klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, December 30, 2012

Gajet Popular 2012

SEPANJANG tahun 2012, banyak gajet elektronik yang dilancarkan dan mendapat tempat di hati pengguna.

Tahun ini saja bagaikan tercetus 'perang' antara dua gergasi pengeluar gajet terkemuka dunia iaitu Apple dan Samsung.

Kedua-dua gergasi ini tidak ambil peduli dengan kes saman-menyaman sebaliknya terus mengeluarkan pelbagai gajet bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Jom kita tinjau bersama anime4nz apakah gajet yang berjaya mendapat tempat di hati pengguna berdasarkan carian Google.

iPAD 3

WALAUPUN iPad 4 telah dilancarkan November 2012 lalu, iPad 3 masih menjadi gajet yang paling banyak mendapat tempat di carian Google.

Ini tidak memeranjatkan kerana iPad 3 adalah tablet pertama yang datang dengan paparan visual dengan kualiti Retina.

Paparan berkenaan sememangnya berbaloi bagi pengguna terutama individu dan mereka yang telah menggunakan dan membezakan kedua-dua iPad 2 dan iPad 3.

Untuk tahun 2013, apa agaknya gajet yang akan merampas kedudukan iPad 3 ? PAD AVAIL

Wednesday, December 19, 2012

Pengiraan Peruntukkan Elaun / Gaji / Saguhati / Bounti / Bounty Askar Wataniah Melalui Latihan

Elaun Pasukan Simpanan Tentera Darat Naik Mulai Tahun 2013

Jom kira duit masuk poket bersama anime4nz :)


ELAUN LATIHAN TEMPATAN

Elaun Latihan Tempatan bagi anggota LLP akan dinaikkan sebanyak 50% daripada RM4.00/jam kepada RM6.00/jam mulai tahun 2013. Dalam setahun, terdapat 24 siri latihan tempatan yang selalunya bermula pada bulan Februari/March dan berakhir dalam bulan September/Oktober. Setiap siri memperuntukkan 10 jam latihan maksimum. Jadi matematiknya adalah seperti berikut:

RM6.00/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1440.00

dan bagi pegawai pula adalah seperti berikut:

RM7.80/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1872.00 (kenaikan daripada RM 5.80/jam kepada RM 7.80/jam)


GAJI LATIHAN BERTERUSAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan berterusan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota boleh menghadiri kedua-dua latihan tersebut selama 7 hari bagi satu siri. Gaji pokok bagi setiap pangkat dikatakan telah naik.

Siri 1 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 1

Siri 2 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 2


GAJI LATIHAN KEM TAHUNAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan kem tahunan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota hanya dibenarkan menyertai salah satu siri sahaja yang dilaksanakan selama 15 hari.

15 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Bagi Latihan Kem Tahunan

Bagi anggota berpangkat prebet, sekurang-kurangnya memperoleh RM 502.00,
Bagi anggota berpangkat lans koperal, sekurang-kurangnya RM 645.00,
Bagi anggota berpangkat koperal, sekurang-kurangnya RM 760.00.
.............

Tuesday, December 4, 2012

Eurocopter EC725

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 bagi menggantikan sebahagian daripada 38 helikopter Nuri (Sikorsky S61A-4) yang berkhidmat sejak 1959.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain memperkuatkan operasi mencari dan menyelamat, pesawat buatan Perancis itu juga mempunyai fungsi luas antaranya, sebagai pengangkutan serta utiliti lain.

"pemilikan helikopter enjin berkembar daripada keluarga Super Puma atau Cougar itu dapat memantapkan lagi tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR), logistik dan keupayaan tempur Angkatan Tentera Malaysia secara Amnya."
Helikopter EC725

"EC725 ini boleh membawa sehingga 11,000 kilogram muatan. Ia juga boleh digunakan dalam semua cuaca serta dilengkapi kamera dan radar yang amat penting apabila operasi mencari dan menyelamat dilakukan," katanya selepas majlis penyerahan pesawat itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

"Helikopter berkelajuan 324 kilometer sejam ini juga boleh digunakan pada waktu malam dengan teknologi penglihatan pandang malam, di samping kekal relevan selaras perkembangan taktikal geostrategik pertahanan rantau ini sekurang-kurangnya dalam masa 30 tahun akan datang."

Monday, December 3, 2012

Peugeot 508 Baru segmen D

Peugeot dilihat sangat menggemari angka lapan dalam setiap modelnya yang dianggap bertuah dan mampu memberi impak kepada setiap kelas pasaran kenderaan yang diceburinya.

Deretan model Peugeot baru seperti 308, 408, 3008 dan 5008 sudah cukup dikenali di pasaran tempatan, kini pembuat kereta Perancis berkenaan hadir lagi dengan angka bertuahnya iaitu 508.
Peugeot 308
Peugeot 408
Peugeot 3008
Peugeot 5008

Kereta segmen sedan eksekutif (D) berkenaan menampilkan reka bentuk yang cukup ringkas tetapi sedap mata memandang kerana setiap garisan dan lengkok pada badannya kelihatan serasi antara satu sama lain.

