klik atas

backlink

gambar laju

Monday, June 3, 2013

KUSZA dan Sejarah Penubuhannya

Bersesuaian dengan dasawarsa pembangunan Negeri Terengganu yang pesat, satu sistem pengajian tinggi yang berkesinambungan dangan sistem lama ditubuhkan. Sistem pengajian tinggi ini akan meneruskan tradisi melahirkan pemimpin masyarakat dalam semua bidang untuk menyambut cabaran semasa dan mewujudkan golongan profesional dan semi profesional yang berteraskan Islam.

Jesteru, berpaksikan falsafah "Membentuk Generasi Muslim Bertaqwa melalui Ilmu, Iman, Amal dan Akhlak, pada 27 Januari 1980, KUSZA ditubuhkan.

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah ditubuhkan dan diperbadankan sebagai sebuah Pusat Pengajian Tinggi Islam pada 22 Ogos 1981, melalui Enekmen Bil. 3/1981 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dengan ini K.U.S.Z.A dijadikan sebuah badan berkanun dan mula beroperasi sepenuhnya sebagai badan tersebut pada bulan Jun 1982. Pada peringkat awalnya pentadbiran KUSZA diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.



Penubuhan KUSZA merupakan satu langkah terhadap usaha meningkatkan taraf pendidikan agama khususnya kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Di antara matlamat utama KUSZA ialah untuk melaksanakan sistem pendidikan Islam yang lebih sistematik, melahirkan tenaga kerja di peringkat separa ikhtisas yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta serta meningkatkan perkembangan ummah dan pembangunan masyarakat selaras dengan Islam.

Pada 27 Januari 1980, seramai 35 orang pelajar telah diambil mengikut program persijilan iaitu tingkatan empat Sastera Agama.

Kelas pertama kolej ini menumpang buat sementara di Bangunan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Kursus yang ditawarkan ialah Diploma Pengajian Islam. Seramai 26 orang pelajar pelajar mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh sebilangan pensyarah perintis.

Pada April 1981, kolej ini telah dipindahkan dari Batu Buruk dan ditempatkan buat sementara di sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu. Pengetuanya yang pertama ialah Encik Wan Shamsuddin bin Wan Mamat dan timbalannya Encik Abdul Aziz @ Ahmad bin Mohd.

Pada 17 Mac 1981, Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah meletakkan batu asas kampus tetap di Gong Badak, di sati kawasan seluas 350 ekar (144 hektar). Maka pada bulan Januari 1983, KUSZA telah berpindah ke kampus tetapnya di Gong Badak, 13 km dari Kuala Terengganu.

Sepuluh (10) tahun kemudian, KUSZA mempunyai bangunan dan kemudahan lengkap untuk keperluan pelajar dan kakitangan. Sehingga kini 48 blok bangunan telah pun didirikan termasuk 22 buah Asrama, 5 buah Dewan Makan, 7 buah blok Belajar, sebuah Bangunan Pentadbiran, sebuah Dewan Besar, sebuah Perpustakaan, 2 blok bangunan Teknologi Perindustrian, sebuah Dewan Kuliah, sebuah rumah pengarah, sebuah Rumah Tamu, sebuah Gimnasium, 3 buah substation, sebuah Bengkel Pembaikian dan sebuah masjid.

Kampus ini dijangka dapat menampung seramai 2500 orang pelajar. Perkembangan pembangunan fizikal ini akan terus dijalankan serentak dengan perkembangan akedemik KUSZA.

KUSZA terus melangkah ke hadapan. Bermula dengan lawatan daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahadhir Mohamad ke KUSZA pada 1993 dan seterunya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 18 Ogos 1994. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa KUSZA dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti. Beliau yang juga Presiden UIA ketika memberi ucapan kepada seluruh warga KUSZA bersetuju agar KUSZA bekerjasama dengan UIA untuk menawarkan beberapa program peringkat ijazah di KUSZA secepat mungkin. Walau bagaimanapun, KUSZA akan terus menawarkan program peringkat diplomanya sebagaimana yang sedia ada.

Mulai bulan Julai 1995, program matrikulasi dengan kerjasama UIA ini dimulakan dengan seramai 124 orang pelajar yang mengambil kursus Undang-undang dan Ilmu Wahyu.

KUSZA >> UDM >> UniSZA

KUSZA : Kolej Agama Sultan Zainal Abidin
UDM : Universiti Darul Iman Malaysia
UniSZA : Universiti Sultan Zainal Abidin

2 comments:

  1. Infomasi yang bagus... saya alumni KUSZA/UDM/UniSZA....

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang amat menarik. Perlu diteruskan sehingga tertubuhnya UNISZA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online