klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, May 20, 2012

LPT2 BUKIT PAYONG KINI DIBUKA

Sukacita dimaklumkan bahawa laluan dari Persimpangan Ajil (Pakej 10) ke Persimpangan Telemung (Pakej 10) telah dibuka kepada awam bermula pada 18hb Mei 2012 (Jumaat). Perasmian pembukaan laluan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia,  Y.B. Dato' IR Hj. Ismail bin Md. Salleh bertempat di kawasan Plaza Tol Ajil.
 
Sementara itu, laluan Persimpangan Kijal (Pakej 5A) hingga Persimpangan Kerteh (Pakej 6) juga turut dibuka kepada awam, namun perasmian pembukaan oleh Pengarah Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 akan diadakan pada Jun depan.

Untuk makluman, tiada tol akan dikenakan kepada pengguna lebuhraya bagi laluan ini sehinggalah keseluruhan lebuhraya ini disiapkan. Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 menasihati pengguna agar berhati-hati semasa memandu dan mematuhi setiap peraturan-peraturan papan tanda di lebuhraya ini.

Laluan 1 : Persimpangan Ajil (Pakej 10) ke Persimpangan Telemung (Pakej 10
Laluan 2 : Persimpangan Kijal (Pakej 5A) hingga Persimpangan Kerteh (Pakej 6)

Dah start nak memecut..... 110km ke atas... vrommmm

Tuesday, May 15, 2012

Pelaga Buah Getah

Permainan yang anime4nz nak citer ni mungkin dah pupus kot... Tu yang nak citer ni.... Permainan yang nak citer ni ialah... main pelaga buah getah...

Permainan ni popular sangat-sangat masa zaman kecik-kecik dulu... Menariknya bermula dari mencari buah getah lagi.... sampai la melagakan buah getah tu.... Takde kos.....takde di shopping mall.... Cuma ada di kebun getah jer..

Sunday, May 13, 2012

PRU13 JUN / SEPTEMBER ?

SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.

Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin,” kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.



“Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU,”

“PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun.”
"Paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September,”
Berhati-hatilah dalam memilih hati... KeRaNa apabila kita tidak berhati-hati dalam memilih hati, kita akan disakiti oleh pemimpin yang tidak BERHATI... Renung-renungkang dan SELAMAT MENGUNDI!!! ...


Thursday, May 10, 2012

Loji Petronas Paka / Kerteh Meletup - 3 Mati, 10 Cedera

KEMAMAN 10 Mei - Tiga pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala Sepuluh yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman petang ini.

Identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang.

Empat daripada mangsa yang parah itu dilaporkan mengalami kecederaan terbakar peringkat empat (sangat parah).

GPP3 Petronas meletup..bukan satu plant meletup…tapi bunyi letupan dan gegaran katanya kuat….mereka sedang membuat kerja2 pemotongan kerja2 kimpalan di pipeline gas….spark itu terpercik masuk ke dalam pipeline…terus loji GPP3 Petronas pun meletup
Minyok tak naik coz kejadian ni okkkk!!
Api dok black op super Malaysia gelap dulu okk!! Harap Semua Selamat....

Tuesday, May 8, 2012

Borang Pendaftaran Awal Askar Wataniah



Syarat-Syarat Penyertaan
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
  • Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah

    Lazada : Kedai Online Top

    Popular Posts

    Harimau Malaya

    harimau malaya 728x90 Banner

    WMA Masterclass

    Lazada : Kedai Online

    Wordlinx - Klik Bayaran Anda

    WordLinx - Get Paid To Click

    'Traffic' Percuma

    The Best Traffic Exchange

    Anak Pintar cerdas

    Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

    Best of The Best Blog

    leaderboard2 denaihati Banner

    Lazada : Kedai Online