klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, July 29, 2012

Pelupusan betul pelihara kesucian Al-Quran

KEBIASAANNYA masyarakat Islam dihidangkan dengan kaedah pengebumian mayat berpandukan ajaran Islam, tetapi jarang sekali kita didedahkan dengan kaedah atau teknik betul dalam melupuskan al Quran lama atau bahan bercetak mengandungi ayat al Quran.

Akibat fenomena itu, ramai pihak mengambil mudah dalam soal berkenaan hinggakan ada yang tergamak membuang al-Quran lama di tempat tidak sepatutnya.


Malah, tidak kurang juga pengusaha kedai fotostat membuang kertas mengandungi ayat al-Quran secara mudah dan tidak diuruskan dengan sewajarnya.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu dan Jabatan Laut Wilayah Timur bersepakat melupuskan al-Quran lama berpandukan garis panduan yang ditetapkan Islam dengan seliaan Jabatan Mufti Negeri Terengganu.


Baru-baru ini, tercatat sejarah apabila lebih 200 kilogram abu al-Quran yang dibakar menggunakan relau (insinerator) direka khas oleh JHEAT menggunakan dram dilupuskan di tengah Laut China Selatan iaitu sembilan batu nautika dari muara Kuala Terengganu di kedalaman 37 meter.

Program Pelupusan al Quran Lama dan Bahan Bercetak Teks al Quran itu yang turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh dan Ketua Penolong Pesuruhjaya Penyelidikan JHEAT, Mohd Noor Mohamad, dilihat sebagai program yang berjaya dalam membendung orang ramai daripada membuang atau melupuskan al-Quran dengan cara tidak betul.

Muhammad Ramli berkata, dengan penganjuran program seperti itu, orang ramai tiada alasan untuk membuang naskhah al-Quran di merata tempat atau membiarkannya di tempat tidak sepatutnya.


“Mereka cuma perlu menyerahkannya kepada JHEAT untuk dilupuskan mengikut garis panduan fatwa Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

“Meskipun memerlukan masa lama untuk memproses setiap helaian al-Quran sebelum dibakar, JHEAT mempunyai kakitangan yang sedia berkhidmat bagi memastikan kesucian al-Quran terus terpulihara.

“Menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk memelihara al-Quran, baik daripada mencetaknya hinggalah dilupuskan, al-Quran perlu diuruskan mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam,” katanya.

Menurutnya, selain dilupuskan melalui pembakaran sebelum abunya dibuang ke laut, kaedah lain seperti menanamnya juga dianjurkan Islam, tetapi JHEAT mempunyai alasan tersendiri apabila memilih untuk membakar dan menghanyutkan abu al-Quran.

“Jika memilih untuk menanam, abu berkenaan perlu ditanam di satu kawasan yang dijamin terpelihara daripada laluan manusia dan tidak digunakan untuk pembangunan di masa akan datang.

“Melihat kesulitan itu, JHEAT dan Jabatan Mufti Negeri Terengganu mengambil langkah lebih baik iaitu melupuskannya ke laut yang sememangnya diyakini terpelihara daripada segala kemusykilan itu,” katanya.

Menurutnya, proses pelupusan itu bermula sejak November 2011 dan ia dijalankan secara manual oleh kakitangan JHEAT selepas waktu pejabat mengikut beberapa peringkat, iaitu peringkat pengasingan dengan helaian al-Quran diceraikan satu persatu daripada kulitnya manakala al-Quran yang basah dikeringkan terlebih dulu.

“Helaian itu kemudian dirincih satu persatu sebelum dibakar di dalam relau yang direka khas, di mana apinya dikawal dari semasa ke semasa bagi memastikan ia dibakar secara menyeluruh dan sempurna.

“Apabila petugas meyakini setiap helaian itu betul-betul hangus dan menjadi abu iaitu tanpa meninggalkan kesan fizikal al-Quran, abu itu dikumpul dan dimasukkan ke dalam karung plastik sebelum dibawa ke tengah laut menggunakan kapal Jabatan Laut untuk dilupuskan,” katanya.

Muhammad Ramli berkata, sepanjang proses dijalankan, setiap petugas diwajibkan berada dalam keadaan berwuduk dan bebas daripada hadas, malah menutup aurat dengan sempurna.



INFO:

Proses pelupusan al-Quran secara manual mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Mufti Negeri Terengganu

1. Pengasingan: Helaian al-Quran diceraikan satu persatu daripada kulitnya dan dikeringkan bagi al-Quran yang basah.

2. Merincih: Helaian itu kemudian dirincih.

3. Membakar: Dibakar di dalam relau (insinerator) yang direka khas diperbuat daripada dram. Api dikawal dari semasa ke semasa bagi memastikan semua helaian dibakar secara sempurna.

4. Kumpul: Selepas helaian hangus dan menjadi abu iaitu tanpa meninggalkan sebarang kesan fizikal tulisan al-Quran, abu dikumpul dan dimasukkan ke dalam karung plastik yang tebal.

5. Lupus: Abu al-Quran yang dikumpul dibawa ke tengah laut menggunakan kapal Jabatan Laut untuk dilupuskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online