klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 23, 2012

Panduan Tukar Tayar Kereta

HUJUNG minggu ini, warga kota mula pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Jika kenderaan belum diservis, lakukan segera bagi mengelak kesesakan di bengkel kenderaan.

Bagaimanapun, bukan bermakna kenderaan yang sudah diservis tidak akan rosak atau meragam.

Justeru, pemilik perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan terutama bagi perjalanan jauh.

Selain menyediakan peralatan membaiki, pemilik perlu menyediakan air, kain buruk, alat amaran pembalik cahaya, peralatan pertolongan cemas serta alat kelengkapan menukar tayar.

Kebanyakan pemilik kenderaan terutama wanita mungkin jarang atau tidak pernah langsung menukar tayar kenderaan. Bayangkan bagaimana jika terpaksa melakukannya apabila tayar kenderaan bocor.

Ruangan anime4nz kali ini, menyediakan sedikit panduan menukar tayar bocor dan anda tidak perlu panik sebaliknya hentikan kenderaan di bahu jalan supaya tidak menghalang lalu lintas.


Selepas itu, nyalakan lampu amaran dan letak alat amaran pembalik cahaya segi tiga sejauh empat meter di belakang kenderaan dan pastikan kenderaan berada di atas permukaan yang keras.

Masukkan sebarang gear dan tarik brek tangan. Jika gear automatik, masukkan gear ‘P’ dan keluarkan tayar gantian serta pastikan ia mempunyai angin yang cukup.

Jika roda mempunyai penutup, gunakan hujung pemutar skru untuk membukanya dan longgarkan nat pada tayar menggunakan spana khas. Kemudian, letakkan jek di bawah kereta.

Jika permukaan jalan lembut, alas jek dengan papan atau kepingan keras serta naikkan kenderaan itu sehingga tayar yang bocor tidak menyentuh bumi.

Buka semua nat dan gantikan tayar. Masukkan nat dan pusing ia dengan tangan.
Jangan kunci nat menggunakan spana sebaliknya turunkan kenderaan dan keluarkan jek sebelum mengetatkan.

Sekiranya kenderaan rosak, anda pasti merungut kerana ia begitu menyusahkan terutama jika berlaku ketika anda bersama keluarga dalam perjalanan jauh.

Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan sebelum berlakunya kerosakan.

Pertamanya, perlu memeriksa tayar kenderaan iaitu pastikan tekanan angin tayar betul dan mencukupi.

Selepas itu, periksa tayar itu bagi memastikan ia tidak terlalu lama dan haus.

Selain itu, minyak pelincir juga perlu diperiksa kerana ia nadi enjin kenderaan dan dinasihatkan memeriksa secara kerap bagi memastikan mencukupi serta diganti apabila sampai ketikanya.

Bagi minyak pelincir biasa, ia perlu diganti bagi setiap 5,000 kilometer, separuh sintetik pula antara 10,000 hingga 15,000 kilometer bergantung kepada panduan pengeluar, manakala sintetik pula perlu berdasarkan kepada panduan pengeluar.

Tali kipas dan tali pemasaan enjin juga perlu diperiksa dengan menekan setiap tali menggunakan ibu jari dan ia tidak sepatutnya melentur lebih daripada 12 milimeter serta tidak retak.

Selain itu, pastikan air bateri mencukupi serta semua kabel disambung dengan betul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama