klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 16, 2012

Penjagaan Brek Kereta

Segelincir pemilik kereta tidak mengendahkan fungsi brek kecuali menyedari kenderaan mereka sukar diberhentikan secara mengejut.

Kalau berlaku begitu, apakah yang harus dilakukan terutama dalam keadaan panik ?

Bagi mereka yang berpengalaman, transmisi sebagai pengganti dengan menukar gear rendah apabila hendak berhenti selepas menyedari breknya tidak mengcengkam.

Bagaimanapun, penggunaan gear bagi menggantikan brek ketika gagal berfungsi hanya boleh digunakan dalam keadaan kecemasan sahaja.

Oleh itu, bagi mengelakkan masalah berkenaan berlaku, pembaca anime4nz dinasihatkan supaya brek diperiksa secara kerap.

Jika diteliti, fungsi brek adalah paling penting di samping penjagaan terhadap enjin kenderaan.

Bagaimanapun, ada pemilik kenderaan tidak mengambil berat masalah brek, sama seperti mereka menunggu tayar haus sebelum ditukar baru.


1. Bendalir brek amat penting dijaga dan harus diperiksa secara berkala kerana tanpanya akan menyebabkan komponen itu gagal berfungsi dengan sempurna.

2. Jika mendapati paras minyak itu berkurangan, mungkin berlaku kebocoran. Oleh itu, cuba lihat pada bahagian keempat-empat roda untuk mengesan kebocoran berkenaan.

3. Jangan tunggu sehingga lampu amaran yang berada pada panel meter bernyala untuk bertindak.

4. Kebocoran pada sistem brek juga hendaklah diperbetulkan segera kerana pemilik bukan saja akan mendapati bahagian enjin mereka dikotori minyak brek.

5. Selain itu, ada beberapa faktor boleh menyebabkan brek kenderaan menjadi kurang anjal selain kekurangan bendalir brek iaitu cakera brek atau pelapiknya kurang berfungsi.

Bagi mengatasi masalah itu, pelapik brek perlu diganti segera dan jika tidak ia akan menghasilkan bunyi bising, sekali gus menyukarkan menghentikan kenderaan.

Apabila cakera brek rosak, pemilik perlu melicinkannya semula kerana permukaan kasar akan menyebabkan pelapiknya tidak tahan lama.

Sekiranya keadaan ini berlaku, pemilik bukan sahaja membuang masa, malah terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk kedua-dua kerosakan itu.


Beberapa tanda jika pemilik kereta perlu menggantikan pelapik brek adalah ;
  • Apabila ditekan pedal, brek tidak anjalmenyebabkan kenderaan berhenti jauh daripada jangkaan.
  • Bunyi geseran yang bising ketika melakukan brek

Anime4nz : Perlu periksa brek lebih kerap, ok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama