klik atas

backlink

gambar laju

Monday, October 15, 2012

10 Negara Paling Bijak

Satu senarai menarik dikeluarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) tahun 2012, menunjukkan kedudukan negara paling pandai di dunia.

Senarai itu sebenarnya mengukur peratusan penduduk di negara OECD yang menyambung pelajaran sama ada pada tahap sijil, ijazah dan seterusnya.

Kadar graduasi di kolej dan universiti dilaporkan meningkat 200 peratus dalam 50 tahun.

Negara mana agaknya mempunyai peratusan penduduk paling ramai dengan pendidikan universiti ?

1. KANADA
50% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Di negara Amerika Utara ini, 50 peratus penduduknya tamat pendidikan tertiari, iaitu kadar tertinggi di dunia. Setiap tahun belanjawan berada pada 2.5 peratus daripada KDNK negara itu. Belanjawan untuk pendidikan tertiari pula meliputi 41 peratus daripada jumlah perbelanjaan pendidikan itu.

2. ISRAEL
45% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Di Israel, peratusan penduduk dengan pendidikan pasca sekolah menengah semakin menurun. Pada 2006, 46% orang dewasa berumur antara 25 dan 64 tahun mempunyai pendidikan universiti. Pada 2007, jumlah ini menurun kepada 44%. Selain itu, hanya 78% belanjawan pendidikan disediakan kerajaan Israel.

3. JEPUN
44% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Di Jepun, 44% penduduk mempunyai pendidikan tinggi dan 95% rakyat jepun tamat pendidikan sekolah menengah. Namun, populasinya hanya meningkat 0.46% antara 2000-2009. Jepun mempunyai kadar graduasi ketiga tertinggi di dunia, tetapi hanya membelanjakan 1.5% daripada KDNK untuk pendidikan.


4. AMERIKA SYARIKAT
41% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
AS mengalami pertumbuhan penduduk yang besar pada 2000 hingga 2009, dengan populasi di AS meningkat sebanyak 8.68%. Sementara itu, kadar penduduk yang mempunyai pendidikan universiti atau kolej hanya meningkat 1.4% setiap tahun, iaitu yang terendah antara 34 negara OECD.

5. NEW ZEALAND
40% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
New Zealand tidaklah begitu kaya, dengan KDNK per kapita kurang AS$30,000(RM92,000.00). Tetapi, 40% penduduknya menyambung pelajaran ke peringkat ketiga, iaitu kelima tertinggi di dunia. Populasi negara itu turut bertambah 1.88% antara 2000-2009. New Zealand mempunyai ramai graduan kerana 90% penduduk berjaya menamatkan sekolah menengah.

6. KOREA SELATAN
39% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Korea, sebuah lagi negara yang mengalami peningkatan dalam peratusan penduduk dengan pendidikan kolej atau universiti. Jumlah graduan meningkat 5.3% antara 1999-2009. Peningkatan ini adalah lebih tinggi berbanding pertambahan penduduk. Di Korea juga, bidang sains sosial tidak begitu popular sebaliknya pelajar memilih seni dan pendidikan.

7. NORWAY
37% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Norway berada di tempat ketiga dalam perbelanjaan kerajaan untuk institusi pendidikan, iaitu 7.3% daripada KDNK. Daripada jumlah itu, 23% diperuntukkan untuk pendidikan tertiari. Di Norway, lebih 60% pelajar peringkat tinggi balajar ijazah pertama. Norway juga adalah antara negara paling kaya di dunia dengan KDNK perkapita mencecah AS$56,617(RM173,000.00).

8. BRITAIN
37% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Jumlah penduduk dewasa di Britain yang mendapat pendidikan tinggi meningkat 4% antara 1999-2009. Populasi Britain bertambah 3.5% dari 2000-2009. Seperti kebanyakan negara dalam senarai ini, kerajaan Britain memperuntukkan perbelanjaan rendah untuk institusi pendidikan, dengan hanya 69.5% disediakan kerajaan.

9. AUSTRALIA
37% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Jumlah penduduk Australia bertambah 14.63% antara 2000-2009, iaitu ketiga terbesar antara negara OECD. Namun hanya 3.3% kadar pertumbuhan penduduk dengan pendidikan tinggi direkodkan. Australia juga antara negara dengan peruntukan pendidikan paling sedikit.

10. FINLAND
37% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Finland adalah negara kecil jika dibandingkan dengan anggota OECD lain. Namun, peratusan penduduk yang mempunyai pendidikan tertiari adalah tinggi. Di Finland bidang sains sosial, perniagaan dan undang-undang tidak popular sebaliknya rakyat negara itu memilih bidang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan.


Anime4nz : Negara tidak bijak cuma penduduknya yang bijak dan semakin pintar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online