
  4. Kalau yg dah expert, boleh belah dua terus.. pastikan betul² center.. tadi pon saya belah dua sbb ikan tu beku lagi.. so x risau sangat pasal pundi dia.. kerana beku.. tp yg paling penting rendaman dngn bahan yg disebut tadi.. satu lagi tambahan air beras pon boleh jugak.. sekian dari saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama