klik atas

backlink

gambar laju

Friday, November 23, 2012

Honda Insight Hybrid - hebat - jimat minyak

1. Apa tu Sistem Hybrid?

Anime4nz tau ramai yang salah faham mengatakan kereta hybrid ni ialah kereta elektrik, tetapi sebenarnya TIDAK. Kereta hybrid ni sebenarnya kena pakai minyak petrol juga macam kereta biasa, cuma dia ada sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik. Ada dua engin yang akan digunakan untuk operasi sistem hybrid ni. Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol yang selalu digunakan pada kereta biasa. Cuma pada waktu-waktu tertentu (contohnya : ketika menggunakan gear rendah), motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.

 

2. Apa Pula Honda Insight?

Honda Insight adalah satu segmen kereta dari Honda yang menggunakan teknologi hybrid. Seperti yang telah diberitahu tadi, sistem hybrid terdiri dari dua enjin iaitu enjin petrol dan motor elektrik. Kereta hybrid Honda Insight menggunakan sistem enjin 1.3L i-VTEC (enjin petrol) dan Integrated Motor Assist (motor elektrik). Cuba bayangkan, dah la i-VTEC (sangat jimat berbanding enjin VTEC biasa), lepas tu ada sistem hybrid pulak tu. Memang berganda-ganda penjimatan minyak kereta ni.

 

3. Apa Beza Honda Insight Dengan Kereta Hybrid Lain?

Sebelum menjawab tentang perbezaan, kena bagitau dulu persamaan dulu. Persamaan Honda Insight dengan kereta hybrid lain ialah mereka menggunakan sistem hybrid iaitu ada dua enjin; enjin petrol dan motor elektrik. Manakala perbezaan Honda Insight Hybrid dengan jenama lain pula ialah Honda Insight mempunyai sistem khas yang unik dipanggil Ecological Drive Assist (ECO) assist, iaitu ECON mode (boleh diubah ikut kesesuaian), Guidance Function (warna di speedometer berubah mengikut gaya pemanduan) dan Scoring Function (lagi jimat gaya pemanduan, lagi besar daun tu akan tumbuh ;-).

Honda Insight juga mempunyai waranti bateri selama 5 tahun. Cuba bayangkan, kalau kereta biasa, paling kuat bateri boleh tahan pun 1 atau 2 tahun je. Tapi Honda insight ada waranti 5 tahun. Bermaksud, sepanjang 5 tahun korang guna Honda Insight, kalau ada masalah bateri, boleh tukar tanpa caj! (Fakta: Honda Insight adalah satu-satunya kereta hybrid yang memberi waranti bateri paling lama di Malaysia.)

Rekabentuk dalaman Honda Insight juga memang sangat menarik, teratur dan mudah (user-friendly). Memang tipikal semua kereta Honda macam ni. Tampak elegancy. Memang sangat class.

 

4. Kenapa Honda Insight?

Mengikut kajian (LINK) yang dilakukan di negara barat, korang boleh jimat sehingga RM5,000 setahun dengan purata perjalanan 20000 KM (kalau convert nilai matawang yang diberitahu dalam penyelidikan itu la), hanya dengan menggunakan kereta jenis hybrid. Berita baiknya ialah, kereta hybrid yang paling mantap dan mempunyai rekabentuk yang menawan lelaki dan perempuan di Malaysia adalah Honda Insight. Bukan sahaja harga Honda Insight adalah murah (bawah RM100,000) tetapi sangat berpatutan. Kalau setahun dapat jimat RM5,000, kalau 9 tahun (pinjaman kereta biasa), dah boleh jimat RM45,000!!!!! Biar betul???? .

 

5. Maklumat Tambahan Honda Insight Infografik

Mungkin korang masih tak paham lagi sebab korang bukan jenis yang membaca tetapi jenis grafik, di bawah ni ada 3 infografik yang boleh korang tengok untuk memahami lebih lanjut tentang Honda Insight hybrid ni. Apa tunggu lagi, boleh la cuba pandu di pusat Honda yang berdekatan.

a. Sejarah Honda Hybrid di Malaysia

 

  b. Apa dan Bagaimana Hybrid Berfungsi

 

c. Ciri-Ciri Kelebihan Honda Hybrid

2 comments:

  1. saya berkenan nak beli honda hybrid ni. tapi gaji lom padan nak pakai hond hybrid ni. infos yg sgt informative utk saya yg tak tahu sgt ni. br tau, beza hybrid n insight

    ReplyDelete
  2. banyak informative yer blog ni. nanti sy igt nak credit kat blog ni if saya ada ambek apa2 drpd sini yer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online