klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 30, 2012

Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

TAHUN lalu, Hairuddin Omar kecundang di tangan Norshahrul Idlan Talaha bagi kategori Penyerang Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011.

Setahun berlalu, nama penyerang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kembali tercalon pada anugerah kali ini.

Kembali ‘berentap’ dengan Norshahrul dalam kategori Pemain Paling Bernilai, Hairuddin yang mesra dengan panggilan Hai-O juga bakal dicabar kapten Kelantan, Mohd. Badri Radzi dalam kategori itu.

Atas kertas, kredibiliti Norshahrul yang juga penyandang gelaran kategori tersebut pastinya tidak memberikan laluan mudah buat Hai-O menggondol anugerah itu kali ini.

Begitupun, Hai-O enggan menaruh harapan terlalu tinggi memandangkan dia sudah cukup berbesar hati dicalonkan pada anugerah berprestij seperti itu.

“Sudah tercalon pun saya sudah berbesar hati. Jika saya menang, ia satu bonus buat saya dan pastinya menyuntik moral saya ketika mengharungi musim depan,” katanya.

Hai-O yang cukup sinonim dengan pentas final Piala Malaysia buat empat musim berturut-turut sejak 2009 memberitahu, dia percaya ATM mampu mengulangi pencapaian cemerlang pada musim depan.


“Kami muncul juara Liga Premier selain mara ke final Piala Malaysia, jadi saya percaya kami mengalami musim menakjubkan musim ini,” katanya.

Anugerah anjuran FAM yang mendapat kerjasama 100PLUS serta Astro Arena itu telah diadakan setiap tahun bagi menghargai pemain, jurulatih dan semua yang terlibat dalam saingan Liga M.

Senarai pemenang bakal diumumkan pada satu majlis khas di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam hari ini.


Info Senarai Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

PENJAGA GOL TERBAIK 2012
Farizan Marlias (Negeri Sembilan)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)-2012
Norazlan Razali (Selangor)
(Penyandang gelaran 2011 : Khairul Fahmi Che Mat)

PERTAHANAN TERBAIK 2012
S. Subramaniam (Kelantan)
Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)-2012
Amirizwan Taj Tajudin (ATM)
(Penyandang gelaran 2011 : Norhafiz Zamani Misbah) 

PEMAIN TENGAH TERBAIK 2012
Safiq Rahim (Selangor)-2012
Mohd. Badri Radzi (Kelantan)
Rizal Zambery Yahya (ATM)
(Penyandang gelaran 2011 : Safiq Rahim)

PENYERANG TERBAIK 2012
Mohd. Norfarhan Mohamad (Kelantan)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)-2012
Mohd. Amri Yahyah (Selangor)
(Penyandang gelaran 2011 : Norshahrul Idlan Talaha)

PEMAIN MUDA TERBAIK 2012
Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)-2012
Nik Mohd Shahrul Azim Halim (Kelantan)
Ashri Chu Chu (Sarawak)
(Penyandang gelaran 2011 : Wan Zack Haikal Wan Nor)

JURULATIH TERBAIK 2012
Bojan Hodak (Kelantan)
B. Sathiananthan (ATM)-2012
Irfan Bakti Abu Salim (Selangor)
(Penyandang gelaran 2011 : Irfan Bakti Abu Salim)

PEMAIN PALING BERNILAI 2012
Mohd. Badri Radzi (Kelantan)
Hairuddin Omar (ATM)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)-2012
(Penyandang gelaran 2011 : Norshahrul Idlan Talaha)

PEMAIN IMPORT TERBAIK 2012
Marlon Alek James (ATM)-2012
Muhammad Ghadar (Kelantan)
Jean Emmanuel Effa Owana (Negeri Sembilan)
(Penyandang gelaran 2011 : -tiada- anugerah baharu)

PERSATUAN BOLA SEPAK TERBAIK 2012
Kelantan FA

KELAB TERBAIK 2012
Sime Darby FC

PENYOKONG TERBAIK 2012
Kelab Penyokong ATM

PENGADIL TERBAIK 2012
Nafiz Abdul Wahab

Keputusan : Pasukan Kelantan dan ATM mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012

Anime4nz : Mampu melonjakkan prestasi pemain lain dan inspirasi buat peminat bola sepak Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama