klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, October 26, 2013

Intipati Bajet 2014 Malaysia


Berikut ialah intipati penuh Bajet 2014 bertema ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat semalam.

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

RINGKASAN Bajet 2014;

pesanan seorang ibu kepada anaknya

warkah untuk anak2 ku...

bila mama tua nnt..mama harap korg memahami & bersabar dgn kerenah mama mu ini..jika satu mase mama terpecahkan pinggan atau tumpahkan sup diatas meja krn mata mamamu ini kabur..mama harap korg xkan menenking atau memukul..naluri org tua terlalu terasa..selalu lah merasa kasihan pd diri ini bila korg terasa nak marah akan ibu mu ini...ank2ku jika satu masa pendengaran ini bertambah teruk.. mungkin kadang2 mama xberapa dengar apa yg korg ucapkan..mama harap korg tidak memanggil mama pekak..tolong ulang apa yg korg ingin cakapkan atau tulis je diatas kertas..mama mnta maaf anakku...semakin lama kulit mama mu ini dimakan usia..bila lututku bertambah lemah..mama harap korg ade kesabaran untuk memimpin ku bangun seperti mana mama biasa mengangkatmu semasa kecil untuk berjalan2...tolonglah bersama2 ku...anak2ku..jika mama kerap mengulangi perkataan macam radio rosak,,mama harap korg terus mendengar keluhan ku ini..tolong jangan persendakan mama atau bosan memberi perhatian pada mama ibumu,,adakah korg masih ingat masa korang kecil apabila korg mahu sesuatu permainan..korg selalu mengulangi secara berterusan sehingga korg dpt apa yg korag inginkan..tolong maafkan mama..jika bau badan mama x menyenangkan korg krn begitulah bau badan org tua..jangan paksa mama mandi..tubuh mama lemah..org tua selalu mendapat sakit bila sejuk..mama harap korg x marahkan mama..adakah korg ingat masa korg kecil..mama selalu mengejar korg yg x mahu mandi ..mama harap korg boleh bersabar bila mama tersasul krn itu adalah antara perkara yg x dpt dielakkan bila bertambah tua..korg akan faham bila usia korg tiba macam tu..jika ada masa terluang mama harap korg boleh luangkan masa berbual dgn mama walaupun beberapa minit..krn mungkin masa tu mama selalu berseorgan setiap masa & xde siapa menemani mama untuk berbual...jika sutu hari nnt korg telah mula berkerja & ada keluarga sndri..mama tahu korg akan sibuk dgn kerja n keluarga.. walaupun korg x berminat dgn cerita mama..mama cuma mntak korg luangkan masa untuk mama..mse korg kecil mama selalu mendengar ceritamu tntang brg mainanmu..tentang sekolah mu..ingat bila masa mama telah tiba & mama sakit terlantar diatas katil...mama mntak maaf jika secara x sengaja cadar basah atau bernajis..kami harap korg mempunyai kesabaranmu & kekuatan yg kuat untuk menjaga mama dsaat2 terakhir..mse tu mama xkan lme meyusahkan mu ank2ku..bila ajal mama tiba..mama harap korg dpt menggengam tangan mama untuk menghadapi nafas terakhir mama..wahai anaku jangan kau risau,,bila mama disana nnt ...mama akan selalu mendoakan agar kehidupan anak2 mama diberkati krn jasamu disaat terakhirku

Friday, October 25, 2013

Pesanan Imam Syafie Untuk Kaum Lelaki

PESANAN IMAM SYAFIE UNTUK KAUM LELAKI

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Tuesday, October 22, 2013

Apakah TUHAN Benar-benar Ada ?

Story ni best baca ya friends..♡♥

Apakah ALLAH Benar-benar Ada? (3 Pertanyaan, 1 Jawapan)

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, ia telah kembali ke tanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama (ustaz)/siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaan darinya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda :: (Dengan nada sombong pemuda itu bertanya) Anda siapa...?? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan saya...??

Ustadz :: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan Anda.

Pemuda :: (Tetap dengan nada sombong) Anda yakin....?? Sedang profesor & banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Saturday, October 19, 2013

Jangan Terpengaruh Dengan KL GANGSTER

Bila seorg budak bawah umur terpengaruh dgn cerita KL GANGSTER..
MAK:"Fariddd!!...diam la sikit..adik tido ni...
FARID:"Lu tunggu wa mati dulu la..baru wa diam..
ABAH:"Faridddd!!..abah tampar kang..
AMAN:"Lu sape wa nk goyah..
MAK:"Faridd!!..abah tu farid..hormat la sikit..
FARID:"Wa x kira..lu abg long ka..lu ayahanda ka..ini KL wa pegang..
ABAH:"Ishh..mmg nk kne budak ni..p kuar main bola gan kawan2 tu
FARID:"Lu spe suruh wa blah..mane wa mau redah..wa punya suke la..
MAK:"Fariddd..ngucap faridd
FARID:"Haiyya..wa xkira la apa jasa dia sme lu..ok..klu lu nk angkat..angkat la..
ABANG:"Ape yg ko merepek ni setann..ko nk mati dh ke ckp macam tu kat abah n mak???
FARID:"Aku x takut mati tp aku xnk mati..
ABAH:"Faridddd!!!...spe ajar ko jd kurang ajar camnie?ko nk lawan ckp mak..abah n abg ko ke?
FARID:"Abang x abang..spe kacau pecah
ABAH:"Mmg nk kne sepak budak nie..
FARID:"Klu bkn krn bapak lu..dh lme wa sepak muke lu
TETIBA ..PAAANGGGGGG!!!
FARID:"Waaaa....org lawak je..sakittt...sob3333
ABAH:"Haaaa...bru lu rse wa punye sengaattt hahh!!!

Wednesday, October 16, 2013

renungan ular sawa empat meter

Kuala Terengganu : "Matanya tepat merenung ke arah saya seperti kelaparan," kata Nurul Hidayatie Mohd Ali, 26, yang trauma selepas melihat ular sawa sepanjang empat meter di dapur rumahnya di Kampung Mengabang Tengah, di sini, semalam.

Menurutnya, hasratnya untuk minum air di dapur terbantut apabila melihat ular sawa menjalar masuk ke dapur menerusi lubang angin kira-kira jam 1.15 pagi semalam.

Pelajar Universiti Malaysia Terengganu itu berkata, dia tidak menyedari kehadiran reptilia berkenaan sehinggalah membuka lampu dapur untuk mengambil gelas.

"Sebaik lampu terpasang saya terperanjat melihat ular sawa menjalar turun dari lubang angin ke arah sinki.

"Jantung saya berdegup pantas apabila ular berkenaan merenung saya dan bergegas memanggil nenek dan ahli keluarga untuk mengusir ular sawa itu.

"Namun usaha menghalau ular sawa itu tidak berhasil dan adik menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) - [melalui talian 999] untuk mengambilnya," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Bapa saudaranya. Naim Osman, 34, berkata kecekapan tiga anggota JPAM yang tiba kira-kira 10 minit selepas kejadian itu berjaya menangkap ular sawa seberat tujuh kilogram itu.

Menurutnya, ular sawa itu pada mulanya bertindak agresif dan sukar dijerut pada tali, namun hasil tindakan pantas dan kerjasama antara tiga anggota JPAM akhirnya berjaya menangkap serta memasukkan ke dalam karung guni.

Pemaju perumahan KOPERAT itu berkata, kejadian semalam adalah kali ketiga rumahnya dimasuki ular dan sebelum ini bilik anak saudaranya juga dimasuki ular sawa tikus tetapi berjaya ditangkap ahli keluarga.


Saturday, October 12, 2013

Cara Factory Reset Android

CARA FAKTORY RESET ANDROID

Lupa password dan email Android? Lupa pola kunci? Dengan tombol factory reset Android kita dapat mengembalikan software handphone/tablet Android ke kondisi awal saat dikeluarkan dari pabrik pembuatnya. Factory reset pada beberapa telefon/android dapat menyelesaikan masalah lupa password/ lock Pattern dan dapat memperbaiki firmware ROM Android yang disebabkan oleh kerosakan software. Untuk Tablet Android lokal/ china seperti Advan, Ainol, Axioo, Epad, IMO, Cyrus, Movimax, Smartfren Androtab/ andromax, Treq dll  cara factory reset sama dalam kondisi tablet yang masih menyala. 

Cara Mengatasi Handphone, Telefon, Tablet PC Android Yang Tidak Boleh Start atau Boot Loop, Brick, Terkunci, Lupa Pin, Password, Salah Masukkan Kunci Pola atau Unlock Patern



Cara factory reset tablet android merk China/lokal dari Home Screen masuk ke menu Settings - Privacy - Factory data reset. 

Namun bila keadaan tablet android yang mati atau tidak mahu masuk ke menu, kerana lupa password dan email Android atau lupa pola kunci maka untuk melakukan factory reset, harus menggunakan kombinasi tombol reset agar dapat masuk ke recovery mode.

Jadi fungsi kombinasi tombol reset Android adalah untuk masuk ke menu Factory reset jika Tablet Android tidak mahu menyala 100%, baik disebabkan lupa email, password, lupa pola kunci atau mengalami boot loop, bricked dengan ciri- ciri sbb:
  • Saat menekan tombol power tablet menyala tetapi berhenti di logo androidnya saja dan tidak mahu masuk ke menu.
  • Saat tombol power ditekan lampu led tablet menyala tetapi layar Tablet Android tetap gelap
  • Tablet mau menyala tetapi lupa paswword email gmail atau terlalu banyak melakukan percobaan menggambar pola (pattern) dll
Manfaat Tombol Factory/Hard Reset
  • Memperbaiki kerusakan ROM Firmware Android OS.
  • Mengatasi system android yang sering Restart
  • Lupa password, email/ Gmail, Lock Pattern/pola kunci Android
  • Instal update ROM firmware Android menggunakan Micro SD card.
Cara Factory/Hard Reset Tablet
Bagaimana kombinasi tombol hard reset untuk Tablet Android merk lokal/ china sepert Advan, Ainol, Axioo picopad, Epad, IMO, Cyrus, Movimax, Smartfren Andromax, Treq dll ? Cara penggunaan kombinasi tombol reset tablet Android sbb: 

Dari kondisi Tablet Android Mati/Power Off; tekan dan tahan kombinasi tombol Android secara bersamaan (misalnya tombol vol Up + dan Power secara bersamaan) Kira-kira 15-20 detik sampai masuk logo android atau logo vendor kemudian masuk lagi ke dalam recovery mode. Jika berhasil recovery mode ini muncul gambar Logo Android dengan perut terbuka, ditengahnya segitiga merah disertai peringatan (berbeza kalau menggunakan aplikasi CWM clockworkmode).


Thursday, October 10, 2013

Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum
mandi dan gosok gigi, amalkan petua
ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air
dari bawah dagu hingga ke atas dahi
diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan
setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum
mandi dan gosok gigi, minum air dan
biarkan ia di dalam mulut selama 10
saat dan sambil itu selawat 3 kali.
Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada
enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku
atau rambut pada hari-hari yg baik
iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain
itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
 
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu
pagi baca selawat Nabi di kedua tapak
tangan dan raupkan ke muka berserta
niat dalam hati supaya di indahkan
wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan
setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita
agak muda daripada umur kita,
amalkanlah petua ini dengan jujur dan
ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap
kali selepas solat subuh bacalah surah
yusuff, kemudian minum air suam
sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah
kalian akan kelihatan muda daripada
umur sebenar kalian.
 
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah
Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap
kali mandi untuk curahan pertama,
mulakan dari kepala.
 
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan
mandi embun. Usap embun dari
hujung daun pada wajah, rambut dan
kulit badan. Khasiat air embun amat
banyak. Wajah kalian akan berseri dan
tubuh badan menjadi sihat serta awet
muda.
 
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga
sulung iaitu air telaga yang diambil
pada waktu pagi sebelum ada orang
lain mengambilnya terlebih dahulu
daripada kita. Mandilah sebelum air
telaga itu ditimba orang. InsyaAllah
wajah akan berseri dan badan sentiasa
ramping. *ni kalau kalian ada air
telaga la yer.
 
Petua 9: Muka kita biasanya akan
berminyak selepas bangun dari tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan
urutan wajah. Gunakan jari telunjuk
kedua-dua belah tangan dan di
letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian
dahi. Lakukan setiap pagi di susuli
dengan meminum air suam sebelum
mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali
mengurut wajah kalian dari atas ke
bawah kerana ia akan mempercepatkan
proses kedutan.
 
Psst: Semoga perkongsian ini memberi
manfaat kepada anda semua.
 
P/s : Esok kita boleh amalkan..Jom
ramai2 share..moga semua kawan2
kita boleh amal gak

copy paste
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama