klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, October 26, 2013

Intipati Bajet 2014 Malaysia


Berikut ialah intipati penuh Bajet 2014 bertema ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat semalam.

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

RINGKASAN Bajet 2014;



Kadar BR1M Dinaikkan
  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
Subsidi Gula Dimansuhkan
  • Subsidi gula akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes akan penyakit kencing manis. Harga gula akan naik RM2.85 sen mulai 26 Oktober 2013.
Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500
  • Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji iaitu minimum RM500 yang akan dibayar pada awal Januari depan kepada kakitangan awam. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2014.
Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan
Kadar Baucar Buku Dinaikkan
  • Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.
Kelajuan Internet Dinaik Taraf
  • Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp. Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb.
Program Perumahan Rakyat
  • 223,000 unit rumah pada harga berpatutan
  • Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.
  • 80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015
  • Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.
Bantuan yuran taska RM250 sebulan
  • Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan
Penbangunan Sukan RM239 juta
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini
Program Pertanian
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online