klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 9, 2012

Bilik Hotel Paling Mahal Di Dunia

Bagi kebanyakan orang, duduk di hotel adalah satu kemewahan. Ini kerana orang lain yang akan kemaskan katil, cuci tandas, bawakan sarapan pagi dan surat khabar. Tetapi bagi mereka yang mempunyai cita rasa lebih tinggi, hanya hotel dengan bilik dan perkhidmatan terbaik menjadi pilihan. Jadi apa agaknya perkhidmatan ditawarkan jika pembaca anime4nz sanggup membayar 6 angka hanya untuk penginapan 1 malam di Hotel ?

1. Royal Penthouse Suite di Hotel President Wilson, Geneva.
- Kos : RM200,000.00 semalam
Untuk harga semahal ini, tetamu anime4nz boleh menetap di bilik hotel mewah seluas 5511.7 meter persegi berhadapan dengan Tasik Geneva. Perkhidmatan disediakan 24 jam dan ia mempunyai tingkap kalis peluru. Ada gosip menyebut bilik ini boleh berkunci secara automatik dan memantau tetamu mencurigakan melalui CCTV.

2. Royal Villa di Hotel Grand Resort Lagonissi, Athens.
- Kos : RM138,000.00 semalam
Hampir 1371.6 meter persegi dan menghadap Laut Aegean. Vila ini dilengkapi bilik air mewah dengan produk mandiannjenama Bvigari, kolam renang di bawah bumbung. Jurulatih peribadi, tukang spa, pembantu peribadi dan pemandu limousin disediakan. Tetamu anime4nz turut mendapatkan perkhidmatan jet peribadi untuk ke Athens.

3. Hugh Hefner Sky Villa di Hotel Palms Casino & Resort, Las Vegas.
- Kos : RM122,000.00 semalam
Tetamu anime4nz boleh membelanjakan sehingga enam angka untuk bilik ini. Penyanyi terkenal Kanye West pernah menetap di villa yang terletak di bahagian paling atas hotel ini. Bar dilengkapi semua jenis minuman, kolam renang dihiasi simbol Playboy (MAAF! tiada wanita Playboy dalam pakej ini) dan katil besar boleh putar.


4. Ty Warner Penthouse di Hotel Four Seasons, Nuw York City.
- Kos : RM107,000.00 semalam
Penthouse ini memberikan tetamu anime4nz pemandangan luas bandar Manhantan melalui balkoni kaca dan tingkap besar. Ia dilengkapi 9 bilik tidur. Hasil kreativiti Ty Warner menampilkan siling setinggi 7.6 meter ini. Khidmat pembantu, ahli terapi dan pemandu juga disediakan buat tetamu hotel ini.

5. Royal Plaza Suite di Hotel Plaza, New York.
- Kos : RM92,000.00 semalam
Suite ini mendapat inspirasi daripada istana pada zaman Raja Perancis, Louis XV. Hiasan mewah di ruang 1341 meter persegi dengan dilengkapi dapur mewah dan berteknologi tinggi, dengan tukang masak peribadi, ruang makan yang memuatkan 12 orang, dan bilik bacaan. Pili air bersalut emas 24 karat juga menghiasi 3 bilik mandi.

6. Presidential Suite di Hotel Ritz-Carlton, Tokyo.
- Kos : RM76,000.00 semalam
Menetap di bangunan tertinggi Tokyo pastinya memerlukan wang yang sangat banyak. Majalah 'BusinessWeek' menamakan Tokyo sebagai bandar paling mahal di dunia. Dengan kos tempatan 2,100,000 yen tetamu anime4nz boleh menikmati pemandangan indah Gunung Fuji dan Bukit Roppongi di pinggir Tokyo.

7. Bridge Suites, Royal Towers di Hotel Atlantis, Bahamas.
- Kos : RM76,000.00
Suite ini yang terletak di jambatan antara 2 menara hotel ini, menawarkan pemandangan menakjubkan dari balkoni seluas 244 meter persegi di tingkat 16 suite ini. Hiasa mewah seperti lampu gantung disalut emas 22 karat di ruang makan dan sebuah pianommewah di ruang tamu.

8. The Royal Suite di Hotel Burj Al Arab, Dubai.
- Kos : RM70,000.00 semalam
Suite 2 bilik yang terletak di tingkat 25 antara bangunan paling tinggi di dunia ini menggambarkan kemewahan orang Arab. Tetamu anime4nz akan manaiki lif peribadi untuk ke bilik yang dipenuhi hiasan marmar dan emas. Produk mewah seperti minyak wangi Hermes bersaiz besar di beberapa bilik air suite itu, dan akan tidur di atas katil boleh putar.

9. Imperial Suite di Hotel Park Hyatt Vendome, Paris.
- Kos : RM58,000.00 semalam
Bilik terletak di tingkat 2 hotel Park Hyatt Vendome ini menawarkan bilik berkeluasan 250 meter persegi dengan siling tinggi, sebuah bilik spa dengan meja urut, ruang tamu besar, ruang makan dan bilik bekerja. Perkhidmatan 24 jam juga disediakan untuk memberi kemudahan tetamu anime4nz.

10. Ambassador's Bure di Hotel Wakaya Club & Spa, Fiji.
- Kos : RM15,000.00 semalam
Resort persendirian di pulau Fiji ini hanya dilengkapi 10 bilik dan bilik terbesar mempunyai keluasan 1372 meter persegi. Bagi bilik terbesar ini, spa dan kolam renang disediakan dengan beberapa balkoni menghadap Lautan Pasifik. Inilah pilihan tepat bagi tetamu anime4nz yang gemarkan pemandangan laut.

Anime4nz : Selamat beristirehat dan beradu di kamar pilihan ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online