klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, November 30, 2021

Cara / Tips Bila Terkena Renjatan/Kejutan Elektrik atau Karen

Kali nie anime4nz mahu kongsikan pengalaman terkena renjatan elektrik atau bahasa mudah 'kene shock karen' bzzzzzzz. Sakit tak kene karen elektrik nie? Doktor pelatih ada tanya soalan tu kat saya... jawapannya... macam tu ... bzzz .. cam kene karen....(sambil gayekan tangan menggeletar gitu).... suke ngak tanya hok pelek pelek lake... jenuh jawab... soalan sama.. jawapan sama... doktor jer lain-lain... Last cocok boh air dua jarum.....

Alkisahnya suatu pagi hari khamis (24.01.2013), berkira-kira mahu siapkan kedai barang lama dan pelbagai milik keluarga.... so... saya pom bekerjalah di dalam kedai dari pagi sampai ke dinihari..... Peralatan tidak mencukupi... barang peru dicari... petang karang patut disambung... so... tutup kedai dulu... bersiap... ke kedai RM2 ya.... cari barang..... selesai..


Balik.. Masa untuk kerja..... Ma suruh tengokkan wayar api.. kenapa mesin nyor(mesin kukur kelapa) tidak berfungsi ya.... Saya dengan slumbernya (salah saya kerana tidak pastikan/tanya, adakah plug api ditutup atau tidak. Saya capai wayar dan lurut untuk mencari kepala plug... Lurut punya lurut rupanya saya terlurut hingga ke puncanya. Memang tidak perasan coz kepala / kotak apinya pecah.....

Apa lagi berlakulah renjatan dengan tiba-tiba..... Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....  Keadaan tangan seakan tergenggam menambahkan sengatan semacam tidak mahu melepaskan wayar dari tangan... Bzzzzzzzz....
Teriakan aku masa tu kuat la jugak..... Ma hanya mampu melihat.....

Saya melawan sambil meneriak sekuat hati (macam orang angkat berat teriak eh) dan buang kabel tu. Saya buat semua tu dalam masa yang sama... Ternyata cara tu berhasil.. TAPI masalah belum habis kerana kabel itu jatuh mengena kaki dan berlaku sekali lagi renjatan.... belum berakhir..... last ... kabel terlepas ke atas simen lembab tempat berpijak, maka sekali lagi terlompat-lompat terkena renjatan... Bayangkan terkena 3 renjatan dalam satu masa...

Akalku masih waras... Mampu berfikir.... melompat menjauhi kawasan adalah terbaik.... meniarap di tangga kayu jalan terbaik melepaskan diri dari renjatan... MERONTA.. MENJERIT... MERENTAP-RENTAP PEGANGAN RENJATAN AGAR TERLEPAS... JAUHI LINGKUNGAN KAWASAN KEJADIAN

MELARANG keras jangan sesiapa menghampiriku, jangan datang ke kawasan kejadian, takut terkena tempias renjatan.... Pastikan suis atau 'main power ditutup... (Rupanya 'main power' dah "jetak"/off auto semasa ku lepaskan dari renjatan terakhir.)

Ini adalah aksi solo/perseorangan secara spontan... jika ada pertolongan kedua... mungkin dapat pastikan suis ditutup, tempat kejadian tiada renjatan.... Gunakan penebat/kain kering/kayu untuk larikan saya dari renjatan berterusan.. Harap semua orang dapat praktikkan... Sekurang-kurangnya ada ilmu... ya tak?

Terlantar di tangga kayu belum menjamin... Akal berjetak.... merangkap meniarap di lantai... terasa lemah.... merangkap, menunduk, berjalan perlahan-lahan ke tanah... bing... meniarap di atas tanah ... usaha terakhir dengan akalku yang ada...(elekrik..perlukan neutral... neutral=bumi=tanah)... jom ke tanah..... Pesan dulu ambilkan tikar jika ada ya... jangan sampai tertidur atas tahi ayam... he he...

Pertanyaan mula bertalu-talu... sakit tak? wane? nok wak gane ni? g spita ah? bahyer guh? rase gane? Persoalan timbul bila dah ramai yang tahu keadaanku..... masih ada lagi yang sayang...  Minum air.. minum air? bolehkah ketika ada arus elektrik di badan ni? persoalan itu tenggelam timbul.... air kopi... ma cadangkan... Adikku berlari ke kedai berdekatan untuk membeli kopi kawe.... stok tiada di rumah la... balik. bancuh... minum..... terasa hangatnya kopi panas membasahi tekak... Alhamdulillah.... ku mampu minum...

Cara atau tips yang anime4nz gunakan semasa terkena renjatan atau kejutan elektrik

~ g spita biar dokto cocok
~ minum air garam
~ minum air susu untk netral balik badan kita
~ pegang benda bersifat logam
~ minum air soya
~ pegang kayu
~ meniarap atah kayu
~ meniarap atah tanah
~ minum air kopi
~ minum air masak banyak-banyak

~ Melawan -bukan ajak karan tu bertumbuk tapi ibaratkan ada orang yang  memegang tangan
kamu. cara untuk lepas dari cengkaman orang tu ialah sentak dengan kuat.. ada paham..

~ Teriak sekuat hati - secara sains memang aku tak paham, cuma yang aku tahu berteriak tu boleh menambahkan kekuatan kita, sebab tu orang angkat berat berteriak.. mau tambah power beb...

Lakukan cara di atas serentak..

Cara anime4nz di atas tu memang tidak pernah terbukti dari mana2 institut atau apa2 pun, jadi janganlah sengaja mau cuba2 pula.. Cara yang aku kongsi ni bukan aku sorang ja yang pernah buat tapi beberapa orang juruletrik yang aku pernah jumpa menceritakan pengalaman yang sama. 



Mengelakkan Renjatan Elektrik

Kelengkapan elektrikal yang direkabentuk dengan wajar dan berkeadaan baik adalah selamat. Apabila ia rosak atau diselenggarakan dengan buruk ia boleh membunuh walaupun pada 240 volt. Antara yang mudah terdedah adalah lampu tangan, dan peralatan mudah alih. Penghubung kabel yang berbulu atau rosak perlu dihantar untuk dibaiki dengan segera. Penggunaan kelengkapan voltej dikurangkan seperti sistem volt 110 dengan soket tengah dibumikan akan mengurangkan bahaya renjatan elektrik yang serius.

Jika kelengkapan voltej terkurang tidak digunakan, seperti di dalam pejabat, salah satu daripada perlindungan terbaik adalah penggunaan satu bentuk’earth leakage circuit breaker’. Tidak seperti fius, yang direkabentuk untuk melindungi kelengkapan, bukan manusia, apabila berlaku litar pintas pemutus sedemikian akan menghentikan arus dengan pantas agar tiada bahaya akibat kecederaan.

Jika kedua-dua voltej terkurang atau ‘earth leakage breaker’ tidak digunakan, apabila mungkin, pemutus litar otomatik mini perlu digunakan. Penggunaan pemegang fuis yang boleh diwayar semula perlu dielakkan seboleh mungkin kerana bahaya penggantian wayar yang tidak bersesuaian dengan saiz wayar fius.


Kemungkinan untuk renjatan elektrik boleh dikurangkan oleh seorang kompeten yang menjalankan pemeriksaan berikut:-

1. sekurang-kurangnya satu ujian mingguan berkenaan keterusan konduktor bumi di antara peralatan mudahalih bersalut logam dan palam - ini akan memastikan bahawa konduktor di dalam wayar bumi kekal cukup untuk membawa cukup arus pintas untuk meletupkan fius; tambahan lagi ketahanan penebat kedua-dua alat dan plumbum fleksibel harus diperiksa;

2. sekurang-kurangnya satu pemeriksaan mingguan kotak fius;

3. sekurang-kurangnya satu ujian setiap tahun terhadap litar otomatik mini;

4. satu pemeriksaan mingguan terhadap sarung tangan getah, alas berpenebat, kepingan dsb untuk kegunaan elektrikal;

5. ujian setiap 6 bulan terhadap sarung tangan getah elektrikal;

6. penggantian peralatan salut logam dengan peralatan atau kelengkapan yang berpenebat penuh bersesuaian di mana boleh dipraktikkan;

7. pemeriksaan rutin terhadap pemasangan elektrikal;

8. pengujian dan pemeriksaan tetap semua kelengkapan pejabat; dan

9. pemeriksaan kerap terhadap semua soket dinding.


Satu kaedah mudah untuk memastikan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin kelengkapan elektrikal dilakukan adalah dengan melabel dan menandakan tarikh pada semua kelengkapan sewaktu ia diperiksa. Jika tarikh pada label menunjukkan kelengkapan tersebut tidak diperiksa dalam jangkawaktu yang ditentukan, kelengkapan itu tidak akan digunakan sehingga ia telah diperiksa.

Selain daripada memeriksa dan menguji kelengkapan yang perlu digunakan, perlu juga difikirkan kedudukan soket dan jumlah serta jenis kelengkapan yang dipasangkan padanya. Seringkali, khususnya di pejabat, soket-soket sama ada di dalam kedudukan yang tidak sesuai, menyebabkan wayar meleret di dalam bilik, atau terlalu banyak perkakas menggunakan terlalu sedikit soket. Dalam kes sedemikian ada risiko untuk kebakaran di samping risiko untuk renjatan.


Pertolongan Cemas dan Penyelamatan


Katakanlah, walaupun semua langkah beringat-ingat telah diambil, (seseorang telah terkena renjatan elektrik. Adakah anda harus berdiri sahaja tanpa melakukan sesuatu? Tidak, tidak seharusnya begitu. Untuk menolong mangsa, kepantasan tanpa panik adalah amat penting. Pertama sekali arus elektrik hendaklah dihentikan atau suruh seseorang untuk melakukannya. Panggil seorang doktor atau ahli pertolongan cemas tetapi jangan menanti ketibaan mereka sahaja.

Apabila arus elektrik telah dihentikan, mulakan dengan pernafasan bantuan dengan serta-merta, dan teruskan untuk memulihkan pernafasan semulajadi sehingga ketibaan pakar dan menyuruh anda menghentikannya. Banyak nyawa telah hilang secara sia-sia kerana tidak memulakan pernafasan bantuan dengan serta-merta dan menghentikannya terlalu cepat.

Sekiranya tiada sesiapa pun yang mengetahui di mana untuk mematikan arus, tidak mustahil untuk membebaskan mangsa daripada bersentuh dengan kuasa elektrik pada  voltej yang normal dengan menggunakan sarung tangan getah atau alas getah. Jika barangan tersebut tidak ada, gunakan gelung tali atau kot atau topi untuk menyeret dan membebaskan mangsa tersebut. Elakkan bersentuhan kulit dengan mangsa yang tercedera. Apa sahaja yang digunakan hendaklah kering dan bukan konduktor.

Jika diketahui atau disyaki bahawa si mangsa telah bersentuh dengan konduktor hidup melebihi 415v, adalah amat berbahaya untuk cuba membebaskannya, kecuali ada bahan berpenebat terhadap sistem itu atau sehingga anda pasti bahawa arus elektrik telah dihentikan. Jika sebarang bahagian daripada sesuatu sistem elektrik itu melebihi 250v, majikan itu diwajibkan untuk mempamerkan satu poster yang memberi arahan berkenaan cara-cara untuk merawat seseorang yang terkena renjatan elektrik.
Akhir sekali, adalah dinasihatkan para pekerja perlu menerima latihan pernafasan bantuan yang kerap dan di mana perlu cara-cara untuk menghentikan bekalan elektrik perlulah ditunjukkan dengan jelas.


Apa yang penting ialah jangan kita bertindak melulu bila berhadapan dengan keadaan seperti ini hingga kita sendiri lupa aspek keselamatan diri kita pula.

Elektrik bukan seperti api, ia tidak nampak dan tidak boleh dikesan, tidak boleh dihidu, tak boleh didengar dengan pancaindera anda.


Apabila berhadapan dengan orang yang terkena kejutan elektrik, lakukan langkah-langkah berikut untuk menyelamatkannya:

1) Jangan sentuh mangsa jika suiz belum ditutup, dikhuatiri orang yang menolong juga akan terkena kejutan elektrik tersebut.

2) Tutup suiz dan dapatkan seseorang yang tahu cara menutup suiz kuasa elektrik yang besar.

3) Jangan gunakan benda yang basah, lembab atau bercampur dengan logam bagi menarik mangsa tersebut.

4) Awasi diri dengan menggunakan kasut atau pelapik kaki yang kering dan balut tangan dengan sarung tangan getah yang kering.

5) Dapatkan pertolongan cemas dengan segera untuk menyelamatkan mangsa. Hubungi pasukan perubatan dan bomba dengan segera.




Senarai Semak : Kuasa Elektrik
Adakah semua kelengkapan elektrik yang digunakan di dalam tempat kerja anda kerap kali diperiksa oleh seseorang yang kompeten?
Adakah sebarang tanda kelengkapan elektrik yang rosak?
Adakah kelengkapan voltej terkurang disediakan dalam keadaan lembap?
Adakah semua kabel overhed dan bawah tanah ditandakan dengan jelas?
Adakah semua pengimpalan arka elektrik dibumikan dengan mencukupi?
Adakah terdapat bilik bateri di tempat kerja anda? Jika ada, sila periksa pengalihudaraan, pencegahan bunga api dan pencucuhan, larangan merokok dan bantuan kecemasan.
Adakah semua pekerja terlatih di dalam teknik-teknik pertolongan cemas dan penyelamatan bagi renjatan elektrik?



KESELAMATAN ELEKTRIK

Apabila bekerja menggunakan peralatan elektrik, prihatin terhadap langkah keselamatan adalah penting. Ini adalah kerana nisbah kematian terhadap kecederaan adalah tinggi dalam kemalangan elektrik berbanding kemalangan dalam kategori lain. Kegagalan mematuhi langkah keselamatan akan mengakibatkan kemalangan yang serius.


Antara akibat sekiranya bersentuhan dengan elektrik ialah:

1. Kejutan elektrik (electric shock)

- akibat drpd. pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang yang menyebabkan fungsi tubuh (urat saraf, otot, organ) menjadi tidak normal.

2. Tisu badan terbakar (electrical burns)

- akibat drpd. pemanasan arus elektrik yang berlebihan.

3. Kebakaran elektrik (elecrical fires)

- akibat drpd. pemanasan berlebihan peralatan elektrik dan bersentuhan dengan bahan-bahan mudah terbakar.


Punca-punca kemalangan elektrik berlaku :

1.Punca-punca semulajadi

-   kilat

-  banjir

-  gempa bumi


2. Punca-punca daripada tindakan manusia

- kerosakan alat-alat atau perkakasan elektrik pd pendawaian yg  menyebabkan kebocoran elektrik
-  kekurangan pembumian dan berlaku arus bocor
-  kekurangan pelindung arus berlebihan seperti fius atau pemutus litar


3. Kelalaian manusia

-  pemasangan wayar yang salah
-  kegagalan menguji rintangan penebat pada alatan elektrik
-  pendawaian tambahan tanpa kebenaran
-  kegagalan membaiki alat-alat elektrik yang telah rosak
-  membuat modifikasi pd alat-alat elektrik-Kegagalan utk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik atau perkakasan elektrik.
- Jarang membaikpulih dan menguji peralatan atau mungkin tiada pengetahuan dalam membaikpulih dan menguji peralatan.


Kaedah-kaedah pencegahan kemalangan elektrik

3 jenis perlindungan yang mesti di buat pada semua pemasangan litar elektrik.

a.  Perlindungan terhadap kejutan elektrik
b.  Perlindungan terhadap kesan pemanasan
c.  Perlindungan terhadap lebihan arus

Perlindungan terhadap kejutan elektrik
a. Perlindungan drpd sentuhan terus
- sentuhan terus ialah sentuhan manusia atau haiwan dengan punca hidup pd. satu pemasangan.
b. Perlindungan drpd sentuhan tidak terus
- sentuhan tidak terus adalah sentuhan manusia atau haiwan dibhgn yang telah menjadi hidup di sebabkan arus bocor ke bumi. Contoh rangka logam yang telah menjadi hidup akibat kerosakan penebat pada alatan tersebut.


Antara cara perlindungan daripada sentuhan tidak terus adalah seperti berikut:

i. Memastikan peranti perlindungan arus lebihan atau pemutus litararus baki mestilah boleh memutuskan litar secara otomatik apabila berlaku arus bocor ke bumi
ii. Memastikan alat mudahalih yg disambung pd soket alir keluar tidak digunakan secara berterusan
iii.Memastikan kabel mudah lentur yg digunakan pd alat mudah alih tidak di tarik ke merata tempat kerana ini boleh merosakkan penebat kabel
iv.Pastikan anda dapat membebaskan diri dgn mudah drpd terus memegang alat pegun yang rosak dan arus bocor ke bumi berlaku.

Sekian info dari anime4nz. Banyak pula info yang diberi untuk catatan mendatang. 
Semoga bermanfaat. dN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online