klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, March 13, 2012

Seni Sulaman Souzani

SOUZANI merupakan hasil kerja tangan kaum wanita yang melambangkan kemahiran, ketekunan dan ketelitian seseorang wanita dalam sesuatu pekerjaan.

Souzani berasal daripada perkataan Parsi yang bermaksud jarum yang menjadi alat penting dalam menghasilkan sulaman souzani yang halus dan berwarna warni.
Kopiah bersulam Souzani Asia Tengah, abad ke - 19M / abad ke - 13H
 Sulaman souzani kebiasaannya berkait rapat dengan kehidupan golongan wanita Afghanistan di Asia Tenggara. Ia dihasilkan bukan sahaja untuk mengisi masa lapang, malahan ia dianggap sebagai satu kemahiran yang wajib ada pada setiap wanita di sana.

Kebanyakan sumber dari Asia Tengah menyebut tentang bagaimana kerja-kerja menyulam souzani bagi seseorang wanita bermula semenjak mereka berusia tujuh tahun.

Proses pembelajaran bermula dengan jahitan sulaman yang mudah yang diajarkan oleh ibu gadis berkenaan.

Setelah gadis tersebut mahir menjahit sulaman yang asas, jenis sulaman yang lebih halus dan susah akan diajar oleh pakar sulaman di dalam kampung atau kawasan berkenaan.

Peringkat yang paling penting bagi seseorang gadis Afghanistan dalam menghasilkan sulaman souzani ialah selepas dia ditunangkan. Dalam waktu pertunangan yang selalunya selama dua atau tiga tahun, gadis tersebut dikehendaki menyiapkan barangan yang akan dijadikan hadiah perkahwinan seperti kain hiasan dinding, cadar, baju dan juga langsir bilik pengantin yang akan dibawa ke rumah pengantin lelaki.

Kehalusan sulaman dan kebolehan seseorang gadis menyiapkan kesemua barangan itu pada hari perkahwinannya akan melambangkan gadis tersebut sebagai seorang yang rajin, berkemahiran, mempunyai didikan yang sempurna, sabar dan bermaruah. Ini secara langsung akan membawa nama baik kepada keluarganya.

Selepas berkahwin, seseorang wanita akan meneruskan kerja-kerja sulaman souzani untuk kelengkapan diri sendiri seperti pakaian yang akan dipakai di majlis-majlis tertentu, pakaian suami dan anak-anak.

Pada peringkat ini, sulaman souzani akan melambangkan kemahiran seseorang wanita dalam sesebuah keluarga ataupun rumah.

Mereka juga menghasilkan beberapa barangan seperti kopiah dan uncang kecil yang dijadikan sebagai cenderahati kepada tetamu yang datang dan tinggal sementara di rumah mereka.

Kemahiran seseorang isteri ataupun ibu dalam rumah tersebut akan diperturunkan kepada anak gadis di dalam keluarga tersebut.

Generasi baru inilah yang akan mengulangi semula kitaran pengajaran dan pembelajaran sulaman souzani di dalam masyarakat tradisional Afghan.

Kain kapas ataupun sutera merupakan bahan asas yang akan dijadikan latar sulaman yang ingin dihasilkan.

Benang yang digunakan terdiri daripada benang kapas, sutera, perak dan emas bergantung kepada taraf ekonomi penyulam. Benang-benang ini akan diwarnakan mengikut warna yang diperlukan dalam sulaman mereka.

Terdapat juga sulaman souzani yang menggunakan batu separa berharga bagi mengindahkan lagi hasil kerja tangan mereka.

Jika dilihat secara seimbas lalu, sulaman souzani agak rumit dan ia menghasilkan tekstur yang timbul dari bahagian kain latar yang digunakan.

Terdapat beberapa jenis jahitan sulaman yang digunakan bagi menghasilkan corak sulaman yang cantik dan seakan-akan hidup. Antara jenis jahitan sulaman yang digunakan ialah jahitan rantai yang berbentuk bulat dan bersambung, jahitan tangga, yang bertingkat-tingkat, silang pangkah, insang pari dan satin.

Para pengunjung Muzium Kesenian Islam Malaysia boleh melihat beberapa artifak hiasan dinding Asia Tengah yang dihiasi dengan sulaman souzani di Galeri Tekstil muzium.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online