klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, September 7, 2013

Jenis-jenis pisau, perbezaan, kegunaan dan tips pilih pisau dengan tepat

Kalau kita pergi pasaraya, di bahagian kitchen ware pastinya kita tengok banyak sangat kan jenis-jenis pisau yang dijual. Ada yang kecil, besar bapak, lebar, panjang, runcing dan macam-macam le bentuknya. Ada yang tergantung satu dan ada yang dalam bekas sebab dijual set.

Jom hari ini kita belajar mengenai pisau serba guna yang biasa kita guna di rumah mahupun di luar rumah.... bukan sahaja suri rumah yang memerlukannya ... pekerja siang daging pun perlu ketahui juga...

Ilmu itu untuk semua.... semoga ianya bermanfaat....in copy and writing......





1) Chef Knife  adalah pisau yang paling banyak digunakan surirumah dan seperti namanya Chef le hihihi.  Pisau sepanjang 8-10cm ini dapat digunakan untuk memotong sayur, mengiris daging, atau mencincang segalanya. Memang multifunction sungguh.


2) Paring Knife atau Peeler atau Pisau Iris atau Slicing Knife, tak tahu le yang mana satu betul sebenarnya. Rasanya Slicing Knife tapi kalau tengok kat kedai-kedai tulis paring bentuknya lebih kecil dan pendek, hanya sekitar 3-4 cm.  Pisau ini dapat memudahkan kita untuk mengupas kulit buahan dan sayuran sebab bentuknya yang sedikit ramping dan tipis. Ada juga yang potong nipis daging guna pisau ni.

Kalau kita gunakan untuk potong bawang. Memang cun jadinya. Samaaaa je. Tapi kalau nak guna untuk bawang sebaiknya asingkan dari untuk potong buah sebabnya air bawang tu buat pisau kita cepat tumpul. Kalau tak pun, sebaik lepas guna tu terus basuh jangan ditinggal-tinggal sekejap pun. Petua orang lama le. Tapi yang sure, pisau kat rumah ni jarang tumpul.

Tak nak bagi tumpul lebih baik guna pisau seramik... gerenti tak tumpul..... hehe


3) Boning Knife dengan bentuk ujung yang agak melebar. Bentuknya yang ramping dan panjang, maka pisau yang satu ini paling tepat di gunakan untuk membersihkan tulang di dalam daging atau kulit ayam, memisahkan ayam dari tulangnya dan membuat irisan yang tipis dan kecil.


4) Meat Cleaver atau Pisau daging.  Pisau ini agak berat, dan digunakan untuk memotong daging. Pisau ini banyak digunakan juru masak China sehingga juga bisa dinamakan Chinese Chef's Knife. Pisau ini mempunyai penampang yang sangat besar dan lebar. Kegunaan terbaik dari pisau ini untuk membelah dan memotong tulang ayam. Dan dapat digunakan untuk memotong sayur, mencincang daging, mengiris serta ketuk bagi hancur bawang putih, serai atau halia.
 

Pelbagai guna gak ar pisau ni.


5) Filet Knife digunakan untuk memotong filet ikan.


6) Bread Knife adalah pisau panjang yang sebelah sisinya bergerigi.  Pisau ini memudahkan kita untuk memotong roti supaya tidak hancur, terutama roti yang permukaannya agak keras tapi dalam lembut. Boleh gak le kalau nak potong kuih yang macam cucur tu. Gerigi pada mata pisau ini memberi hasil potongan yang licin, bagus dan tidak hancur. Masa memotong juga tidak perlu ditekan lebih lama tapi hasilnya yang cantik je. Kalau guna pisau biasa tak akan dapat hasil yang cantik macam ni sebab tekstur roti biasanya kasar. Kuih atau kek pun walau apa pun jenisnya seperti kek buah atau kacang lebih mudah dipotong dengan pisau ini.

Pisau ini harganya sedikit lebih mahal dari pisau biasa. Tapi functionnya hebat. Nak bersihkan pun mudah. Bersihkan pisau dari sisa remahan roti atau kuih. Cuci dengan air sabun hangat lalu keringkan segera. Sayangnya mata pisaunya yang bergerigi tidak mudah diasah seperti pisau dapur.



7) Pisau Ukir atau Paring Knife adalah pisau yang kecil dengan bentuk lekungan pada ujungnya pisau ukir ini memang sangat baik bila di gunakan untuk mengkir buah atau sayur, sesuai dengan namanya. Sehingga hasil dari pisau ini akan bagus dan yang pastinya akan sesuai dengan hiasan sayur atau buah yang kita inginkan jadi bentuk-bentuk yang menarik



PERBEZAAN PISAU YANG PALING KETARA

Lagi satu terdapat sebab adanya perbezaan pada Hulu Pisau yang dijual. Tujuannya kata gulamolasses, adalah untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh standard HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) untuk kegunaan antarabangsa. 

Pisau ini functionnya digunakan mengikut warna untuk setiap sektor/bidang/kawasan masing-masing. 

Tujuannya ialah untuk menyekat pencemaran (cross-contamination) diantara tempat supaya tidak merebak pelbagai masalah kepada makanan seperti bakteria/patogen/kulat/keracunan dan lelain yang seangkatan dengannya dikawasan masing-masing. 

Walaupun ada berbagai jenis warna tapi bilah pisau tu sama saja. Tak kira le warna apa pun sebab warna hulu tu ikut citarasa kita le kan. Tapi yang ni untuk kegunaan industri. Kang buat yang bahaya kat customer kang kan naya... 



Hulu hitam - warna 'universal' untuk kegunaan am 



  Hulu merah - untuk daging mentah



Hulu biru - untuk ikan mentah



Hulu kuning - untuk daging masak



Hulu hijau - untuk salad / buah-buahan


Hulu perang (brown) untuk sayur-sayuran
 


Hulu putih - untuk produk tenusu / bakery / kuih


 Ha... Agak-agak faham le kot yer hihih. Ini adalah tips perkongsian Chef sembarangan dari Anime4nz tentang cara pemilihan pisau yang baik

  • Stainless steel : Pisau yang baik adalah pisau yang menggunakan Stainless steel pada bahagian bilahnya. Mengapa harus stainless steel? Kerana bahan ini tahan karat dan pisau yang menggunakan bahan ini mudah sekali untuk dibersihkan.
  • Pisau Seramik : Pisau Seramik diperbuat dari zirconim dioxcide (zirconia) antara bahan mineral terkeras di dunia. Ia menjadikan mata pisau SENANTIASA TAJAM dan TIDAK PERLU DIASAH. Lebih baik dari itu, mata pisau seramik TIDAK AKAN KARAT. Pisau Seramik adalah teknologi moden kulinari dan penyediaan makanan yang dibawa khas ke dapur rumah anda!
  •  
  • Ada tanda aman (selamat) : Perhatikan apakah pada pisau yang anda beli terdapat tanda aman. Aakah pisau itu aman untuk digunakan pada semua jenis  makanan atau tidak. Mungkin sesuai untuk semua jenis makanan kot. Lebih kurang la hihihi..

  • Uji cuba sebelum membeli :Tidak ada salahnya mencuba pisau yang akan dibeli kalau pihak penjual benarkan le yer. Tapi pastikan periksa apakah pisau yang anda beli benar-benar tajam atau tidak. Caranya test kat hujung jari. Jangan pulak tekan bagi luka tu bukan test dah namanya... Ala-ala lalu je. (ada juga orang test kat kuku ibu jari, test kat bulu ari2 pun boleh kut)
    

Blog Pisau Seramik
Facebook / Pisau Multipurpose 

2 comments:

  1. Pisau apa yg sesuai untuk potong ayam satay ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. merah.... biasanya hulu hitam lebih universal.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online