klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, February 21, 2012

Maklumat Asas Mengenai Pinjaman Kereta

Kebanyakan orang muda ingin memiliki kereta sendiri sebaik sahaja mereka mula bekerja, malah sebahagian besar pekerjaan dalam bidang jualan memerlukan anda memiliki pengangkutan sendiri. Lazimnya, seorang ingin memperoleh pinjaman untuk membiayai pembelian sebuah kereta dan ini biasanya disebut Sewa Beli atau Pinjaman Sewa Beli. Ia disebut sedemikian kerana peminjam sebenarnya menyewa kereta daripada institusi kewangan yang merupakan pemilik sebenarnya sepanjang tempoh pinjaman anda.

Sebagai penyewa, anda membayar “sewa” atau bayaran ansuran kepada institusi kewangan berdasarkan terma dan syarat mereka. Jadi, pada hakikatnya anda tidak memiliki kereta tersebut sehinggalah dan melainkan anda selesai menjelaskan keseluruhan jumlah pinjamannya. Mari kita lihat pada contoh yang ringkas:

Jika A membeli kereta bernilai RM50,000, lazimnya dia perlu membayar bayaran muka sebanyak 10% atau RM5,000. Ini kerana kebanyakan institusi kewangan hanya akan memberi anda pinjaman setakat 90% (malah ada institusi yang sanggup memberi pinjaman sehingga 100%!) Seterusnya anda perlu menentukan tempoh bagi pinjaman – biasanya, 3, 5, 7 tahun ataupun sehingga 9 tahun. Selepas ini, institusi kewangan akan menetapkan kadar faedah berdasarkan tempoh ini. (Lazimnya, kos pembiayaan kereta lama akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kereta baru.) Mari kita buat andaian bahawa A memilih pinjaman bagi tempoh 5 tahun pada kadar faedah 3.5% setahun. Bayaran ansuran bulanannya akan dihitung seperti berikut:

Sepertimana yang dapat dilihat di atas, kebanyakan orang fikir mereka dapat membeli kereta baru bernilai RM50,000 jika mereka mampu membayar bayaran mukanya sebanyak RM5,000 dan berupaya membayar bayaran ansuran berjumlah RM862.50 setiap bulan. Walaupun mereka tidak mempunyai bayaran mukanya, pastinya ada jalan lain untuk memperolehnya! Walau bagaimanapun, masalahnya adalah pada kos-kos yang tersembunyi dalam memiliki (atau lebih tepat lagi, "menyewa") kereta. Mari kita perhatikan beberapa daripada kos sampingan ini:

Pada mulanya, seseorang mungkin terfikir dia mampu membayar ansuran berjumlah RM863.00 (dibundarkan) setiap bulan dengan dibayar gaji RM2,000 tetapi dia pastinya hairan mengapa dia tidak mempunyai wang baki pada akhir bulan! Dalam keadaan sedemikian, sudah tentu memiliki kad kredit ada gunanya, bukankah begitu?
Selepas melihat angka-angka tersebut, A mula berfikir sama ada dia betul-betul mampu memiliki kereta baru…

Kata-kata Hikmah

Jadi, bilakah anda mampu membeli kereta baru? Mengikut kebiasaan, bayaran ansuran bulanan anda haruslah dalam lingkungan 15% daripada gaji bulanan anda (iaitu selepas menolak sumbangan KWSP, SOCSO & PCB anda). Mengambil contoh di atas, ini bermakna A harus memperoleh gaji berjumlah sekurang-kurangnya RM…… setiap bulan agar dapat menjalankan kehidupan yang selesa untuk penyelenggaraan kereta baru pada harga tersebut. Jangan lupa bahawa sudah pasti ada kos-kos sampingan lain yang akan menyebabkan jumlah tersebut mencecah hampir RM2,000 setiap bulan!

Nasihat Anime4nz :

Memandangkan para blogger akan membeli kereta, anime4nz berkongsi nasihat berikut:
  1. Buat bandingan harga terlebih dahulu untuk sebuah kereta yang baik – rujuk kepada ahli keluarga, kawan, malah juga forum. Walau bagaimanapun, jika anda membuat keputusan untuk membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kereta itu terlebih dahulu.
  2. Hitungkan belanjawan berdasarkan gaji bulanan anda – anda boleh mengikut kebiasaan di atas dan ingat untuk mempertimbangkan semua kos-kos sampingan yang lain
  3. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, bandingkan pakej-pakej yang paling sesuai berdasarkan kemampuan anda dan selalu minta untuk Kadar Faedah Sebenar.Biasanya, ia kira-kira dua kali Kadar Faedah Sewa Beli (bagi contoh di atas, Kadar Faedah Sebenar ialah 6.77%)
  4. Jangan gunakan kad kredit anda untuk membayar bayaran muka. Anda tidak mengambil langkah yang bijak kerana memperoleh pinjaman pada faedah yang lebih tinggi!
  5. Kalau boleh, beli kereta anda secara tunai tetapi jika ini terlalu membebankan, cuma menambahkan tabungan tunai untuk bayaran mukanya dan memohon untuk jumlah pinjaman yang lebih kecil.
  6. Akhir sekali, dan tidak kurang pentingnya, elak daripada menaikkan taraf atau mengubahsuai kereta anda dengan peralatan atau aksesori ‘canggih’ yang tidak akan menambahkan nilai kereta anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama