klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, October 14, 2012

Tarik Minat Sertai ASKAR WATANIAH

BESUT - Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan usaha menyeluruh demi menentukan pemeliharaan kedaulatan, benteng pertahanan dan keutuhan negara memang tidak boleh dinafikan lagi.

Begitu juga peranan Askar Wataniah (AW) yang turut membantu anggota tentera mempertahankan keselamatan negara, selain membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa awam menghadapi bencana alam dan kecemasan awam yang memerlukan.

Namun, hari ini, penyertaan masyarakat dalam pasukan sukarela Askar Wataniah (AW) di negeri ini masih tidak mencapai sasaran yang dikehendaki pasukan.



Kaji semula corak latihan

Komander Rejimen 512 AW, Tengku Sri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Bilah Shah berkata, sambutan masyarakat untuk menyertai pasukan ini masih belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak atasan.

Menurutnya, sehubungan itu pasukannya merancang melaksanakan beberapa langkah untuk menarik lebih ramai rakyat menyertainya.

Corak latihan dan penyusunan semula latihan antara yang dikaji bagi memastikan lebih ramai masyarakat menyertai pasukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penutup Latihan Khemah Tahunan Siri  Pertama 2012 Rejimen 512 AW di Kem Seri Tembila, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan Timbalan Komander Rejimen 512 AW, Leftenan Kolonel Nazli  Alias.

Kagum, bangga semangat anggota

TERDAHULU, beliau turut memeriksa perbarisan diketuai Leftenan Kolonel Yusof Ibrahim dan seramai 15 pegawai serta 170 anggota lain-lain pangkat.

Kemudian Baharuddin memakaikan pangkat kepada anggota tetap dan sukarela yang terlibat dalam kenaikan pangkat.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa bangga dan kagum dengan sikap anggota sukarela kerana mempamerkan kesungguhan untuk menjayakan latihan lasak sepanjang latihan selama dua minggu.

Pada program berkenaan, pelbagai latihan dijalankan sepanjang program seperti ilmu medan perang, pertandingan kawad dan menembak, pandu arah, merentas desa, pertandingan bola jaring, sepak takraw, tarik tali, Pertandingan Log Relay dan latihan lain.

Dalam latihan tersebut, Batalion Kedua (Kem Seri Tembila) merangkul johan keseluruhan manakala tempat kedua Batalion Ketiga (Kemaman) dan ketiga dari Batalion Pertama (Kuala Terengganu).


Anime4nz : Jom sertai Askar Wataniah Kuala Terengganu khususnya, Malaysia amnya.

1 comment:

  1. Salam Sahabat lama.. lama tak dengor berita, dok cam kawe tgk gmbor deme..
    Ni kawn lama deme, Hafiz.. ingat ? dok ingt tgk facebook amber : https://www.facebook.com/nkli.alonghafiz .. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama