klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, January 26, 2013

Langkah Keselamatan Dari Kejutan Elektrik / Elektrikal


Keselamatan Dari Kejutan Elektrik

 Sebelum kita pergi jauh jom anime4nz men'share'kan sedikit pengetahuan yang perlu diketahui langkah-langkah keselamatan untuk memastikan kita tidak terkena kejutan elektrik.

Di bawah disenaraikan langkah-langkah yang perlu dipatuhi:


1. Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan.

Jangan pegang/sentuh 'live wire' dengan tangan. Gunakan 'Test pen' atau 'Multimeter' untuk memeriksa sama ada talian tersebut mempunyai tenaga elektrik atau tidak.

Plug didinding mempunyai tiga lubang. Lubang di atas sekali dikenali sebagai bumi (Earth) dan wayar di dalamnya berwarna hijau. Sebelah kanan dikenali sebagai hidup (Live) dan wayarnya berwarna coklat. Sebelah kiri dikenali sebagai berkecuali (Neutral) dan wayarnya berwarna biru. 
menunjukkan kedudukan wayar dlm plug 3 pin
 Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti Test Pen, hujungnya hendaklah dimasukkan pada lubang hidup dan hujung jari kita memegang pangkal atau penutup Test Pen tersebut. Sekiranya lampu menyala pada Test Pen maka ada aliran elektrik. Jika tidak menyala, pastikan anda telah menghidupkan plugnya. Ujian juga boleh dilakukan pada lubang hidup dan berkecuali, hasil ujian mestilah menyala. Kalau tidak menyala tandanya ada kesilapan pendawaian atau tiada api/elektrik. Perlu diingatkan ujian arus elektrik untuk peralatan Test Pen ada hadnya. Pada setiap peralatan Test Pen ada tertera voltan minima dan maksima. Selalunya bermula dari 100V sehingga 500V. Jadi lampu hanya menyala sekiranya voltan tersebut melebihi 100V. Sekiranya kita menguji talian voltan sebesar 1000V, kita pasti akan terkena kejutan elektrik.
cara betul guna test pen vs kadar voltan minima-maksima ditunjukkan
 Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti Multimeter, tombol perlu disetkan kepada arus AC sekurang-kurangnya menunjukkan 250V. Palam yang berwarna merah perlu dimasukkan pada lubang hidup dan palam berwarna hitam dimasukkan pada lubang berkecuali. Sekiranya terdapat voltan yang mengalir, jarum akan menunjukkan sekitar 230V.

Sekiranya kita tersentuh wayar yang hidup, maka tangan kita secara automatik akan mengengam wayar tersebut.  Ini kerana tindakan reflex yang membuatkan kita mengengam wayar tersebut. Tidak ada manusia normal sengaja menyentuh wayar elektrik hanya semata-mata untuk menguji sama ada talian tersebut berfungsi atau tidak. Kadang-kadang (selalunya) kita terlupa membawa Test Pen, kita hanya membawa peralatan pemutar skru (skru driver). Ini menimbulkan masalah apabila kita perlu menguji plug ditempat yang tiada peralatan elektrik.

Bayangkan scenario ini, anda pergi melawat pejabat baru dengan Pengarah. Sampai sahaja, lampu pejabat akan dipasang. Bila lampu menyala, maka kita tahu pejabat tersebut telah mempunyai bekalan elektrik. Tetapi anda tidak pasti sama ada plug dipejabat tersebut berfungsi atau tidak. Tiba-tiba Pengarah bertanya “Mat, plug dekat dinding tu boleh digunakan ke? Tetapi anda tidak membawa sebarang peralatan untuk menguji plug tersebut. Test Pen pula tertinggal dipejabat dan yang ada hanyalah kunci kereta. Nak jawap tak tahu sebab terlupa bawa Test Pen pada Pengarah, alamatnya kena jeling. Jadi cara paling mudah, masukkan kunci dilubang hidup, hidupkan plug dan pegang kunci tersebut. Kalau anda terkena kejutan, maka sah 100% plug berfungsi dengan baik. TOLONG JANGAN BUAT KERJA GILA. Kalau terpaksa juga (nak bodek Pengarah punya pasal), anda boleh sentuh kunci tadi dengan belakang jari (BUKAN belakang tapak tangan). Sekiranya ada kejutan elektrik, jari anda akan tergenggam dengan sendirinya dan seterusnya menjauhi kunci tersebut.

2. Buang wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit yang terkena kejutan elektrik.

Apabila kita melihat rakan kita terkena kejutan elektrik, JANGAN terus menyentuhnya kerana kita akan turut terkena kejutan elektrik tersebut. Apa yang perlu kita lakukan adalah mematikan bekalan kuasa tersebut. Sekiranya punca bekalan kuasa atau plug tersebut tidak dijumpai, kita boleh menolak wayar atau peralatan tersebut dengan menggunakan benda penebat seperti kayu atau getah. Kayu! Getah! Dalam situasi sebenar kalau kita sibuk mencari kayu, getah atau bahan penebat lain untuk mengalihkan peralatan tersebut, rakan kita sudah lama mati keras. Cara lain adalah dengan merempuh rakan anda (bukan menolak) sekuat hati. Tindakan ini akan memisahkan rakan anda dengan peralatan atau wayar tersebut.


3. Bila melakukan pemeriksaan terhadap 'live equipment' pastikan plug yang digunakan berada ditempat tinggi.

Pastikan plug kuasa yang digunakan dipasangkan ditempat yang mudah dicapai dan dapat dilihat oleh pengguna lain supaya sekiranya berlaku sebarang kemalangan mudah sahaja pengguna lain dapat melihat dan memadamkan bekalan kuasa. Elakkan membuat plug dicelah-celah atau di bawah meja. Ini kerana apabila berlaku bencana, pengguna lain mungkin tercari-cari plug tersebut.


4. Jangan melakukan pemeriksaan terhadap 'live equipment' dalam keadaan bilik yang tidak selamat.

 Kadang-kadang kita terpaksa melakukan pemeriksaan pada peralatan yang perlu dihidupkan bekalan kuasa. Sekiranya ini berlaku, pastikan bilik yang kita guna selamat. Pastikan tiada peralatan tajam atau buju meja dibelakang kita semasa melakukan pemeriksaan. Sekiranya berlaku kejutan elektrik atau letupan, kemungkinan kita akan terhumban kebelakang.




Letupan selalunya disebabkan kapasitor yang meletup dan letupan ini tidak besar mana. Cuma kadang-kadang kita melatah, OPS! POCOT! Terus kita melompat kebelakang. Kalau dibelakang ada benda tajam atau buju meja maka pingang kita akan tercedera terkena benda tersebut. Mungkin lebih teruk sekiranya belakang kita adalah rak menyimpan monitor atau PC dan kita terlanggarnya, kita mungkin mati dihempap oleh barangan tersebut.

Oleh itu, semasa menghidupkan peralatan elektrik/elektrikal seperti komputer, kita perlu pastikan tidak ada objek yang jadi penghalang untuk kita melompat kebelakang apabila bencana berlaku. 


5. Pastikan sebelah tangan anda berada di dalam poket seluar semasa melakukan ujian terhadap 'live equipment'.

Secara amnya, tenaga elektrik akan mengalir mengikut laluan yang mudah untuk sampai ke bumi. Semasa kita terkena kejutan elektrik, elektrik tersebut akan mengalir dari tangan (sebab kita pegang sesuatu dengan tangan, maka sudah semestinya ia bermula dari tangan) dan melalui jantung dan seterusnya ke kaki. Semasa arus elektrik melalui jantung kita, ini akan menyebabkan gangguan terhadap organ jantung dan boleh menyebabkan maut.

Oleh itu sebagai langkah keselamatan, kita perlu meletakkan sebelah tangan kita di dalam poket seluar. Manakala sebelah tangan lagi melakukan pemeriksaan terhadap peralatan tersebut. Sekiranya berlaku kejutan elektrik, arus elektrik akan mengalir melalui tangan dan seterusnya melalui bahu dan bergerak ke tangan yang berada di dalam poket tersebut melepasi jantung kita. Dengan ini walaupun kita terkena kejutan elektrik keselamatan jantung kita terjamin. 

6. Gunakan kasut getah

Kasut kulit bukanlah penebat yang baik. Adalah lebih baik sekiranya menggunakan kasut yang dikenali sebagai Safety Shoes. Kasut jenis ini dapat menghalang dari terkena kejutan elektrik.

Voltan yang tinggi tidak akan membunuh, hanya arus mill’ yang membunuh. Elecktrik Statik boleh mencapai sehingga 10KV tetapi tidak akan membunuh kerana mempunyai nilai arus yang sangat kecil.

7. Pastikan diri tidak dibumikan

Semasa menghidupkan peralatan komputer atau elektrik, pastikan diri kita tidak dibumikan. Jika gagal mematuhi langkah ini, kita pasti akan dikebumikan.

Semasa melakukan pemeriksaan kita digalakkan untuk memasang  tali pergelangan tangan (wrist strap)  untuk mengelakkan kerosakkan pada peralatan elektronik. Ini kerana peralatan elekronik amat sensitif dengan elektrik statik. Walaupun bagi kebanyakkan orang Asia Tenggara masih beranggapan kerosakkan dari kejutan elektrik statik di negara Asia Tenggara tidak berlaku. Ini merupakan pendapat yang salah, memang benar kadar voltan elektrik static di negara Asia Tenggara lebih rendah kerana kita mempunyai cuaca jenis panas lembap.
pemakaian 'wrist strap' jenis kekal

Di negara Eropah, sekiranya kita memegang modul memori tanpa menggunakan tali pergelangan tangan (wrist strap), kemungkinan besar modul tersebut akan rosak. Di Malaysia, memang sudah jadi budaya kita memegang modul memori tanpa menggunakan tali pergelangan tangan (wrist strap). Hasilnya kita akan mengalami masalah intermittent

Contoh masalah : gejala skrin biru (skrin monitor memaparkan skrin biru). Gejala skrin biru sering disebabkan oleh kepincangan modul memori. Sekiranya kita menegur penjual komputer mengenai kerosakkan berpunca dari elektrik static, mereka akan menjawap:

“mana adalah, tarak rosak punya. Itu negara orang putih memang rosak kalau pegang ini macam”.

Jangan terpedaya dengan jurujual tersebut, sebab kerosakkan tetap berlaku tetapi mengambil masa untuk mengalami kerosakkan secara total. Tindakan kita, pergi ke kedai lain yang lebih berhati-hati apabila memegang modul memori.

Penggunaan tali pergelangan tangan (wrist strap) dapat mengelakkan berlakunya kerosakkan komponen komputer, tetapi tali pergelangan tangan  (wrist strap) tersebut perlu ditanggalkan sekiranya kita perlu menghidupkan komputer tersebut. Ini kerana formula V = IR (Voltan bersamaan dengan Arus didarabkan dengan rintangan). Voltan dari TNB adalah 230V. Apabila kita memakai tali pergelangan tangan  (wrist strap) jumlah rintangan kita menghampiri sifar. Maka nilai arus adalah 230Amp. Arus sebesar 50mA (milliamps) cukup untuk membunuh, inikan pula 230Amp. Gerenti hangus. TETAPI rintangan masa pakai tali pergelangan tangan (wrist strap) bukannya ‘0’ tetapi adalah sekitar 1000Kohm.  Di bawah ditunjukkan cara pengiraan:

Voltan dari TNB = 230 V

Rintangan = 1000Kohm

Formula  V = IR

I = V/R

I = 230/1000 x 1000  (nilai 1000 didarab dengan 1000 kerana Kohm perlu ditukar ke milliohm)

I = 0.00023 mA

Nilai 0.00023 mA tidak akan membawa akan membawa kesan kepada kita. Kalau menggunakan tali pergelangan tangan  (wrist strap) merbahaya, sudah tentu ramai yang mati keras.


Walau bagaimanapun penggunaan rantai/jam emas atau besi perlu dielakkan dari tersentuh peralatan tersebut kerana nilai rintangan mereka adalah kecil. Jadual 1 menunjukkan jumlah arus dan kesannya kepada kita.

