klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, October 11, 2012

Kenapa Yuran Guaman / Peguam Mahal ?

Saya membeli rumah berharga RM87,000 dengan pinjaman RM79,000. Bakinya saya bayar tunai kepada peguam yang mewakili pemilik rumah. Selepas 70 peratus urusan pembelian selesai, saya amat terkejut apabila menerima invois guaman berharga RM5,100 yang saya rasakan amat tinggi untuk rumah kos rendah. 

Sebenarnya apa yang masyarakat tidak tahu, kerjaya peguam adalah satu kerjaya profesional dan dilindungi dan dikawal oleh undang-undang, statutori yang ketat.

Sebagai contoh Akta Profesion Undang-undang1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, Akta Setem 1949 dan juga Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Antara faktor penentu menetapkan kadar yuran biasanya adalah berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat, faktor risiko sesebuah tugasan, kesukaran kerja dan berapa lama masa yang diambil.

Kebiasaannya peguam akan meminta bayaran pendahuluan sebelum memulakan sesuatu kerja.

Anak guam adalah bebas untuk bertanya dan berbincang mengenai yuran guaman sebelum bersetuju mengupah peguam untuk mengelakkan salah faham dan rasa tidak puas hati.

Selain daripada itu, terdapat yuran guaman yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam urusan perpindahan hak milik tanah, perkara seperti dokumen perjanjian jual-beli, urusan pindah milik tanah, Surat Kuasa Wakil adalah antara dokumen yang akan dikenakan caj mandatori oleh akta ataupun undang-undang.


Perkara ini dapat dilihat di dalam Perintah Saraan Peguam Cara 2005 Jadual Pertama Perenggan 2(a) di mana telah menetapkan skala bagi fi guaman untuk urusan jual dan pindah milik. (rujuk Carta 1)

Harga Rumah Bermula Dari:

RM 150,000 pertaman - Fi Guaman 1 %
RM 150,001 hingga RM 850,000 - Fi Guamab 0.7 %
RM 850,001 hingga RM 2,000.000 - Fi Guaman 0.6%
Selepas RM 2,000,000 - Fi Guaman 0.5%


Jadual Pertama. (Seksyen 4) Akta Setem 1949 pula :
Harga Duti Setem:

RM 100,000 pertama - 1 %
RM 150,001 hingga RM 500,000 - 2 %
Selepas  RM 500,000 - 3 %

Majlis Peguam memainkan peranan penting di mana terdapat juga kaedah penetapan kadar yuran dan fi guaman bagi kes perpindahan hak milik tanah melalui surat pekeliling yang menjadi rujukan peguam.

Antara perkara yang selalu dijadikan isu kepada yuran guaman ini adalah berkenaan diskaun. Bagaimanapun, merujuk kepada Seksyen 6 Akta Profesion Undangundang 1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, tiada diskaun boleh diberi terhadap skala fi yang telah ditetapkan ini.

Sekiranya anak guam mengadu berkenaan kos guaman yang tinggi, ingatlah para peguam terikat dengan akta dan undang-undang tersebut dan juga membayar cukai kerajaan sebanyak 6 peratus.

Bagi fi guaman yang tidak termaktub di dalam akta, contohnya kes syariah, biasanya kadar tidak sama antara firma guaman kerana ia berdasarkan kos masing-masing.

Ia berubah-ubah bergantung kepada reputasi, pengalaman dan ketokohan seseorang peguam, begitu juga kos ‘overhead’ yang harus ditanggung seperti kos penyelidikan dan hadir ke mahkamah.

Anak guam mempunyai hak untuk meminta fi tersebut melalui mahkamah. Mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan yang telah dibuat mengenai kos yang tidak dipersetujui.

Pun begitu, walaupun profesion ini dilindungi undang-undang yang ketat, terdapat ahli profesional yang tidak mengikut etika.

Antara kes tersebut ialah, peguam yang gagal menasihatkan pengguna apabila berlakunya masalah rumah terbengkalai, menyeleweng duit anak guam dan lain-lain lagi.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan membuat aduan kepada badan Disiplin Majlis Peguam untuk siasatan dan tindakan lanjut diambil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama