klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, August 30, 2012

Kenali dan Pahami Tayar Kenderaan Anda

Panduan dan Tips Penjagaan Tayar

Pengguna dinasihatkan memahami spesifikasi dan keadaan semasa tayar. Kerana kelemahan penyelenggaraan tayar adalah salah satu faktor utama penyebab kemalangan jalan raya.

Majoriti pengguna gagal memantau tayar kenderaan mereka dengan baik. Kesilapan yang sering berlaku adalah gagal memastikan tekanan udara pada tayar.

Amat penting kita memastikan tekanan udara yang tepat pada tayar. Kerana kekurangan angin akan menyebabkan kenderaan menggunakan bahan api berlebihan dan tidak menjimatkan minyak dan wang anda.

Tapi sama ada terlebih atau terkurang tekanan angin pada tayar akan menjadikan permukaan tayar menjadi tidak sekata. Permukaan tayar menjadi haus pada sebahagian sahaja tidak pula pada bahagian yang lain.

Jika dibiarkan berterusan tanpa diselenggara, akan menyebabkan tayar menjadi botak sehingga menampakkan dawai. Tahap begini dianggap kritikal kerana tayar boleh pecah atau meletup pada bila-bila masa sahaja.
Analisis menyatakan kemalangan maut di jalanraya boleh berlaku pada kelajuan hanya 40km/j. Cuba bayangkan pula situasi tayar kereta anda pecah ketika memandu melebihi 90 - 100 km/j dan pada ketika itu hujan lebat. Bagaimana nasib anda selepas itu?

Selain itu pengguna adakalanya membeli tayar tidak mengikut kesesuaian dengan prestasi kenderaan yang dimiliki. Paling bengang bila tanpa disedari kita telah terbeli tayar korek atau tayar yang ditoreh semula.

Jadi elakkan menjadi penyebab kemalangan atau tertipu ketika membeli tayar.  


Tuesday, August 28, 2012

cara jimat minyak

Di sini anime4nz akan memberikan 30 cara praktikal secara ringkas dan padat  tips / cara untuk menjimatkan minyak petrol kenderaan anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara satu sama lain.

Ramai orang sanggup membelanjakan ratusan ringgit memasang alat jimat minyak bagi mengurangkan kos perbelanjaan. Bagaimanapun, tidak semua alat itu berfungsi dengan baik kerana ada yang hanya memberikan prestasi minimum.
Kini, banyak pengeluar menggunakan pemancit bahan api, bukannya karburator. Pemancit bahan api kini dikawal komputer bagi memastikan penggunaan minyak paling minimum tapi memberikan prestasi tertinggi.

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online