1. Apa tu Sistem Hybrid?
Anime4nz tau ramai yang salah faham mengatakan kereta hybrid ni ialah kereta elektrik, tetapi sebenarnya TIDAK. Kereta hybrid ni sebenarnya kena pakai minyak petrol juga macam kereta biasa, cuma dia ada sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik.
Ada dua engin yang akan digunakan untuk operasi sistem hybrid ni. Enjin
utama masih lagi enjin minyak petrol yang selalu digunakan pada kereta
biasa. Cuma pada waktu-waktu tertentu (contohnya : ketika menggunakan gear rendah),
motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.
2. Apa Pula Honda Insight?
Honda Insight adalah satu segmen kereta dari Honda yang menggunakan teknologi hybrid. Seperti yang telah diberitahu tadi, sistem hybrid terdiri dari dua enjin iaitu enjin petrol dan motor elektrik. Kereta hybrid Honda Insight menggunakan sistem enjin 1.3L i-VTEC (enjin petrol) dan Integrated Motor Assist (motor elektrik).
Cuba bayangkan, dah la i-VTEC (sangat jimat berbanding enjin VTEC
biasa), lepas tu ada sistem hybrid pulak tu. Memang berganda-ganda
penjimatan minyak kereta ni.
3. Apa Beza Honda Insight Dengan Kereta Hybrid Lain?
Sebelum menjawab tentang perbezaan, kena bagitau dulu persamaan dulu. Persamaan Honda Insight dengan kereta hybrid lain ialah mereka menggunakan sistem hybrid iaitu ada dua enjin; enjin petrol dan motor elektrik. Manakala perbezaan Honda Insight Hybrid dengan jenama lain pula ialah Honda Insight mempunyai sistem khas yang unik dipanggil Ecological Drive Assist (ECO) assist, iaitu ECON mode (boleh diubah ikut kesesuaian), Guidance Function (warna di speedometer berubah mengikut gaya pemanduan) dan Scoring Function (lagi jimat gaya pemanduan, lagi besar daun tu akan tumbuh ;-).
Honda Insight juga mempunyai waranti bateri selama 5 tahun.
Cuba bayangkan, kalau kereta biasa, paling kuat bateri boleh tahan pun 1
atau 2 tahun je. Tapi Honda insight ada waranti 5 tahun. Bermaksud,
sepanjang 5 tahun korang guna Honda Insight, kalau ada masalah bateri, boleh tukar tanpa caj! (Fakta: Honda Insight adalah satu-satunya kereta hybrid yang memberi waranti bateri paling lama di Malaysia.)
Rekabentuk dalaman Honda Insight juga memang sangat menarik, teratur dan mudah (user-friendly). Memang tipikal semua kereta Honda macam ni. Tampak elegancy. Memang sangat class.
4. Kenapa Honda Insight?
Mengikut kajian (LINK) yang dilakukan di negara barat, korang boleh jimat sehingga RM5,000 setahun
dengan purata perjalanan 20000 KM (kalau convert nilai matawang yang
diberitahu dalam penyelidikan itu la), hanya dengan menggunakan kereta
jenis hybrid. Berita baiknya ialah, kereta hybrid yang paling mantap dan
mempunyai rekabentuk yang menawan lelaki dan perempuan di Malaysia
adalah Honda Insight. Bukan sahaja harga Honda Insight adalah murah (bawah RM100,000) tetapi sangat berpatutan. Kalau setahun dapat jimat RM5,000, kalau 9 tahun (pinjaman kereta biasa), dah boleh jimat RM45,000!!!!! Biar betul???? .
5. Maklumat Tambahan Honda Insight Infografik
Mungkin korang masih tak paham lagi
sebab korang bukan jenis yang membaca tetapi jenis grafik, di bawah ni
ada 3 infografik yang boleh korang tengok untuk memahami lebih lanjut
tentang Honda Insight hybrid ni. Apa tunggu lagi, boleh la cuba pandu di pusat Honda yang berdekatan.
a. Sejarah Honda Hybrid di Malaysia
saya berkenan nak beli honda hybrid ni. tapi gaji lom padan nak pakai hond hybrid ni. infos yg sgt informative utk saya yg tak tahu sgt ni. br tau, beza hybrid n insight
ReplyDeletebanyak informative yer blog ni. nanti sy igt nak credit kat blog ni if saya ada ambek apa2 drpd sini yer.
ReplyDelete