klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, January 18, 2014

Kenangan anda zaman budak-budak

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle' , rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm' dan 'v'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam bentul 'love'

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.



9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami dll.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta.. P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19. Hembus nafas kat cermin tulis 'saya sayangkan awak'.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang menggunakan tangan.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.. hahahaha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan, kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu... atau one two zus...

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa-rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil remaja.

Berapa banyak kamu telah lalui atau kena ya.....?????


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online