klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, October 17, 2012

Tips Melancong Dengan Tenang

Menghabiskan masa dengan melancong memang mudah sekiranya anda mempunyai wang yang mencukupi.

Namun jangan menganggapnya sebagai sesuatu yang mudah walaupun anda sudah menempah ejen pelancongan dalam atau luar negara.

Cuba ikuti langkah berkenaan bagi membolehkan pembaca anime4nz melancong dengan tenang dan tidak menghadapi masalah di negara orang.

1. RANCANG PERCUTIAN
Rancang destinasi yang ingin dilawati sama ada berbincang dengan keluarga atau teman sebelum memutuskan sendirian.
Adakalanya tempat yang pembaca anime4nz ingin lawati belum tentu dipersetujui mereka.

2. TEMPAH TIKET
Teknologi kini semakin canggih membolehkan pembaca anime4nz memerhatikan harga tiket kapal terbang, secara atas talian.
Lebih murah harganya jika anda membeli tiket penerbangan enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan.


3. KUKUHKAN KEWANGAN
Pastikan anda mempunyai kewangan yang sangat mencukupi apabila bercuti ke luar negara kerana sudah tentu anda ingin membeli ole-ole sebagai tanda kenangan.
Tidak salah memilih percutian luar negara yang mahal mata wangnya asalkan pembaca anime4nz tahu berbelanja secara berjimat cermat.

4. MENGKAJI DESTINASI PELANCONGAN
Cuba buat kajian terlebih dulu mengenai destinasi pelancongan yang hendak dituju.
Sama ada menerusi Internet atau buku, ia tetap memberi manfaat mengenai mata wang, cuaca, hotel, masyarakat dan budaya setempat.

5. TELITI AGENSI PELANCONGAN
Senarai atau info agensi pelancongan dalam negara boleh didapati dan mudah dicari dengan pantas menerusi carian di laman web atau di 'Yellow Pages'.

6. KEMAS KINI DOKUMEN
Mereka yang jarang melancong sering terlupa untuk mengemas kini tarikh tamat pasport.
Dokumen penting seperti pasport perlu diberi perhatian selain tiket kapal terbang, cek kembara, visa pas masuk dan insuran yang harus disediakan sebelum memulakan pengembaraan anda.

7. SIMPAN BARANG KEMAS
Ia lebih sesuai ditujukan kepada wanita yang gemar memakai rantai, gelang, serta barangan berharga sewaktu melancong.
Kecurian, ragut dan rompakan sering terjadi kepada pelancong yang lalai dan terlalu percayakan masyarakat luar.
Justeru, sentiasalah berhati-hati dan simpan saja barangan kemas atau mahal seperti emas, permata, berlian di rumah atau bank sebelum bercuti kerana ianya tidak harus dibawa ketika melancong.

8. KURANGKAN BARANGAN
Jika anda melancong selama 3 hari 2 malam tidak perlulah membawa beg yang sarat dengan pelbagai barangan dan pakaian.
Pastikan pakaian bersesuaian dengan destinasi yang dituju.
Lebih menarik, jika anda melancong dengan beg yang ringan, tetapi pulang memakai pakaian baru sebagai ole-ole.

9. RINGAN MULUT
Minta tip atau cadangan daripada staf hotel mengenai tempat yang menarik dan selamat.
Keramahan pembaca anime4nz ini boleh membantu sewaktu melancong jika ingin mendapatkan kos, penginapan dan tempat makan yang murah dan menarik.

10. JAGA KESIHATAN
Kesihatan  yang sihat perlu untuk anda melancong ke negara orang.
Jika perlu, buat pemeriksaan doktor tahap kesihatan anda dan kesesuaian tempat yang dituju.
Vaksin kini mudah didapati di klinik / doktor terlatih.


Anime4nz : Sentiasalah ingat perkara yang perlu dilakukan sebelum dan ketika bercuti. Selamat Melancong !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online