klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, June 30, 2013

Hok Mane Nop Gie Dulu

Hok Mana Nak Pergi Dulu Ning....

BOMBA ~ Ada Kebakaran
AMBULANGS ~ Orang Sakit Kritikal
POLIH ~Kejo Penjenayah
KETA HITAM ~ Bawe Orang VVIP


Jom pakak komen mana satu pergi dulu.... kenapa ya?

Wednesday, June 26, 2013

Tanda-tanda Hidup Kita Tak Berkat

Tanda-tanda hidup kita TAK BERKAT ialah : 
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
 
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
 
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
 
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
 
Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
 
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Saturday, June 22, 2013

Bagaimana Terengganu Mendapat Nama ?



Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan asal usul nama Negeri Terengganu Darul Iman. Ada pendapat yang mengatakan bahawa nama "Terengganu" itu dikaitkan dengan tiga perkataan yang seakan-akan sama dengan nama Terengganu iaitu :

1.) "Terangnya ganu"

2.) "Taring anu"

3.) "Terangan nu"

Kisah asal nama Negeri Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu (iaitu dari Negeri Kelantan dan Negeri Pahang) dan ada juga yang melibatkan penduduk Negeri Terengganu sendiri.

Kisah Pertama :

Perkataan "Terangnya ganu" ini dikatakan dikaitkan dengan peristiwa beberapa orang pelajar dari Negeri Kelantan yang telah tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu untuk melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan "Terang sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Negeri Kelantan, mereka menyatakan di negeri jiran sungguh “terang ganunya".

Kisah Kedua :

Sementara itu perkataan "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang ke-sembilan, iaitu Baginda Omar (1839 – 1876). Sebelum wujud nama Negeri Terengganu, satu rombongan dari Negeri Pahang telah datang memburu di kawasan hulu.

Apabila mereka tiba di satu tempat (kini dikenali dengan nama Sungai Terengganu Mati), salah seorang daripada rombongan itu telah terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, ini taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan itu lah "Taring anu" kerana ia terlupa nama taring tersebut.

Ada di kalangan mereka di dalam rombongan itu telah dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanyakan tempat rusa itu diburu. Mereka menyatakan mereka berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila mereka membawa pulang kayu gaharu dan apabila ditanya tempatnya, mereka menyatakan juga di “Taring anu". Lama kelamaan tempat tersebut dikenali dengan nama Terengganu.

Kisah Ketiga :

Ada juga kisah lain yang mengaitkan nama Negeri Terengganu dengan sebatang taring.

Pertamanya kisah “Taring anu" yang berlaku di tempat lain (bukan di hulu). Kisah ini menyatakan bahawa "Taring anu" berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah yang dijumpai di sebuah pulau (kini dikenali sebagai Pulau Duyung) berhampiran dengan Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja "taring anu tuanku". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu dan kemudiannya menjadi Kuala Sungai Terengganu.

Keduanya sebuah kitab lagi mengaitkannya dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah tempat pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan.

Dipercayai pada zaman silam sudah terdapat penduduk yang tinggal di sini. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke "Terangan ni" atau "Terengan nu".

Dengan itu lama kelamaan muncullah nama Negeri Terengganu.

Menarik juga kisah nama Negeri Terengganu Darul Iman ini kan?


Sunday, June 16, 2013

Tip Penjagaan Seisi Rumah

TIP 1 : PENJAGAAN TANDAS
Perkara paling penting yang perlu dititik beratkan ialah bilik air bebas daripada bauan yang tidak menyenangkan. Oleh itu, pemantauan secara berkala perlu dijadikan amalan agar tiada sisa buangan tertinggal hingga boleh mencacatkan pemandangan dan bauan.

TIP 2 : PENJAGAAN LANTAI
Kebersihan lantai perlu diberi keutamaan selepas memasak kerana kesan minyak yang melekat bahagian terbabit boleh menyebabkan lantai menjadi licin dan amat berbahaya. Gunakan mop dan cecair pengelap lantai yang sesuai bagi menghilangkan kesan minyak tersebut.

TIP 3 : PENJAGAAN PAKAIAN
Bau baju yang harum dan bersih meninggalkan impak yang tinggi kepada seseorang terutama dalam memberikan daya keyakinan dan keselesaan. Gunakan pembersih dan pewangi pakaian bagi memastikan baju sentiasa bersih dan harum.

TIP 4 : WANGIAN RUMAH
Kini terdapat cara mudah untuk memastikan rumah yang bersih dan segar antaranya menggunakan wangian rumah sama ada daripada bahan berasaskan gel, semburan ataupun wangian bijian.

TIP 5 : MAKANAN LAUT
Pemilihan makanan laut yang segar adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesegarannya. Contohnya seperti udang dan ketam, isinya yang kenyal dan tidak berbau busuk.. Udang yang tidak rosak kulitnya sentiasa lutsinar tanpa ada tompok hitam. Ikan pula warnanya cerah dan matanya tidak tenggelam, insangnya yang segar akan kelihatan warna kemerah - merahan dan kulitnya tidak pucat.

TIP 6 : SAYURAN DAN BUAHAN
Bagi sayur-sayuran dan buah-buahan ada cara pemilihannya yang tersendiri. Bagi sayur-sayuran, cara pemilihannya boleh dilihat pada daun yang masih segar dan tidak pula kecut atau layu. Bagi buah-buahan pula buah yang elok adalah buah-buahan yang warnanya terang dan segar, manakala yang tidak elok ialah warnanya yang pudar atau pucat dan berbau busuk.


Monday, June 3, 2013

KUSZA dan Sejarah Penubuhannya

Bersesuaian dengan dasawarsa pembangunan Negeri Terengganu yang pesat, satu sistem pengajian tinggi yang berkesinambungan dangan sistem lama ditubuhkan. Sistem pengajian tinggi ini akan meneruskan tradisi melahirkan pemimpin masyarakat dalam semua bidang untuk menyambut cabaran semasa dan mewujudkan golongan profesional dan semi profesional yang berteraskan Islam.

Jesteru, berpaksikan falsafah "Membentuk Generasi Muslim Bertaqwa melalui Ilmu, Iman, Amal dan Akhlak, pada 27 Januari 1980, KUSZA ditubuhkan.

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah ditubuhkan dan diperbadankan sebagai sebuah Pusat Pengajian Tinggi Islam pada 22 Ogos 1981, melalui Enekmen Bil. 3/1981 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dengan ini K.U.S.Z.A dijadikan sebuah badan berkanun dan mula beroperasi sepenuhnya sebagai badan tersebut pada bulan Jun 1982. Pada peringkat awalnya pentadbiran KUSZA diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online