klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, July 31, 2013

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik

IZINKAN SAYA BERZINA NGAN ANAK PAKCIK
 
Di suatu kawasan perumahan di
pinggir bandar.. Ada satu pasangan
kekasih ini nak keluar berdating.
Setibanya si pakwe di hadapan
rumah makwenya… maka berlakulah
dialog berikut..

Gadis : Masuklah dulu, jumpa
dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak
bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui
pintu utama. Pintu yang siap
terbuka mengalukan-alukan
kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa
si gadis, terus si teruna kaku
membatu. Lantas si gadis menarik
tangan si teruna menyedarkan dari
lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.
Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam
bertaut, duduklah si teruna di
kerusi hampir menghadap bapa si
gadis. Hanya surat khabar yang
menjadi tabir antara mereka.



Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari
ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak
carik barang katanya. Barang apa
tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara.
Dan ibu si gadis keluar dari tabir
ruang utama dan ruang belakang
membawa air serta biskut kering. Si
teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu
sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima
kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu
pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar
rombongan?
Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami
kehulu-kehilir. Apa orang kata
nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke
malu ngan Allah, lagi takut orang
kata dari Allah yang menghukum)
Kami naik kereta je cik, tak de la
nampak berkepit sangat. Boleh saya
tanya cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak
letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi
kalau boleh makcik nak lebih tinggi
sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas
dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak
dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu.
Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya
mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la,
kamu yang nak kat anak kami.
Lagipun dialah satu-satunya anak
perempuan kami, kene lah market
sikit. Nak grand-grand camtu.
 
Si teruna hampir hilang akal apabila
disebutkan harga si gadis itu. Dan
si teruna cuba berbincang untuk
merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik
tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya
maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak
dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa
pulak saya. Awak yang sepatutnya
didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana
ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti)
Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita
lupakan dulu soalan tadi sebab
kalau ikut makcik pun tak tutup
kepala jugak. Maksudnya lebih
kurang jugaklah. Nak tanya lagi,
anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau
bangun tido pukul 12 lebih, bukan
bangun pagi dah tu. Bangun
tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni
nak buat anak kita bini, dia cerita
buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka
bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong.
Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh.
Soalan lagi. Boleh tak dia baca
quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan
cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya
semua ni. Dia kan selalu ikut kamu.
Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak
dia solat, dia cakap datang bulan.
Hari-hari datang bulan. Dia tau
solat atau tak?
 
Hampir terkedu si bapa dan si ibu.
Dan pada raut wajah mereka berdua
terdapat tanda-tanda kemerah-
merahan menahan amarah.
 
Teruna : Boleh saya sambung lagi.
Dia tak reti masak, tak reti solat, tak
reti mengaji, tak reti nak tutup
aurat sebelum dia jadi bini saya
lagi. Dosa-dosa dia terang-terang
pegi kat makcik ngan pakcik.
Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu
untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’,
30 juzuk dalam kepala, bertutup
litup habis dari bawah sampai ke
atas dan tau jaga batas, haa.. itu
barulah berbaloi 100 ribu pun saya
sanggup bayar. Tapi orang macam
tu kalau kahwin mereka memilih
untuk serendah-rendah mahar.
Sebab sebaik-baik perkahwinan
adalah serendah-rendah mahar.
 
Mata bapa si gadis direnung tajam
oleh mata ibu si gadis.
 
Ketiga mereka menundukkan kepala.
 
Lumrah adat untuk menjadikan anak
perempuan untuk dijadikan objek
pemuas nafsu hati menunjukkan
kekayaan serta bermegah-megah
dengan apa yang ada. Terutamanya
pada majlis perkahwinan.
Adat mengatasi agama. Dibiarkan
anak perempuan dihias dan dibuat
pertunjukkan di khalayak ramai.
Sedang pada waktu itu akad telah
dilafaz si suami, dan segala dosa
anak perempuan sudah mula
ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu
dibayar pada isteri dan sepatutnya
hanya si suami seorang yang berhak
melihat, tetapi pada hari pertama
perkahwinan iaitu semasa
persandingan sahaja berpuluh ribu
mata yang melihat si isteri. Seolah-
olah si suami membayar mahar
untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak
anak pakcik rasa sekali. Benda
seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa
ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua
pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya
bukan apa. Sekarang dosa anak
pakcik, pakcik yang tanggung. Esok
lusa lepas akad nikah terus dosa dia
saya yang tanggung. Pastu pakcik
nak buat bersanding pulak. Setiap
mata yang memandang saya akan
dapat dosa. Lagilah saya berdosa
sangat-sangat.
 
Ibu si gadis segera mengambil
langkah mudah dengan menarik diri
daripada perbualan itu. Si ibu tahu,
si teruna bercakap menggunakan
fakta islam. Dan tidak mungkin ibu
si gadis dapat melawan kata si
teruna itu.
 
Bapa Gadis : Kau memandai pulak
nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan
saya nak cakap pasal agama. Tapi
itulah hakikat sebenar. Kita terlalu
pandang pada adat sampai lupa
agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu
sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang.
Kalau takde, kamu tak boleh kahwin
ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam
umur saya 30 lebih, baru dapat
masuk meminang. Kalau camtu
pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan
anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah
melampau, ko baik-baik sikit cakap
tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan
saya pakcik. Pakcik tau tak apa
sebab orang berzina dan banyak
anak luar nikah? Sebab benda ni lah
pakcik. Selalunya ibu bapa
perempuan yang meletakkan
berpuluh ribu ringgit sampaikan
pihak lelaki terpaksa menangguh
hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta
dan nafsu kalau tidak diiringkan
dengan betul, syaitan yang jadi
pihak ketiga untuk menyesatkan
manusia. Akhirnya mereka
mengambil jalan pintas memuaskan
nafsu serakah dengan berzina.
Mula-mula memang ringan-ringan
dahulu pakcik, pegang-pegang
tangan, peluk-peluk, pegang pinggul,
dan sebagainya. Tapi lama-lama
jadi berat-berat. Yang berat-berat
tu pakcik sendiri pun boleh
bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak
berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi
kami kahwin sekarang, biar ada duit
dulu baru boleh kahwin. kami nak
lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap
hari saya tengok dia, dia tengok
saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab
tu saya dengan rendah hati minta
izin pada pakcik untuk berzina ngan
anak pakcik. Apa yang penting
pakcik tahu yang saya dan dia nak
berzina. Sebab rata-rata orang yang
berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak
je biasa-biasa sedangkan da
berzina. Err.. berzina bukan sahaja
yang ehem-ehem je. Ada yang zina-
zina ringan. Tapi sebab ringan tu
yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni
peliklah. Nasib baik pakcik cool je.
Kalau orang lain, da lama angkat
parang. Tapi kalau takde duit,
camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik
lupakah dengan apa yang telah Allah
bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang
bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya
kerana Allah Maha Luas (rahmatNya
dan limpah kurniaNya), lagi Maha
Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa
yang Allah janjikan. Lagipun pakcik,
kalau makan dan minum tu
insyaAllah, berdaya lagi untuk saya
beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh
bincang lagi. Kalau benda ni boleh
menghalang kami dari melakukan
perkara dosa dan sia-sia. Baiklah
disegerakan. Pakcik pun tak mau
perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis,
merenung kata-kata si teruna.
Segera bapa si gadis memikirkan
cara untuk mematahkan kata-kata si
teruna. Dan bapa si gadis mendapat
akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman
sekarang ni. Kalau ikut cara kamu
tu. Mungkin kamu tak suka dengan
persandingan, pakcik boleh terima.
Tapi kamu kena la ambil kira apa
orang lain yang akan kata. Tau-tau
orang akan mengata anak aku kena
tangkap basah dan kena nikah paksa
dengan kamu. Mana nak letak muka
ni.
Teruna : Bagus juga cadangan
pakcik tu. Kena tangkap basah 2
ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE
HUDUD, dan kalau untung. Boleh
nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe.
Tapi pakcik, saya tak kata pun takde
walimatul urus. Sedang walimatul
urus itu perlu untuk hebahkan yang
anak-anak dah kahwin. itu cara
islam. Ok. Tapi yang tak oknya,
bersanding tu hahh. Kesian saya
pakcik, saya seorang bayar mahar
untuk anak pakcik, orang lain pun
dapat tengok. Siap kalau berhias
secara berlebihan dan orang lain
yang lihat menaikkan nafsu syahwat
mereka, saya yang berdosa pakcik.
Saya yang tanggung dosa dia.
InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak
buat apa pakcik. Syariat memang
camtu. Maha baiknya Allah sebab
jaga kita selama ini, tapi benda
remeh-temeh camni pun kita masih
pandang ringan dan kita tak
menjaga apa yang telah Allah
janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang
membuat pakcik kurang senang
dengan saya. Segala-galanya kita
serah pada Allah, kita merancang je.
 
Azan zohor berkumandang, jaraknya
tidak sampai 10 meter dari surau
berdekatan rumah si gadis. Si
teruna memohon untuk ke surau
dan mengajak bapa si gadis untuk
pergi bersama. Namun ajakan
ditolak dengan lembut.
 
Lantas si teruna memberi salam dan
memohon untuk keluar. Di birai
tingkap bapa si gadis melihat si
teruna mengeluarkan kopiah dari
poketnya dan segera di pakainya.
Masuk ke dalam kereta dan hilang
dari penglihatan bapa si gadis tadi.
 
Sedang si gadis yang sedari tadi
berdiri di balik tirai bersama ibunya
menitiskan air mata mendengar
luahan kata-kata si teruna terhadap
ayahnya. Tudung pemberian si
teruna sebagai hadiah pada hari
jadinya yang lepas digenggam erat.
 
Ibu si gadis juga menitiskan air
mata melihat pada kelakuan
anaknya. Segera ibu dan si gadis ke
ruang tamu menghadap ayahnya.
 
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata
betul. Kita ni tak beratkan pada
agama selama ni. Kita sambil lewa
abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak
tahulah saya. Keras betul budak tu
kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan
tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia
amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la
ayah. Ntah..
 
Si gadis terus mencapai telefon
bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil
wuduk tersenyum apabila memb
mesej yang baru sahaja diterima
daripada si gadis..
 
“Andai Allah telah memilih dirimu
untukku, aku redha dan akan terus
bersama mu, aku juga akan terus
pada agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar,
sorry……..
Dan minggu depan ayah suruh
hantar rombongan.
 
p/s: Hanya sekadar cerita untuk di
ambil sebagai iktibar. Ingatlah,
apabila seorang lelaki dan wanita
berdua-duaan, syaitan adalah orang
yang ke tiga

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online