klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, January 12, 2012

Masjid Beralih Kiblat

Di malam yang hening ini teringat akan Arwah Abah.... Al-Fatihah buat Abah tersayang... Allahyarham Haji Osman bin Ngah dan kakak Allahyarhamah Normy binti Osman.

Teringat kat Arwah Abah... teringat akan blog kisah Masjid Mengabang Tengah yang mana ianya telah beralih kiblat. Arwah Abah salah seorang yang mengetahui kedudukan kiblat yang salah dan cuba untuk memperbaiki seadanya. Jasanya tak terhingga ... dan pengorbanannya diharap mendapat balasan yang teristimewa dari Allah.... Amin.

Jom kita baca rintitan cerita dari Karim's Blog. X lengkap kalu orang bercerita di blog lain tapi tiada di blog anime4nz ini. 

Sememangnya umat Islam mengadap kiblat untuk solat. Dan sememangnya ke semua masjid yang dibina akan mengadap kota Makkah untuk ke arah kiblat.


Namun, dalam pada itu terdapat sebuah masjid yang telah mengalihkan arah kiblatnya. Pada sekitar awal tahun 1990an, Masjid Kg. Mengabang Tengah di Kuala Terengganu telah melaksanakan projek pembesaran masjidnya buat kali yang keempat.
 
Setelah segala persiapan dibuat dan segala kerja pun dimulai dengan usaha gotong royong orang-orang kampung, Imam masjid, Haji Osman Ngah, terlintas untuk mendapat bantuan Pejabat Ukur dan Pemetaan Terengganu untuk memeriksa sebagai kepastian arah kiblat masjid yang dipandukan selama ini.


Setelah pasukan pakar ukur datang serta memeriksa arah kiblat yang digunakan oleh masjid yang dibina lebih seratus tahun dahulu maka ianya didapati kiblat sememangnya selama ini tidak tepat. Arah yang digunakan selama ini tersasar sekitar 8 darjah ke barat.

Setelah bermesyuarat, keputusan diambil untuk meneruskan kerja-kerja pembesaran masjid berdasarkan struktur asal seperti dirancang dan tidak mengalihkan bagi membetulkannya pada jajaran kiblat. Ianya akan lebih menyukarkan pembinaan beberapa kerangka utama dalam pembesaran masjid itu untuk mengalih dari struktur asal bagi menepati arah kiblat.

Bagi menepati keperluan mengadap kiblat untuk solat, susunan permaidani untuk alas lantai dalam masjid yang dialihkan mengikut arah yang telah disahkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan.

Apabila saya ke masjid dan bertanya perihal fenomena pengalihan arah kiblat, ramai di kalangan ahli jemaah yang tidak mengetahui. Malah ada juga yang tidak sedarpun bahawa struktur masjid mereka tidak mengikut arah kiblat walaupun mereka solat di situ hampir setiap hari.




Subhanallah.... Maha suci Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online