klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 30, 2012

Petua Memilih Tayar Kereta Yang Sesuai

Assalamualaikum....

Tentu ada diantara kita bercadang ataupun memang nak menukar tayar kereta ada baiknya Sahabat anime4nz semua membaca artikal tentang tayar ni. Nak beli tayar nie pun, Bukannya boleh beli sebarangan. Kena faham beberapa perkara. Barulah tak kena tipu.
Harga Tayar Kereta
Perkara pertama yang perlu anda diketahui. Pemilihan saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Kalau macam kereta di blog anastasyea, Myvi 1.3, dan menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz sport rim 14 inci. Ini kerana jika menggunakan lebih daripada itu misalnya sport rim saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan cepat habis. (memang pun terasa coz anime4nz gunakan myvi 1.3 - R15)

Selepas memperolehi saiz tayar yang sesuai, cuba perhatikan pula di bahagian tepi permukaan tayar. Di situ anda akan nampak satu rangkaian nombor dicetak dipermukaan tepi tayar seperti contoh dibawah.


185/60 R14 82H


Kurangkan Penggunaan Botol Plastik


Botol plastik terbahagi kepada dua jenis, iaitu 
1. Botol plastik yang boleh digunakan semula (jenis polikarbonat) ; dan 
2. Botol air mineral biasa (jenis polyethylene terephalate,PET)

Secara umumnya, air yang terdapat dalam botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang telah dimasak. Ini kerana kandungan air dalam botol tidak dicemari oleh persekitaran selagi penutup botol tersebut belum dibuka. Air juga mudah dibawa dalam botol plastik kerana ia ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih.

Air dalam botol yng terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral, air cosmosis berbalik (RO), air suling, jus dan minuman berkarbonat. Walaupun botol ini mempunyai kelebihannya, namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan. 

Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar adalah:

1.      Peningkatan jumlah sampah

Kebanyakan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya botol yang mempunyai label nombor 1 tertera di bawah botol tersebut. Dalam pada itu, setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari iaitu 4 botol (500ml) air. Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh botol plastik yang terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air dalam botol plastik. Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara kita ini masih rendah (hanya dalam lingkungan 3%) dan botol plastik pula tidak dapat dibiodegrasikan.

Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

TAHUN lalu, Hairuddin Omar kecundang di tangan Norshahrul Idlan Talaha bagi kategori Penyerang Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011.

Setahun berlalu, nama penyerang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kembali tercalon pada anugerah kali ini.

Kembali ‘berentap’ dengan Norshahrul dalam kategori Pemain Paling Bernilai, Hairuddin yang mesra dengan panggilan Hai-O juga bakal dicabar kapten Kelantan, Mohd. Badri Radzi dalam kategori itu.

Atas kertas, kredibiliti Norshahrul yang juga penyandang gelaran kategori tersebut pastinya tidak memberikan laluan mudah buat Hai-O menggondol anugerah itu kali ini.

Begitupun, Hai-O enggan menaruh harapan terlalu tinggi memandangkan dia sudah cukup berbesar hati dicalonkan pada anugerah berprestij seperti itu.

“Sudah tercalon pun saya sudah berbesar hati. Jika saya menang, ia satu bonus buat saya dan pastinya menyuntik moral saya ketika mengharungi musim depan,” katanya.

Hai-O yang cukup sinonim dengan pentas final Piala Malaysia buat empat musim berturut-turut sejak 2009 memberitahu, dia percaya ATM mampu mengulangi pencapaian cemerlang pada musim depan.

Sunday, October 28, 2012

Nasi Dagang & Keropok Lekor - Makanan Tradisional Terengganu tembusi pasaran London

Makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor akan diperkenalkan di London melalui pembukaan restoran T-Kafe tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata, sebelum ini makanan Terengganu itu sudah diperkenalkan di Perth, Australia, apabila restoran T-Kafe dibuka di sana bulan lepas.

"Sambutan terhadap makanan tersebut di Australia sangat menggalakan dan kita hendak makanan Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor juga sampai ke London," katanya di sini hari ini.

Mohamed berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan meninjau dan melihat kesesuaian membuka T-Kafe di pinggir kota London.

Beliau berkata, kerajaan negeri disertai wakil pelbagai agensi dan jabatan akan berada di sana menghadiri persidangan dan seminar antarabangsa koperasi di Manchester pada 31 Oktober ini.

"Semasa menghadiri seminar itu, kita akan mengambil peluang meninjau dan melihat tempat sesuai untuk perkenalkan masakan Terengganu itu," katanya.

Mohamed berkata, beliau yakin masakan Terengganu akan mendapat sambutan memandangkan ramai orang Malaysia berada di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, YPU mungkin akan mencari seorang rakyat Malaysia yang menetap di Manchester untuk membuka T-Kafe dan menjual nasi dagang di samping makanan barat.

Mengulas mengenai jualan nasi dagang di Perth, beliau berkata, sambutan sangat menggalakkan dan mendapat maklumat bahawa ramai orang di sana sukakan nasi dagang dan keropok lekor, dan berharap di London pun begitu juga" katanya. -

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

anime4nz : Terengganu Sohor seantara  Dunia - Jom rasai makanan Terengganu

Wednesday, October 24, 2012

Tips Berkomunikasi dengan anak remaja

BAGAIMANA agaknya komunikasi secara efektif antara ibu bapa dan anak? 

Kaedah komunikasi ini ternyata boleh membantu namun apa yang penting, ia perlu difahami dan dipraktikkan secara konsisten.

Kebiasaannya budaya berkomunikasi di rumah mungkin hanya membabitkan arahan daripada ibu bapa sedangkan si anak hanya mendengar tanpa diberi peluang meluahkan pandangan sendiri.

Lama-kelamaan, tidak mustahil ia hanya meningkatkan jurang perhubungan antara ibu bapa dan anak di rumah. Apapun belum terlambat kerana ia boleh dibendung sejak awal lagi.

Menurut Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Prince Court, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, kebanyakan ibu bapa berasa mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang bagus dengan anak, tetapi ternyata kesibukan kerjaya adakalanya membuatkan komunikasi kian berkurangan.

Komunikasi bukan saja mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh anak kerana jika itu yang berlaku, ia boleh dianggap membesarkan anak secara ‘diktator’.

Cara Lindungi Cahaya Mata

KESELAMATAN anak-anak kecil perlu diutamakan di mana saja mereka berada terutama di rumah sendiri. Ini kerana pada kebanyakan masa, mereka menghabiskan seharian suntuk di rumah termasuk menyelongkar setiap ceruk kediaman.

Fakta menunjukkan kecederaan kanak-kanak di rumah adalah antara punca utama kematian kanak-kanak. Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Rumah di Amerika Syarikat, hampir 21 juta lawatan berjumpa doktor dan 20,000 kematian setiap tahun berpunca daripada kemalangan di rumah.

Antara kemalangan yang direkodkan bukan saja di luar negara malah sering dilaporkan di negara ini ialah kecederaan akibat digigit binatang peliharaan, mati akibat tercekik makanan atau objek asing serta hilang selepas keluar bersendirian apabila pintu dibiarkan terbuka.

Sepanjang proses membesar, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka sangat aktif dan gemar mengusik segala benda yang ada termasuk alatan yang mungkin berbahaya kepada mereka.

Kanak-kanak sebenarnya cenderung untuk mendapat kemalangan kerana mereka tidak faham dengan bahaya yang menanti akibat tindak-tanduk mereka. Apa yang mereka tahu hanyalah mahu bermain dan berseronok dengan pelbagai barang yang ada di depan mata.

Tuesday, October 23, 2012

Panduan Tukar Tayar Kereta

HUJUNG minggu ini, warga kota mula pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Jika kenderaan belum diservis, lakukan segera bagi mengelak kesesakan di bengkel kenderaan.

Bagaimanapun, bukan bermakna kenderaan yang sudah diservis tidak akan rosak atau meragam.

Justeru, pemilik perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan terutama bagi perjalanan jauh.

Selain menyediakan peralatan membaiki, pemilik perlu menyediakan air, kain buruk, alat amaran pembalik cahaya, peralatan pertolongan cemas serta alat kelengkapan menukar tayar.

Kebanyakan pemilik kenderaan terutama wanita mungkin jarang atau tidak pernah langsung menukar tayar kenderaan. Bayangkan bagaimana jika terpaksa melakukannya apabila tayar kenderaan bocor.

Ruangan anime4nz kali ini, menyediakan sedikit panduan menukar tayar bocor dan anda tidak perlu panik sebaliknya hentikan kenderaan di bahu jalan supaya tidak menghalang lalu lintas.

Monday, October 22, 2012

10 Cara Menerapkan Nilai Aqidah Pada Anak

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mengajar anak-anak yang masih bayi pelbagai kemahiran sejak dari awal kelahiran. Kemahiran cepat membaca, mengeja, mengira, menghafaz. Juga pelbagai cara lagi untuk menstimulasi otak bayi dengan berbagai-bagai jenis permainan dan alat bantu mengajar.

Kesedaran kepentingan pendidikan awal di kalangan ibu bapa sejak anak-anak masih bayi telah menjadi fenomena baru. Namun, bagaimana pula tentang penerapan nilai akidah kepada anak kecil itu? Adakah ibu bapa hanya mementingkan anak mereka dipupuk nilai dan kemahiran dunia yang pelbagai tapi meninggalkan perkara pokok dan asas kehidupan sebagai seorang muslim??

Penerapan nilai akidah boleh dilakukan sejak bayi masih kecil, malah semenjak bayi lahir.
Bagaimana cara untuk melakukannya?

Di sini anime4nz kongsikan 10 cara yang boleh diamalkan bersama:

Manusia Supersonik - Felix Baumgartner

PADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat minit, menyaksikan satu bintik putih di angkasa gelap bergerak ke bawah dengan kelajuan mencecah 1,342 km/j dari ketinggian 39,000 meter atau 128,000 kaki.

Bintik putih itu sebenarnya adalah Felix Baumgartner, juruterbang helikopter yang menjalankan misi penerjunan paling tinggi dan paling laju dalam sejarah dunia.

Dalam proses penerjunan mengerikan itu, Baumgartner juga berjaya memecahkan kelajuan bunyi menggunakan badannya sendiri.

Dunia melihat dengan penuh debaran bagaimana lelaki warga Austria berumur 43 tahun itu melompat keluar dari kapsulnya selepas memberi tabik kepada planet bumi di bawahnya.

Perjalanan naik ke angkasa ketika misi itu mengambil masa dua setengah jam, lebih cepat daripada jangkaan awal.

Kapsul itu membawa Baumgartner ke pinggir angkasa selepas beberapa hari tertunda akibat cuaca buruk.

Kurang lima minit selepas terjunan itu, penonton di seluruh dunia yang menyaksikan penerjunan itu secara langsung menarik nafas lega apabila payung terjun Baumgartner akhirnya terbuka pada ketinggian 5,000 kaki (1,524 meter).

Risiko Sambung Bayar Ansuran Sewa Beli Kenderaan

Menolong orang dalam kesusahan sememangnya perbuatan yang sangat mulia, apatah lagi jika melibatkan soal kewangan.

Namun pertolongan yang dihulurkan bukanlah bermaksud membeli atau menempah risiko. Ia hanyalah sekadar pertolongan menyambung bayar kenderaan kenalan kerana niat ingin membantu dan sekaligus mendapat kenderaan dengan mudah tanpa melalui urusan dengan pihak berkuasa dan institusi kewangan.

Sebenarnya urus niaga seperti ini hendaklah dielakkan. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membantu. Untuk pengetahuan, urus niaga menyambung bayar kenderaan tanpa penukaran hak milik banyak mengundang masalah, terutamanya dari segi penipuan, kemalangan, tuan kenderaan asal meninggal dunia dan juga kecurian.

Walau apapun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya kenderaan asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut dan boleh menuntut pada bila-bila masa. Semestinya hak penyambung bayar kenderaan akan terlucut dengan serta-merta.

Pelumba Negara gegar litar sepang, Malaysia (Zulfahmi Khairuddin & Hafizh Shahrin)

SEPANG, (D5) - Dua penunggang negara melakar sejarah tersendiri dalam sukan permotoran negara yang menyaksikan Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan Moto3 ditempat kedua sementara Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Moto2 ditempat keempat di Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hari ini.

Zulfahmi daripada pasukan AirAsia-SIC-Ajo meraih petak depan terus konsisten menampilkan tunggangan kemas dengan catatan 40 minit 54.115 saat.

Dia menyerah kedudukan di hadapan kepada Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo pada saat-saat akhir yang menyaksikan penunggang Jerman, Jonas Folger of Mapfre Aspar ditempat ketiga.
"Ia merupakan strategi pasukan kami untuk tidak mendahului perlumbaan sejak dari mula. Saya hanya mengekori Jonas (Folger) sehingga separuh perlumbaan. Apabila hujan mula turun, saya katakan kepada diri sendiri ini, ini detik saya untuk melakukannya dan merampas tempat sendiri.

"Ia merupakan cabaran sengit daripada Sandro pada beberapa pusingan terakhir. Ini perlumbaan yang hebat dan saya tidak percaya saya berjaya menaiki podium (untuk kali pertama)," katanya.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Philip Island, Australia minggu depan.

Sunday, October 21, 2012

sepak BOLA API

BIAR betapa hebat sekali pun bintang bola sepak dunia seperti Lionel Messi dan Ronaldo, mereka belum tentu mampu menyentuh bola berapi yang menjadi permainan tradisi pelajar sekolah pondok di Indonesia.

Ia kedengaran seperti satu lagi versi filem Shoalin Soccer tetapi permainan yang popular di sekitar Yogjakarta, Bogor, Tasikmalaya dan Papua itu menjadikan buah kelapa yang telah diubahsuai sebagai bola.

Mereka menendang dan menimang bola yang sedang terbakar dengan berkaki ayam.

Permainan lima sebelah atau lebih itu dikaitkan dengan ilmu persilatan dan dimainkan di atas tanah lapang berukuran 25x25 meter. Ia dipanggil sepak bola api oleh penduduk tempatan.

Sepak bola api menggunakan bola khas yang diperbuat daripada buah kelapa. Buah kelapa yang paling baik ialah yang sudah tua dan kering. Sebahagian kulit kelapa itu akan dihiris dengan pisau sehingga menjadi bentuk bulat seperti bola.

Perbezaan Sembelihan AQIQAH dan KORBAN

Terdapat perbezaan dan persamaan antara sembelihan korban dan aqiqah.

Persamaan adalah dari segi syarat2 tertentu kepada haiwan sembelihan seperti umur haiwan tersebut, pecahan bahagian, bentuk2 kecacatan yang tidak dibenarkan.
Pemberian daging tujuan penyembelihan juga adalah sama iaitu untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Anime4nz : Dari sudut perbezaan

1- Masa
Korban dilakukan setelah selesai solat hari raya aidil adha sehingga akhir hari tasyriq iaitu raya ketiga.
Aqiqah dilakukan ketika menyambut kelahiran anak. ia dilakukan selepas kelahiran bayi.

2-Jantina
Bagi ibadah korban, sama ada lelaki atau perempuan ia hanya disunatkan satu bahagian sahaja, jika lebih adalah lebih baik.
Manakala bagi ibadah aqiqah pula kanak lelaki disunnatkan 2 bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian sahaja. jika tidak berkemampuan tiada masalah jika menyembelih satu bahagian sahaja bagi anak lelaki.

3-Daging
Daging korban sunat disedekahkan dengan cara memberi daging yang tidak dimasak kepada fakir miskin atau yang memerlukannya.
Daging aqiqah disunatkan dimasak terlebih dahulu sebelum diberi kepada orang ramai.

4-Tulang.
Dalam ibadah aqiqah sebaik2nye tulang dipotong berdasarkan sendi-sendi haiwan tersebut terlebih dahulu sebelum dipotong kecil. Menurut pandangan Ulama' ia bertujuan untuk mengelakkan tulang2 anak2 tersebut mudah patah.

Saturday, October 20, 2012

Cara Kenali Perniagaan Gunakan PELARIS

  • Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

    Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

    Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

    1) Al-Fatihah.

    2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

    Ia berdasarkan hadith :

    قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

    Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

    anime4nz : Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain, Janganlah melariskan dengan cara yang keji & Ketahuilah rezeki Allah yang menentukan.

Thursday, October 18, 2012

Status Halal : Jangan Kira Halal Begitu Sahaja

SEBAGAI sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, adat dan agama, Malaysia tidak pernah membataskan hak untuk rakyatnya menjalankan apa jua jenis perniagaan.

Pun begitu, kebebasan ekonomi yang diberikan kerajaan tidak bermakna si peniaga boleh sewenang-wenangnya tidak menghormati sensitiviti para pelanggan terutamanya masyarakat Islam yang menjadi majoriti penduduk di negara ini.

Pastinya bagi semua pihak yang terlibat dalam aktiviti ekonomi, terutamanya mereka yang terlibat dalam industri makanan, sedar dan mengetahui bahawa umat Islam terikat dan berpandu kepada soal halal dan haram produk yang dibeli.

Halal dan haram dalam Islam secara ringkas meruju kepada perkara yang dibolehkan dan dilarang di mana bagi seorang muslim, ia membabitkan soal keimanan serta kepercayaan mereka.

APA KENA MENGENANYA DENGAN PENGANUT AGAMA LAIN?
Kata kuncinya di sini ialah ekonomi dan masyarakat majmuk.

Fenomena Seni Takluk Dunia - 2013

GELOMBANG fenomena artis luar negara lebih terasa kerana bukan sekadar menempa nama dalam bidang nyanyian di negara sendiri, malah menggegarkan industri muzik di seluruh dunia.

Apa sahaja yang dipakai, dilakukan dan dibicarakan pasti ingin diketahui peminat dan tidak kurang juga yang meniru gaya yang ditampilkan mereka.

Para figura berikut iaitu Lady Gaga, Justin Bieber, Psy dan artis-artis K-Pop kini sedang menjadi fenomena global, tidak terkecuali di Malaysia.

Lady Gaga
Stefani Joanne Angelina Germanotta atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Lady Gaga menemui kejayaannya yang tersendiri apabila dia dikenali menerusi penampilan dan cita rasa fesyen yang unik serta bersifat provokatif.

Antara busana pelik yang pernah disarungkan Gaga merupakan baju yang diperbuat daripada daging. Dia juga selesa menyarung kasut tumit tinggi berukuran 10 inci (25 sentimeter).

Sejak awal pembabitannya dalam industri seni, nama Gaga terus melonjak dan dikenali di seluruh dunia menerusi lagu hit, Born This Way.

Dalam kebanyakan klip video serta kemunculannya menerusi album, Gaga menampilkan idea pelik serta menggelarkan dirinya sebagai anak raksasa.

Wednesday, October 17, 2012

Jom Melancong Ke Dalam Tubuh Manusia

Ada Berani ? Melancong ke dalam tubuh manusia... TAKUTNYA ! ! !

Melihat replika anatomi tubuh manusia di muzium sudah biasa. Tapi, Museum Corpus di Oegestgeest, Belanda mengajak pengunjungnya untuk mengelilingi di dalam tubuh manusia.

Bagaimana boleh? Museum yang ada sejak tahun 2008 ini punya susunan unik untuk menarik perhatian pengunjung sebagai muzium interaktif biologi manusia. Pelawat tidak hanya berjalan dan melihat display yang tertata rapi di meja atau terpanjang di etalase. Namun, di Muzium Corpus anda akan diajak melakukan sebuah perjalanan melalui tubuh manusia dan melihat semua aktiviti yang berlaku di dalamnya.

Tips Melancong Dengan Tenang

Menghabiskan masa dengan melancong memang mudah sekiranya anda mempunyai wang yang mencukupi.

Namun jangan menganggapnya sebagai sesuatu yang mudah walaupun anda sudah menempah ejen pelancongan dalam atau luar negara.

Cuba ikuti langkah berkenaan bagi membolehkan pembaca anime4nz melancong dengan tenang dan tidak menghadapi masalah di negara orang.

1. RANCANG PERCUTIAN
Rancang destinasi yang ingin dilawati sama ada berbincang dengan keluarga atau teman sebelum memutuskan sendirian.
Adakalanya tempat yang pembaca anime4nz ingin lawati belum tentu dipersetujui mereka.

2. TEMPAH TIKET
Teknologi kini semakin canggih membolehkan pembaca anime4nz memerhatikan harga tiket kapal terbang, secara atas talian.
Lebih murah harganya jika anda membeli tiket penerbangan enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan.

Tuesday, October 16, 2012

Penjagaan Brek Kereta

Segelincir pemilik kereta tidak mengendahkan fungsi brek kecuali menyedari kenderaan mereka sukar diberhentikan secara mengejut.

Kalau berlaku begitu, apakah yang harus dilakukan terutama dalam keadaan panik ?

Bagi mereka yang berpengalaman, transmisi sebagai pengganti dengan menukar gear rendah apabila hendak berhenti selepas menyedari breknya tidak mengcengkam.

Bagaimanapun, penggunaan gear bagi menggantikan brek ketika gagal berfungsi hanya boleh digunakan dalam keadaan kecemasan sahaja.

Oleh itu, bagi mengelakkan masalah berkenaan berlaku, pembaca anime4nz dinasihatkan supaya brek diperiksa secara kerap.

Jika diteliti, fungsi brek adalah paling penting di samping penjagaan terhadap enjin kenderaan.

Bagaimanapun, ada pemilik kenderaan tidak mengambil berat masalah brek, sama seperti mereka menunggu tayar haus sebelum ditukar baru.

Monday, October 15, 2012

10 Negara Paling Bijak

Satu senarai menarik dikeluarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) tahun 2012, menunjukkan kedudukan negara paling pandai di dunia.

Senarai itu sebenarnya mengukur peratusan penduduk di negara OECD yang menyambung pelajaran sama ada pada tahap sijil, ijazah dan seterusnya.

Kadar graduasi di kolej dan universiti dilaporkan meningkat 200 peratus dalam 50 tahun.

Negara mana agaknya mempunyai peratusan penduduk paling ramai dengan pendidikan universiti ?

1. KANADA
50% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Di negara Amerika Utara ini, 50 peratus penduduknya tamat pendidikan tertiari, iaitu kadar tertinggi di dunia. Setiap tahun belanjawan berada pada 2.5 peratus daripada KDNK negara itu. Belanjawan untuk pendidikan tertiari pula meliputi 41 peratus daripada jumlah perbelanjaan pendidikan itu.

2. ISRAEL
45% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Di Israel, peratusan penduduk dengan pendidikan pasca sekolah menengah semakin menurun. Pada 2006, 46% orang dewasa berumur antara 25 dan 64 tahun mempunyai pendidikan universiti. Pada 2007, jumlah ini menurun kepada 44%. Selain itu, hanya 78% belanjawan pendidikan disediakan kerajaan Israel.

3. JEPUN
44% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
Di Jepun, 44% penduduk mempunyai pendidikan tinggi dan 95% rakyat jepun tamat pendidikan sekolah menengah. Namun, populasinya hanya meningkat 0.46% antara 2000-2009. Jepun mempunyai kadar graduasi ketiga tertinggi di dunia, tetapi hanya membelanjakan 1.5% daripada KDNK untuk pendidikan.

Sunday, October 14, 2012

Tarik Minat Sertai ASKAR WATANIAH

BESUT - Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan usaha menyeluruh demi menentukan pemeliharaan kedaulatan, benteng pertahanan dan keutuhan negara memang tidak boleh dinafikan lagi.

Begitu juga peranan Askar Wataniah (AW) yang turut membantu anggota tentera mempertahankan keselamatan negara, selain membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa awam menghadapi bencana alam dan kecemasan awam yang memerlukan.

Namun, hari ini, penyertaan masyarakat dalam pasukan sukarela Askar Wataniah (AW) di negeri ini masih tidak mencapai sasaran yang dikehendaki pasukan.


Saturday, October 13, 2012

Bukalah Mata Hati Mu Nak !

Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.

Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.


Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Bola Mata Gergasi Ditemui

Bola Mata Gergasi telah ditemui  di Pantai Pompano, Florida, AS

PANTAI POMPANO, Florida - Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sana.

Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.

Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.

Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan. - Agensi

Thursday, October 11, 2012

Kenapa Yuran Guaman / Peguam Mahal ?

Saya membeli rumah berharga RM87,000 dengan pinjaman RM79,000. Bakinya saya bayar tunai kepada peguam yang mewakili pemilik rumah. Selepas 70 peratus urusan pembelian selesai, saya amat terkejut apabila menerima invois guaman berharga RM5,100 yang saya rasakan amat tinggi untuk rumah kos rendah. 

Sebenarnya apa yang masyarakat tidak tahu, kerjaya peguam adalah satu kerjaya profesional dan dilindungi dan dikawal oleh undang-undang, statutori yang ketat.

Sebagai contoh Akta Profesion Undang-undang1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, Akta Setem 1949 dan juga Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Antara faktor penentu menetapkan kadar yuran biasanya adalah berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat, faktor risiko sesebuah tugasan, kesukaran kerja dan berapa lama masa yang diambil.

Kebiasaannya peguam akan meminta bayaran pendahuluan sebelum memulakan sesuatu kerja.

Anak guam adalah bebas untuk bertanya dan berbincang mengenai yuran guaman sebelum bersetuju mengupah peguam untuk mengelakkan salah faham dan rasa tidak puas hati.

Selain daripada itu, terdapat yuran guaman yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam urusan perpindahan hak milik tanah, perkara seperti dokumen perjanjian jual-beli, urusan pindah milik tanah, Surat Kuasa Wakil adalah antara dokumen yang akan dikenakan caj mandatori oleh akta ataupun undang-undang.

Wednesday, October 10, 2012

Kesilapan Ber Facebook

LAMAN sosial kini terkenal dengan jolokan ‘dunia tanpa sempadan’ apabila kemudahan ini secara tidak langsung turut menjadikan dunia semakin lama semakin mengecil.

Lama kelamaan, seolah-olah wujud kebergantungan bagi manusia terhadap teknologi ini kerana hampir apa saja urusan pada hari ini boleh dilakukan menerusinya.

Kemudahan laman sosial sering dikatakan penyebab mengapa manusia zaman sekarang kurang bermasyarakat kerana sibuk meneroka satu juta macam perkara yang terdapat di dalamnya.

Facebook antara laman sosial yang paling tinggi penggunaannya di negara ini, malah dikatakan Malaysia antara tujuh negara dengan jumlah pendaftaran akaun tertinggi di dunia.

Pada zaman moden serba canggih yang kita lalui sekarang, anda akan menyaksikan ruang peribadi sudah terbuka.

Kalau tidak percaya, anda taip sendiri nama anda di laman pencari Google, Yahoo! atau Bing yang menghasilkan jutaan keputusan.

Meskipun ia mungkin tidak relevan, anda akan mendapati nama anda mungkin terpampang pada carian pada muka surat 1,000,0012 dalam Google Search.

Sebenarnya, terdapat beberapa kesilapan ketika mengendalikan laman facebook kita sehingga mendedahkan maklumat peribadi yang sensitif atau menggugat kehidupan seharian. Antaranya:

Tuesday, October 9, 2012

Pelaburan Emas Belum Tentu Pulangan Emas

Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai aktiviti syarikat atau individu yang mengambil deposit secara haram daripada orang awam kononnya untuk tujuan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Minggu lalu, pihak berkuasa menyerbu sebuah syarikat pelaburan jongkong emas kerana disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit secara haram daripada para pelabur.

3 syarikat yang diserbu adalah PAGEANTRY GOLD BHD., CAESAR GOLD SDN. BHD. dan WORLDWIDE FAR EAST BHD. yang semuanya terletak di ibu negara.

Menurut jurucakap Bank Negara, siasatan mendapati, ketiga-tiga syarikat itu disyaki melakukan kesalahan mengambil deposit secara haram, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi palsu termasuk gambaran yang salah dan melantik ejen tanpa lesen.

Daripada sudut lain pula, pelabur dan jururunding syarikat pelaburan itu menyangkal dakwaan berlakunya penipuan dalam pelaburan berkaitan jongkong emas.

Walau apa pun yang dikatakan pelabur, kita serahkan kepada pihak berkuasa terutamanya Bank Negara untuk menjalankan siasatan sama ada wujud atau tidak salah laku dalam pelaburan tersebut.

Kepada orang ramai pula, berhatilah sebelum melabur dan semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan ketika berurusan dengan syarikat-syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan menarik atau perkhidmatan kewangan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Bimbang jika terjerat dengan aktiviti pelaburan yang tidak dilesenkan atau dikawal, para pelabur yang akhirnya menanggung kerugian yang bukan sedikit.

Melabur emas belum tentu pulangannya nilai setinggi emas.


Anime4nz : Pastikan pembelian ada barangan dan dapat pulangannya.
Pelaburan Emas : Beli Emas Dapat Emas
Skim Pelaburan Emas : Beli Emas Belum Tentu Dapat Emas

Bahaya Permainan Video

OTTAWA Okt 2012. - Remaja yang bermain permainan video berunsur ganas untuk tempoh beberapa tahun, didapati cenderung berkelakuan ganas terhadap orang lain, menurut satu kajian terbaru.

Penyelidik berkata, kajian itu adalah yang pertama menunjukkan kaitan jelas antara tempoh permainan video berunsur ganas secara berterusan dengan peningkatan kelakuan ganas.

Kanak-kanak perempuan yang bermain permainan komputer berunsur ganas semasa zaman persekolahan mereka juga didapati turut sama cenderung berkelakuan ganas seperti kanak-kanak lelaki.

Pasukan penyelidikan dari Universiti Brock di Kanada berkata, keputusan kajian itu agak 'membimbangkan'.

Pada masa yang sama, keputusan itu mengukuhkan lagi tanggapan bahawa permainan ganas dipercayai mewujudkan perbuatan ganas yang didapati sesuai untuk menangani konflik dan kemarahan.

Bukti menunjukkan bahawa mereka yang telah lama bermain permainan video berunsur ganas cenderung untuk bertindak balas secara ganas terhadap provokasi yang tidak disengajakan seperti terlanggar orang.

Hasil kajian itu dibuat setelah seorang koroner di sini, menggesa ibu bapa supaya menghentikan tabiat membenarkan permainan video yang biasa digunakan oleh golongan dewasa terhadap anak-anak mereka.

Desakan itu dibuat ekoran kematian Callum Green, 14, dari Stockport yang membunuh dirinya selepas bermain permainan video, Call of Duty yang memaparkan adegan ngeri iaitu tentera saling berbunuhan antara satu sama lain.

Malah, pelampau Kristian, Anders Behring Breivik yang membunuh 77 orang di Norway sebelum ini mendakwa dia telah bermain permainan Call of Duty bagi melatihnya untuk melakukan serangan berdarah itu. - AGENSI

Anime4nz : Permainan unsur ganaz mampu pengaruhi kelakuan remaja.

6 Syor PRU-13 Tak Dapat Dilaksana

KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi-agensi kerajaan tidak dapat melaksanakan enam daripada 32 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana enam syor itu melibatkan hal ehwal perundangan dasar dan kos kewangan yang besar namun tidak bererti keenam-enam perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada masa depan.

‘‘"SPR telah memaklumkan bahawa sebahagian syor tersebut sememangnya diberi perhatian dan tindakan wajar telah dan sedang dilakukan untuk merealisasikannya," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang meminta kerajaan menyatakan tindakan diambil berkaitan cadangan dalam laporan jawatankuasa itu.

Bilik Hotel Paling Mahal Di Dunia

Bagi kebanyakan orang, duduk di hotel adalah satu kemewahan. Ini kerana orang lain yang akan kemaskan katil, cuci tandas, bawakan sarapan pagi dan surat khabar. Tetapi bagi mereka yang mempunyai cita rasa lebih tinggi, hanya hotel dengan bilik dan perkhidmatan terbaik menjadi pilihan. Jadi apa agaknya perkhidmatan ditawarkan jika pembaca anime4nz sanggup membayar 6 angka hanya untuk penginapan 1 malam di Hotel ?

1. Royal Penthouse Suite di Hotel President Wilson, Geneva.
- Kos : RM200,000.00 semalam
Untuk harga semahal ini, tetamu anime4nz boleh menetap di bilik hotel mewah seluas 5511.7 meter persegi berhadapan dengan Tasik Geneva. Perkhidmatan disediakan 24 jam dan ia mempunyai tingkap kalis peluru. Ada gosip menyebut bilik ini boleh berkunci secara automatik dan memantau tetamu mencurigakan melalui CCTV.

2. Royal Villa di Hotel Grand Resort Lagonissi, Athens.
- Kos : RM138,000.00 semalam
Hampir 1371.6 meter persegi dan menghadap Laut Aegean. Vila ini dilengkapi bilik air mewah dengan produk mandiannjenama Bvigari, kolam renang di bawah bumbung. Jurulatih peribadi, tukang spa, pembantu peribadi dan pemandu limousin disediakan. Tetamu anime4nz turut mendapatkan perkhidmatan jet peribadi untuk ke Athens.

3. Hugh Hefner Sky Villa di Hotel Palms Casino & Resort, Las Vegas.
- Kos : RM122,000.00 semalam
Tetamu anime4nz boleh membelanjakan sehingga enam angka untuk bilik ini. Penyanyi terkenal Kanye West pernah menetap di villa yang terletak di bahagian paling atas hotel ini. Bar dilengkapi semua jenis minuman, kolam renang dihiasi simbol Playboy (MAAF! tiada wanita Playboy dalam pakej ini) dan katil besar boleh putar.

Monday, October 8, 2012

Sains Angkasa dan Penyelidikan Astronomi

Apakah keperluan kita menguasai angkasa ?
Pada era 1950-an, dua negara berlumba-lumba ke arah menguasai angkasa.
Fasafahnya : " Siapa Yang Menguasai Angkasa, Mereka Akan Menguasai Bumi "

Jom bersama anime4nz Meneroka Angkasa : Merintis Jalan Membina Tamadun Di Luar Bumi.

Sains Angkasa

Sains angkasa mempunyai peranan penting dalam konteks pembangunan negara. Sains angkasa ialah satu kajian ke atas angkasa lepas dengan menggunakan sains sebagai mediumnya dan terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu :
  • Penyelidikan astronomi / astrofizik.
  • Pembangunan teknologi angkasa.
  • Aplikasi angkasa
Astronomi pula merupakan satu bidang ilmu mengenai pengkajian objek angkasa dan alam semesta.

Penyelidikan Astronomi

Penyelidikan berkaitan astronomi biasanya melibatkan :
  • Objek angkasa adalah jauh dan malap.
  • Maklumat yang diterima hanyalah melalui gelombangnya.
  • Memerlukan instrumentasi yang berkuasa dan jitu.
Ahli astronomi menggabungkan pelbagai teknik cerapan di dalam pelbagai panjang gelombang.

Selain mempelajari tentang kepentingan sifat-sifat bumi sebagai contoh, kajian ke atas angkasa juga merangkumi kegunaannya kepada manusia.

Friday, October 5, 2012

Perkara Yang Pemandu Kereta, Trak dan Bas : Harus Tahu Tentang Motosikal

Kebanyakan pemandu kenderaan lain dari motosikal TIDAK  menghiraukan penunggang motosikal dan basikal apabila diatas jalan raya.  Mereka ini menganggap bahawa oleh kerana mereka lebih besar, kenderaan harus berwaspada akan kenderaan besar, kerana jika berlaku kecelakaan kenderaan kecil yang lebih menerima kesannya,  jadi mereka harus menjaga diri dan mengelak dari bertembung dengan kenderaan besar.

Jika diteliti,  kenyataan ini seperti undang-undang hutan. yang besar dan kuat adalah raja.

Perlu diingat bahawa jalan yang digunakan oleh bas, lori, trektor, basikal, pejalan kaki dan penunggang motosikal adalah untuk kegunaan semua.  Ia dibina supaya kita semua boleh berkongsi jalan tersebut dengan penuh harmoni.  Berkongsi jalan bermakna kita harus memahami kehendak dan keunikan pengguna jalan yang lain supaya perbezaan struktur kita tidak berlaga dengan satu sama lain.

INGAT!!, pemandu kenderaan besar mungkin tidak cedera dalam kemalangan dengan motosikal misalnya,  TETAPI itu bukan bermakna anda bebas.   Anda mungkin berdepan dengan penyiasatan polis,  prosiding di mahkamah,  saman menyaman dan lain-lain lagi.

Jadi kenapa cari masalah?
Untuk mengelak masalah anda perlu memahami pengguna-pengguna jalan yang lain dan menerima mereka untuk berkongsi jalan raya tersebut.

Latihan bagi pemandu untuk tujuan mendapat lesen memandu tidak memberi keutamaan terhadap latihan untuk mengenal potensi kemalangan, tetapi tumpuan diberi kepada kepatuhan undang-undang.  Ini tidak cukup bagi menjamin keselamatan di atas jalan raya.  Pemandu harus dilatih untuk mengenal pasti potensi kemalangan. Pemandu mesti diberi latihan untuk berkongsi jalan.

Anime4nz berharap dengan mengutarakan isu ini,  pemandu kereta dapat sedikit pelajaran tentang motosikal.

Wednesday, October 3, 2012

Prinsip Asas Meminjam

Ketahui Prinsip Meminjam 

~ Elakkan Diri Daripada Dibebani Hutang ~

“Nak pinjam ke tak nak pinjam…” itu biasanya bukan satu pilihan! Kebanyakan daripada kita akan perlu meminjam untuk membeli kereta pertama atau rumah pertama (malah untuk sebahagian daripada kita, untuk berkahwin!) Namun tidak ramai yang tahu prinsip asas meminjam. Anime4nz mengajak anda berbincang mengenai pinjaman, mula-mula mari kita memahami beberapa komponen utama suatu pinjaman.

Apakah Komponen Utama Pinjaman?

Semua pinjaman, sama ada pinjaman kereta, pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripada tiga komponen utama: Kadar faedah, cagaran dan tempoh

Tuesday, October 2, 2012

Fungsi ABS Pada Kenderaan

Ketahuilah Fungsi ABS Pada Kenderaan Anda

Ada dalam kalangan pengguna/pembaca anime4nz yang pernah mendengar atau sedia maklum terdapat sistem ABS yang dipasang pada kenderaan mereka. Tetapi mungkin ada juga yang tidak tahu apakah fungsi sebenar ABS tersebut.

'Anti-Lock Braking System' atau selalunya dikenali sebagai ABS adalah salah satu peralatan kelengkapan permotoran pada kereta yang berfungsi untuk mengawal kegelinciran tayar ketika membrek.

Sistem kawalan kegelinciran ini bertujuan mengelakkan kenderaan yang dipandu daripada terus terbabas lebih jauh selain berfungsi menahan tayar daripada terkunci ketika brek ditekan kuat akibat kecemasan.

Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan yang tidak terduga. Dalam masa yang sama, sekiranya berlaku sebarang kerosakan teruk pada kenderaan akibat terbabas lalu melanggar penghadang jalan atau kenderaan lain, ketika inilah kita dapat melihat ABS menjalankan fungsinya.

Kebiasaannya, setiap kenderaan yang dilengkapi dengan sistem keselamatan ABS akan didatangkan dengan empat ciri-ciri pengesan yang terletak pada setiap tayar.

Kisah Wanita Tua dan Kucing Di Makkah

Kisah Wanita Tua Penyayang dengan Seekor Kucing Ketika Mengerjakan Haji di Tanah Suci.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam

Monday, October 1, 2012

Gadis Ukraine Anastasiya Shpagina

Gadis Ukraine ubah diri jadi karakter kartun animasi Jepun

KIEV: Dengan mata besar dan berkaca, rambut ungu serta gaya menggoda ketika bergambar, gadis ini seolah-olah menjelma dari sebuah filem animasi Jepun.

Peminat kartun animasi komputer, Anastasiya Shpagina telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung.

Gadis Ukraine berusia 19 tahun itu memperoleh inspirasi gaya itu daripada kartun dan animasi komputer yang mempunyai ramai pengikut di Jepun.

Malah, Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun, Fukkacumi.

Karakter animasi sering mempunyai mata besar dan kepala yang lebih besar berbanding dengan tubuh mereka.

Anastasiya yang hanya setinggi 159 sentimeter dilapor melangsingkan badannya kepada hanya 38 kilogram dalam usaha untuk menjadikan dirinya karakter animasi hidup.

Selain itu, dia turut menghabiskan masa 30 minit sehari untuk mengenakan mekap pada setiap matanya.

Anastasiya dijangka akan bertindak lebih jauh untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya.

Ada laporan mendakwa dia merancang menjalani pembedahan mata untuk membolehkan dia kelihatan lebih mirip dengan idola kartunnya.

Gadis itu yang mempunyai lebih 10,000 peminat dalam Facebook, juga memuatnaikkan video menerusi YouTube, menunjukkan bagaimana dia bermekap.

Satu klip video yang menunjukkan dia bersolek ditonton sebanyak lebih 150,000 kali.

Bagaimanapun, Anastasiya bukan gadis pertama menggunakan gaya yang diperoleh daripada dunia fantasi.

Dakota Rose atau Kota Koto dari Amerika Syarikat digelar ‘Barbie hidup’ kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang genit.

Langkahnya memuatnaikkan bimbingan fesyen dan kecantikan menerusi YouTube ditonton oleh pengunjung dari seluruh dunia. - DM

Intipati Penuh Bajet 2013

Anime4nz ingin kongsikan budget 2013 yang disampaikan oleh PM baru-baru ini..
Jom kita tengok apa yang dah disampaikan.. mungkin ada yang ketinggalan info.

Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1. Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
-Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK 
 | BUDGET 2013
2. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3. Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan


Psy dalam rekod Guinness

PENYANYI Korea Selatan yang mencipta fenomena seluruh dunia dengan pantas menerusi lagunya yang berjudul Gangnam Stye, Psy kini tersenarai dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

anime4nz : PSY GangNam Style
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Guinness, klip video Psy didapati memperoleh status 'like' paling banyak atau disukai oleh penonton dalam sejarah laman sosial YouTube.

Ketika mendapat pengiktirafan baru-baru ini, klip video Psy mendapat sebanyak 2,141,758 like sehingga minggu lalu. Klip yang memaparkan tarian kuda itu mula dimuat naik sejak 15 Julai lepas.

Selain Gangnam Style, klip video milik kumpulan LMFAO iaitu Party Rock Anthem mendapat 1,574,963 like, Baby yang dinyanyikan oleh Justin Bieber (1,327,147 like) dan Rolling in The Deep oleh Adele (1,245,641 like) sehingga minggu lepas.

Pengurus Komunikasi Guinness, Dan Barrett menjelaskan bahawa kejayaan yang diraih Psy itu merupakan satu fenomena luar biasa dunia hiburan.

"Seperti tidak masuk akal apabila dia berjaya meraih penonton yang begitu ramai. Dalam tempoh tiga bulan dia meraih lebih dua juta like di YouTube," katanya seperti dipetik soompi.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama