klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, March 15, 2012

Pelaburan Hartanah - 4 Strategi Peribadi Beli Rumah Pertama

Semua orang mengimpikan rumah untuk didiami tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu menggapai impian tersebut.

Ini disebabkan oleh masalah modal yang perlu disediakan walaupun hanya serendah 10% dari harga rumah dan lebih memburukkan lagi keadaan, harga rumah yang ditawarkan kini jauh melangkaui kemampuan kebanyakan dari kita.


Cuba kita bayangkan jumlah modal 10% yang perlu kita keluarkan bagi sebuah rumah teres 2 tingkat di sekitar Lembah Kelang, yang harganya rata-rata di dalam lingkungan RM300,000.00 ke atas.

Sekurang-kurangnya kita perlu ada RM30,000.00 bagi meneruskan proses jual beli tersebut, dan ianya masih belum dapat menyempurnakan  transaksi tersebut tanpa penggunaan peguam yang hadir dengan kosnya sekali.

Jadi, apakah jalan terbaik bagi penyediaan modal agar rumah yang diimpikan dapat kita miliki?

Berikut merupakan kisah yang anime4nz ingin kongsikan  tentang bagaimana si 'A' mengumpul modal di dalam merealisasikan impiannya memiliki rumah teres 2 tingkat di Bandaraya Shah Alam, dan ianya sebenarnya bermula dari pembelian sebuah apartment sahaja.

4 Strategi Beli Rumah Pertama

#1 – Kuasa Simpanan Wang
Simpanan merupakan salah satu cara mengumpulkan modal permulaan.

Jumlah simpanan serendah RM150.00 yang A simpan seawal bulan pertama A bekerja, telah memungkinkan A menyediakan ½ dari jumlah pendahuluan bagi apartment pertama A yang ketika itu berharga RM59,800.00.

Jadi seawal usia 24 tahun, A telah pun memiliki rumah sendiri yang sememangnya menjadi impian A ketika mula bekerja dahulu. Tetapi bagaimana pula A mendapatkan baki separuh lagi pendahuluan A itu?

#2 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Setelah RM2,700.00 berjaya A kumpul menerusi simpanan bulanannya, maka baki selebihnya pula telah A perolehi dari caruman Akaun 2 Caruman KWSP A yang ketika itu baru mencecah RM2,659.29.

Alhamdulillah, hasil dari kombinasi dua angka tersebut telah melayakkan A menyediakan jumlah 10% pendahuluan (RM5,980.00) buat pemaju.

Namun yang menjadi kerunsingan A ketika itu ialah kos guaman yang perlu A segerakan, bagi membolehkan pihak peguam meneruskan transaksi jualbeli A itu?

#3 – Pinjaman Keluarga
Alhamdulillah, keluarga A telah memberikan sokongan mereka dengan meminjamkan sejumlah RM2,000.00 bagi menampung kos guaman tersebut, dan A boleh disifatkan bernasib baik kerana kos penyediaan Perjanjian Jual Beli (SnP) pada ketika itu disediakan secara percuma oleh pihak pemaju.

Akhirnya dari ketiga-tiga sumber di atas telah memungkinkan A memiliki rumah pada usia yang masih muda yang kemudiannya telah A jadikan sebagai ‘ibu rumah’ kepada pengumpulan modal rumah idamannya.

#4 – Pembiayaan Semula (Refinancing)
Apartment yang dibeli pada harga hampir RM60,000.00 kemudiannya telah A biayai semula bagi mendapatkan lebihan modal, untuk A membeli rumah-rumah berikutnya.

Cara yang sama (biayai semula) juga telah A gunakan terhadap rumah-rumah tersebut, untuk menambahkan lagi jumlah modal bagi pembelian rumah teres idaman A.

Hasilnya, menerusi pengumpulan modal daripada pembiayaan semula, pendapatan pasif dari sewa rumah-rumah A dan penambahan semula Akaun 2 Caruman KWSPnya, telah membolehkan jumlah sebesar RM40,000.00 A perolehi untuk modal rumah teres idaman A itu.

Jadi, dengan rentetan kisah A, anime4nz diharap ianya dapat membuka mata pembaca blog ini yang menghadapi kesulitan di dalam penyediaan modal pembelian rumah anda.

Dari Kecil Menjadi Besar

Apa yang ingin anime4nz perkatakan ialah mulakan langkah anda dengan pembelian rumah berskala kecil dahulu, sebelum mengakhirinya dengan pembelian rumah impian anda.

Seperti mana A yang akhirnya telah mampu memiliki rumah teres 2 tingkat beralamatkan Bandaraya Shah Alam, melalui hasil pengumpulan modal selama 8 tahun.

Kredit: CDB Properties, Yay Micro, melalui Majalah Niaga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama