klik atas

backlink

gambar laju

Monday, November 26, 2012

Fenomena dan Landskap Luar Biasa - Tindak Balas Alam

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti paparan filem cereka sains terbaru memaparkan dunia makhluk asing angkasa lepas.

Bagaimanapun, imej luar biasa itu sebenarnya dirakam di bumi yang terhasil akibat tindak balas semula jadi berterusan dan kekal menarik perhatian. Daripada gabungan warna terang di kolam air panas hingga pembentukan batu rencam yang kelihatan seperti gajah, landskap luar biasa itu terhasil melalui peralihan masa berjuta-juta tahun.

Fenomena luar biasa seperti ejen hakisan berterusan seperti angin dan air melahirkan imej luar biasa yang mengambil masa berjuta tahun untuk terbentuk.

1. THE WAVE
Terletak di Tanah beralun di Utah, AS, dianggarkan berusia 190juta tahun.

Keanehan batu pasir - terbentuk akibat hakisan angin dan hujan sejak 190 tahun lalu dan kini membentuk pemandangan yang menakjubkan.


2. BRYCE AMPHITHEATRE
Terletak di Taman Negara Bryce Canyon, Utah, adalah deretan batu kapur yang terhakis secara semula jadi.



3. BONGKAH MOERAKI
Terletak di New Zealand seperti telur gergasi yang tersadai di pesisir pantai.

Ia kekal misteri.


4. PECULIAR PINNACLES
Terletak di Taman Negara Nambung, Australia Barat.

Struktur batu kapur di situ memang menakjubkan dengan sesetangah daripadanya setinggi kira-kira 5 meter.

Pakar berpendapat, ia terhasil sejak 25,000 - 30,000 tahun lalu apabila paras laut menurun dan menyebabkan pelbagai jenis cengkerang terdedah kepada matahari.

Dari semasa ke semasa, angin membawa pasir yang ada di sekeliling batu itu ke tempat lain dan minggalkan struktur berkenaan menjadi lambakan tiang.



5. PIRAMID BALLS
Terletak di Pulau Lord Howe New South Wales, Australia adalah gunung tertinggi di laut - 562 meter - yang terbentuk hasil proses geomorfologi alam semula jadi membabitkan angin dan air.


6. PUNCAK TUFA
Terletak di Tasik Mono, Sierra Nevada, AS. Tasik ini mendapat nama apabila aliran air yang masuk ke situ tidak boleh ke mana-mana, kecuali melalui pengewapan.


7. TASIK HILLER
Terletak di Australia Barat. Mengagumkan kerana kewujudan warna merah jambu terang yang memenuhi tasik berkenaa.

Tiada penjelasan saintifik dapat diberikan setakat ini untuk menjelaskan mengapa air tasik ini merah jambu.

Hasil kajian dan ujian menunjukkan ia bukan berpunca daripada kehadiran alga seperti yang ada di tasik masin lain di negara itu.


8. GREAT BLUE HOLE - LUBANG BESAR
Terletak di Perairan Belize ini terhasil akibat pencairan glasier pada zaman ais.

Selebar 300 meter dan sedalam 124 meter - terbentuk akibat beberapa kejadian ketika paras laut jauh lebih rendah berbanding zaman sekarang.


9. BEAUTY POOL

Terletak di Taman Negara Yellowstone, Wyoming, menarik akibat kehadiran bakteria dan alga.

Air panas membolehkan alga dan bakteria membiak sehingga menghasilkan susunan warna mempersona di situ.


10. DEATH VALLEY

Terletak di California apabila fenomena peralihan batu di tanah gersang itu turut membingungkan pakar.

Setakat ini tiada penjelasan dapat dibuat untuk menjawab tanda tanya mengapa bongkah batu besar - sesetengahnya seberat lebih 300 kologram - boleh beralih tempat di daratan yang rata itu.



11. ELEPHANT ROCK
Terletak di Nevada, Amerika Syarikat.

Batu Aneh hasil pembentukan batu rencam yang kelihatan bentuknya seperti gajah.

 

Teknologi kini pun tidak mampu meleraikan tanda tanya, kita hanya dapat membayangkan bagaimana generasi terdahulu mencari jawapan kepada keajaiban alam yang ada.


Anime4nz : Indahnya ciptaan Agung - Tuhan Kita - ALLAH - MAHA SUCI ALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online