Kesan Kejutan Arus Elektrik

Arus
Tindak Balas
1 milliamp
Hanya suatu gelenyar kabur.
5 milliamps
Kejutan sedikit terasa. Gangguan, tetapi tidak sakit. Kebanyakan orang dapat melepaskan peralatan dari tangan mereka  Walau bagaimanapun, sentuhan yang lama boleh menyebabkan kecederaan.
6-25 milliamps (women)†
9-30 milliamps (men)
Kejutan sakit. Kawalan otot hilang. Peralatan yang dipengang tidak dapat dilepaskan. Sentuhan yang lama boleh menyebabkan kematian.
50-150 milliamps
Kejutan yang sangat sakit, penafasan berhenti, pengecutan otot yang teruk. Kematian itu munasabah.
1,000-4,300 milliamps (1-4.3 amps)
Kerosakan saraf terjadi. Kematian itu mungkin berlaku.
10,000 milliamps (10 amps)
Penahanan kardium dan pembakaran teruk terjadi. Kematian itu boleh terjadi.
Jadual 1: Kesan kejutan arus eletrik



8. Putuskan punca bekalan tenaga elektrik sebelum melakukan pemeriksaan kecuali terpaksa.

Sebelum melakukan pemeriksaan terhadap peralatan elektik / elektrikal kita perlu:

1.      Matikan suis peralatan – kita sendiri kena pastikan suis peralatan dimatikan, jangan sesekali mengharapkan rakan kita/orang lain mematikannya. Kita tidak mahu masing-masing beranggapan suis peralatan dimatikan oleh orang lain. Akhirnya suis peralatan tersebut tidak dimatikan

 2.      Matikan suis bekalan diplug dimatikan – ini untuk mengelakkan sebarang bencana sekira suis pada peralatan rosak. Ada kes tertentu dimana suis peralatan senantiasa ON kerana suis tidak berfungsi dengan baik

3.      Cabut plug dari dinding – kita tidak mahu ada diantara rakan kita / orang lain tersalah menghidupkan plug

4.      Cabut plug pada peralatan – dengan melakukan ini, sekiranya rakan kita / orang lain terpasang dan terhidupkan plug tersebut, peralatan masih lagi selamat untuk kita melakukan pemeriksaan
                                   
5.      Letakkan kabel kuasa yang mudah anda lihat  - Sekiranya dengan tidak sengaja rakan kita / orang lain mengambil plug tersebut kita boleh berkata “Plug itu aku punyalah!”

9. Pisahkan peralatan lain yang bersambung dengan peralatan yang sedang dibaiki.

Peralatan seperti monitor, pencetak, pengimbas dan sebagainya perlu dipisahkan kerana kita tidak mahu peralatan tersebut mengalami kerosakkan. Peralatan lain yang dibaiki, peralatan lain yang rosak. Kita juga tidak mahu terkena kejutan elektrik dari peralatan tersebut.


10. Jauhkan diri dari peralatan yang dibaiki apabila menghidupkan bekalan kuasa.

Sekiranya peralatan tersebut baru dibaik pulih dan kita ingin mengujinya, pastikan kita berdiri jauh dari peralatan yang dibaik pulih. Sebab? Kita kuatir sekiranya ada letupan yang berlaku. Sekiranya letupan berlaku, tidak ada apa yang perlu kita buat lagi. Benda sudah meletup, tidak perlu tergesa-gesa mematikan bekalan kuasa. Tetapi jika terbau hangit,  bekalan kuasa perlu dimatikan dengan segera. Tindakan ini mungkin dapat mengurangkan kerosakkan yang mungkin berlaku.


11. Berhati-hati dengan peralatan yang bergerak.

Sekiranya pembaikan dilakukan terhadap barangan yang bergerak seperti mesin pencetak atau kipas; pastikan tali leher, kad nama, rambut dan barang kemas tidak ditarik oleh peralatan tersebut. Kecederaan mungkin terjadi sekiranya tali leher, kad nama, rambut dan barang kemas tersebut tersangkut pada roller mesin pencetak / bilah kipas.


Anime4nz vs Keluarga Avail : Malang Tidak Berbau - Anda Mampu Mengubahnya !

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama