klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, July 17, 2012

wang / duit baru Malaysia 2012

Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

Kakitangan Bank Negara, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di gunakan oleh orang ramai nanti
duit baru malaysia
Lebih lanjut mengenai konsep, ciri keselamatan, tema dan pengenalan mata wang Malaysia yang baru ini anda boleh tonton video dibawah. Dalam pada itu Wang syiling baru 2012 denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu telah diedarkan dan berada di pasaran.

Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran tidak lama lagi.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.

“Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Wang kertas siri baru ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

BNM mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wangkertas siri baharu itu untuk kemudahan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online