klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, December 23, 2014

TOMBIRUO : Penunggu Rimba Ramlee Awang Murshid di FILEM kan

"Inilah novel pertama Ramlee Awang Murshid yang diterbitkan oleh Group Buku Karangkraf"

"Sebenarnya sejak dahulu lagi Ramlee Awang Murshid mahu karya ini difilemkan dan tidak sangka ianya tercapai"

Yakin dengan potensi Tombiruo : Penunggu Rimba, pengarah veteran, Nasir Jani nekad untuk menghasilkan filem visual yang terbaik buat penontonnya kelak.

Filem ini akan menjalani penggambaran di Sabah dan bakal ditayangkan di layar perak pada pertengahan tahun hadapan.



Selain karya novelnya, Ramlee yang diberi jolokan penulis Thriller nombor satu Malaysia ini juga terkenal dengan prinsipnya sendiri. Tidak hairanlah jika dia dilihat agak selektif dan cerewet dalam menghasilkan karyanya.

Masih ingatkah anda pada filem hit "Kembara Seniman Jalanan" dan "Rozana Cinta 87"?

Ini adalah antara karya akhir yang dihasilkan sutradara, Nasir Jani sekitar 27 tahun lalu dan siapa sangka kini dia kembali mempertaruhkan karya yang berbeza.

Nasir Jani akui keunikan karya itu telah menarik minatnya untuk kembali mengarah.

Mengenai pemilihan barisan pelakon, Ramlee memberitahu ia juga salah satu cabaran yang perlu dihadapinya bagi memastikan filem ini mampu memberi impak yang baik.

"Karya ini mengisahkan tentang seorang anak yang dibuang ke dalam hutan kerana wajahnya yang tidak menyerupai manusia".

"Untuk hidupkan karekter ini memang ada cabarannya kerana perlu bertopeng dari awal sehingga akhir jalan cerita".

"Ramlee Awang Mursyid agak teliti dan apa yang penting ciri pelakon yang akan bawa watak ini yang tahan lasak. Watak ini kurang bercakap tapi lebih bermain dengan emosi".

Nasir Jani turut meyakinkan pembaca anime4nz bahawa jalan cerita novel ini tidak akan diubah, namun terdapat beberapa babak perlu diolah mengikut kesesuaian filem.

"Tidak semua yang tertulis dalam novel mampu divisualkan ke dalam filem"

"Namun pembaca anime4nz tidak perlu risau kerana jalan cerita asal masil lagi diutamakan."

Syarikat milik Ramlee Awang Murshid, Layar Sunan, Ideate Media dan Karangkraf akan berkolaborasi untuk menerbit dan memproduksikan filem ini.

Untuk menggalas tanggungjawab mengarah filem sulong Thriller terbitan Layar Sunan ini, Nasir Jani hanya mampu meminjam semangat dan keyakinan pengarah tersohor, Terrence Mallick untuk dijadikan motivasi.

Terrence Mallick merupakan seorang graduan dalam bidang falsafah dari Universiti Harvard dan mempelajari bidang filem di American Film Institute.

Filem Tombiruo ini juga merupakan filem pertama arahan Nasir Jani bergenre action thriller.

Bermula dari penghujung 2011 lagi cerita ini telah diolah dan ditulis draf screenplay Tombiruo berdasarkan draf screenplay percubaan pertama.

Untuk mengadaptasikan dan memindahkan karya novel ke filem bukan kerja mudah.

Banyak perkara dan keputusan kreatif perlu dipertimbangkan dan diperhalusi oleh penulis asal novel dengan penulis screenplay sebelum ianya dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.

Apa pun Penulis, Penerbit dan Pengarah akan tetap memberikan yang terbaik untuk filem Tombiruo : Penunggu Rimba ke layar Perak atau kaca televisyen anda.

Kita doakan bersama moga niat ini tercapai dan dikabulkan ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online