klik atas

backlink

gambar laju

Monday, December 3, 2012

Peugeot 508 Baru segmen D

Peugeot dilihat sangat menggemari angka lapan dalam setiap modelnya yang dianggap bertuah dan mampu memberi impak kepada setiap kelas pasaran kenderaan yang diceburinya.

Deretan model Peugeot baru seperti 308, 408, 3008 dan 5008 sudah cukup dikenali di pasaran tempatan, kini pembuat kereta Perancis berkenaan hadir lagi dengan angka bertuahnya iaitu 508.
Peugeot 308
Peugeot 408
Peugeot 3008
Peugeot 5008

Kereta segmen sedan eksekutif (D) berkenaan menampilkan reka bentuk yang cukup ringkas tetapi sedap mata memandang kerana setiap garisan dan lengkok pada badannya kelihatan serasi antara satu sama lain.

Berdepan dengan persaingan kereta segmen D lain yang sudah kukuh di pasaran tempatan seperti Honda Accord, Toyota Camry dan Volkswagen Jetta, Peugeot 508 tampil dengan ciri-ciri eksklusif tersendiri untuk memikat hati pembeli baru.


Baru-baru ini Penulis Utusan diberi peluang untuk mencuba varian 508 standard daripada varian yang ditawarkan untuk model ini iaitu 508 GT, 508 SW GT dan 508 SW.
Peugeot 508

Kereta ini kelihatan besar dan panjang dari luar sesuai dengan imej sedan eksekutifnya selain memiliki rekaan asas aerodinamik berbentuk tirus di hadapan.

Rekaan gril 508 turut terikut-ikut dengan gaya masa kini iaitu berwarna perak dengan latar belakang hitam untuk menunjukkan seolah-olah berlubang bagi menampilkan imej sport.

Bentuk bahagian belakang 508 juga begitu menarik dan tidak terlalu gemuk selain mempunyai rekaan lampu belakang dengan tiga garisan menegak yang mampu memancarkan cahaya unik kepada pemandu lain di belakang.

Rekaan dalaman juga kelihatan kemas dan menggunakan material kulit mewah pada kemasan papan pemuka, sisi pintu, kerusi dan stereng.

Tombol gear cukup klasik dengan salutan kulit berombak di bahagian bawahnya, sama seperti gear kereta-kereta yang direka pada 80-an dan awal 90-an.

Kerusinya agak keras tetapi mempunyai pelaras automatik bagi menyokong bentuk badan pemandu dan mempunyai bahagian sokongan kepala dwi-lapisan yang sangat selesa.

Dilengkapi dengan sistem GPS dengan skrin warna tujuh inci, set butang kawalan tambahan di bahagian tengah iaitu di belakang gear dan paling unik adalah cindai untuk tingkap penumpang dan cermin belakang bagi menikmati suasana lebih peribadi.

Ruang kaki penumpang juga luas serta dan mempunyai tempat merehatkan tangan boleh laras di bahagian tengah. Bonet belakang juga sangat luas dengan kapasiti 545 liter bersamaan empat bagasi besar.

Namun Penulis Utusan tidak gemar dengan kedudukan butang kawalan audio dan pelaras kelajuan automatik pada stereng dengan pemandu perlu memilih fungsi di bahagian kanan dan kemudian melarasnya pada bahagian kiri. Lebih elok jika satu jari diperlukan untuk itu.

Kelebihan lain Peugeot 508 ialah amaran akan dibunyikan jika gear tidak diletakkan pada kedudukan P selepas enjin dimatikan.

Sepanjang sesi pandu uji kereta ini, tiada sebarang bunyi kurang enak hadir dari bahagian tayar dan tingkap walaupun dipandu pada kelajuan tinggi.

Kawalan stereng terasa ringan dan sistem penyerap hentaknya juga sangat selesa untuk pemanduan santai dan pemandu tidak perlu merendahkan kelajuan kereta ketika melalui bonggol-bonggol yang biasanya memenuhi jalan-jalan di kawasan perumahan.

Melihat kepada prestasi enjinnya pula, 508 menggunakan enjin yang sama seperti model sebelum ini iaitu enjin 1.6 liter dengan Twin Scroll Turbo High Pressure (THP).

Saiz enjinnya kelihatan seperti tidak sesuai dengan saiz casis, namun sepanjang pemanduan, Penulis Utusan tidak mengesan sebarang kelemahan daripada segi kuasa pecutan dan sesuai untuk pemanduan harian.

Secara keseluruhannya, 508 merupakan antara kereta yang patut dipertimbangkan jika anda berminat untuk memiliki kereta segmen D dengan jaminan selama lima tahun tanpa had kilometer.

Anime4nz : 'D' 4 Initial D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online