Berdepan dengan persaingan kereta segmen D lain yang sudah kukuh di pasaran tempatan seperti Honda Accord, Toyota Camry dan Volkswagen Jetta, Peugeot 508 tampil dengan ciri-ciri eksklusif tersendiri untuk memikat hati pembeli baru.

Sunday, December 2, 2012

Hari Anugerah AVAIL - Diskaun ! ! !

HARI ANUGERAH AVAIL KE  - 8 !!!

SEMPENA KONVEKESYEN dan PENGANUGERAHAN QM/BM/SM/GM/DM/CM/SCM
di PICC, Kami disini
berbesar hati membuat promosi untuk
PAD HERBA AVAIL [FC BIO SANITARY PAD]




ia dapat:-

Mencegah senggugut
Mengawalatur kitaran haid
Mencegah buasir
Membuangkan angin perut
Menghilangkan bau
Membuang darah beku di rahim
Mencegah keradangan dan membasmi kuman
Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj
Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim

======================================


Apa tunggu lagi?? Bertukarlah kepada PAD HERBA AVAIL
HARGA BIASA:
PANTYLINER : RM10
PAD DAY-USE : RM11
PAD NIGHT-USE : RM12


HANYA 10 ORANG TERAWAL SAHAJA PM KAMI AKAN DAPAT HARGA DISKAUN!!!

Tuntut diskaun anda hari ini ! ! !

Wednesday, November 28, 2012

Lagu Ultras Malaya - Harimau Malaya - Malaysia

Tajuk : KUNGFU HUSTLE

Lirik :
Ooooooo...Ma...Lay...Sia...!!!


Tajuk : KAU KEBANGGAANKU

Lirik :
Oh Malaysia,
Kita Bersaudara,
Oh Malaysia,
Satukan Jiwamu,
Selamanya Harimau Malaya,
Selagi Kita Bernyawa,
Oh Malaysia,
Kau Kebanggaanku.


Tajuk : BANGUNLAH

Lirik :
Bangun Semua Penyokong,
Satukan Hatimu,
Tinggikan Sorakanmu,
Demi Malaysia,
OOOoooOOOO...Demi Malaysia, 2x

Monday, November 26, 2012

Fenomena dan Landskap Luar Biasa - Tindak Balas Alam

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti paparan filem cereka sains terbaru memaparkan dunia makhluk asing angkasa lepas.

Bagaimanapun, imej luar biasa itu sebenarnya dirakam di bumi yang terhasil akibat tindak balas semula jadi berterusan dan kekal menarik perhatian. Daripada gabungan warna terang di kolam air panas hingga pembentukan batu rencam yang kelihatan seperti gajah, landskap luar biasa itu terhasil melalui peralihan masa berjuta-juta tahun.

Fenomena luar biasa seperti ejen hakisan berterusan seperti angin dan air melahirkan imej luar biasa yang mengambil masa berjuta tahun untuk terbentuk.

1. THE WAVE
Terletak di Tanah beralun di Utah, AS, dianggarkan berusia 190juta tahun.

Keanehan batu pasir - terbentuk akibat hakisan angin dan hujan sejak 190 tahun lalu dan kini membentuk pemandangan yang menakjubkan.


2. BRYCE AMPHITHEATRE
Terletak di Taman Negara Bryce Canyon, Utah, adalah deretan batu kapur yang terhakis secara semula jadi.

Sunday, November 25, 2012

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan SEBELUM Membeli Rumah

Terdapat 2 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah iaitu Faktor Bukan Kewangan dan Faktor Kewangan.

FAKTOR BUKAN KEWANGAN

1. Lokasi Hartanah - lokasi! lokasi! lokasi!
Anda perlu tentukan di mana anda hendak tinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak faktor yang
boleh mempengaruhi pilihan lokasi anda. Antaranya adalah:
• kemudahan asas seperti kedai, bank, pejabat pos, sekolah, hospital, taman rekreasi dan kejiranan
• kemudahan pengangkutan awam
• jarak dari tempat kerja
• kesibukan lalu-lintas
• keselamatan

2. Jenis Hartanah - harta bertanah atau harta bertingkat
Harga rumah bertanah biasanya adalah lebih tinggi terutama jika ianya berhampiran dengan kawasan
bandar. Manakala harga rumah bertingkat seperti kondominium dan apartmen biasanya lebih mampu dimiliki. Kebiasaannya nilai pasaran rumah bertanah akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah bertingkat

Friday, November 23, 2012

Honda Insight Hybrid - hebat - jimat minyak

1. Apa tu Sistem Hybrid?

Anime4nz tau ramai yang salah faham mengatakan kereta hybrid ni ialah kereta elektrik, tetapi sebenarnya TIDAK. Kereta hybrid ni sebenarnya kena pakai minyak petrol juga macam kereta biasa, cuma dia ada sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik. Ada dua engin yang akan digunakan untuk operasi sistem hybrid ni. Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol yang selalu digunakan pada kereta biasa. Cuma pada waktu-waktu tertentu (contohnya : ketika menggunakan gear rendah), motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.

 

2. Apa Pula Honda Insight?

Honda Insight adalah satu segmen kereta dari Honda yang menggunakan teknologi hybrid. Seperti yang telah diberitahu tadi, sistem hybrid terdiri dari dua enjin iaitu enjin petrol dan motor elektrik. Kereta hybrid Honda Insight menggunakan sistem enjin 1.3L i-VTEC (enjin petrol) dan Integrated Motor Assist (motor elektrik). Cuba bayangkan, dah la i-VTEC (sangat jimat berbanding enjin VTEC biasa), lepas tu ada sistem hybrid pulak tu. Memang berganda-ganda penjimatan minyak kereta ni.

 

3. Apa Beza Honda Insight Dengan Kereta Hybrid Lain?

Thursday, November 22, 2012

Kelayakan Untuk Memperoleh Pinjaman Perumahan

Kebanyakan orang akan menggunakan pinjaman perumahan untuk membiayai baki pembelian rumah mereka. Sebelum mengambil pinjaman perumahan, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:
Jom kita kira gaji kelayakan rumah bersama anime4nz.

1. Nisbah hutang kepada pendapatan
Apabila anda ingin membeli rumah, jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman sebaik-baiknya tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan. Jika anda sedang membayar ansuran pinjaman kereta, anda perlu periksa sama ada anda boleh menanggung satu lagi ansuran pinjaman baru. Jika pinjaman kereta,
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman lain telah mencapai had 40%, ada baiknya anda menangguhkan keputusan untuk membeli rumah terlebih dahulu. Anda perlu juga pastikan bahawa anda berupaya membayar ansuran mengikut jadual.

Mari kita lihat ilustrasi berikut:

Harga rumah = RM250,000
Bayaran pendahuluan @ 10% = RM25,000
Margin pembiayaan @ 90% = RM225,000
(Jumlah pinjaman)
Kadar faedah = 7% setahun (Kadar tetap)
Tempoh pinjaman = 25 tahun
Ansuran bulanan = RM1,590


Berdasarkan pengiraan tadi, ansuran pinjaman perumahan anda ialah RM1,590 sebulan.

Untuk memastikan sama ada anda boleh membayar ansuran tersebut dengan selesa, nisbah hutang kepada pendapatan anda tidak boleh melebihi 40%.

Ini bermakna pendapatan bulanan anda mestilah sekurang-kurangnya ;
RM3,975 (iaitu RM1,590 ÷ 40%).

Sunday, November 11, 2012

Hidupkan Muharam dengan Sunnah

Islam adalah agama yang mudah, menyeru umatnya agar sentiasa berpegang teguh dengan dalil. Dalil dapat difahami dengan mudah bagi mereka yang percaya dengan rukun Islam dan Iman, bahawa wajib sebagai seorang Muslim itu berpegang dengan dalil dari Quran dan Sunnah yang sahih diikuti dengan ijmak dan juga qiyas.

Ia menjadi lebih baik dan yakin sekiranya amalan–amalan kita semua dibatasi dengan sumber kefahaman generasi salaf bermula dari sahabat, tabii dan tabi’ tabiin dalam memahami sumbersumber dalil yang utama iaitu Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Ini sesuai dengan hadis Nabi bermaksud : “Sebaik-baik manusia, adalah manusia di kurunku, kemudian kurun selepasnya, dan kemudian kurun selepasnya” (Lihat : Sahih Al-Bukhari hadis no: 3650 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat).

Ramai antara kita yang lupa dan leka, ketika ghairah ingin melakukan amal ibadat kerana keghairahan itu sesuatu yang positif dan baik bagi seorang bergelar Muslim, namun, dalam keghairahan itu, perasaan itu seharusnya dipandukan dengan apa telah ditinggalkan Rasul dan para sahabatnya.

Tidak hairanlah jika Nabi pernah bersabda: “Kamu sekalian masih dalam keadaan baik selagi mana dalam kalangan kamu terdapat seseorang yang pernah melihatku atau melihat sahabat aku” (Lihat Majma’ Zawaied, Ibn Hajar Al-Haytami, Bab Kelebihan Sahabat).

Friday, November 9, 2012

Snek / Cekedis / Jajan Zaman Kanak-kanak


Makanan ringan popular semasa zaman kanak-kanak kita kini disembunyi jauh ke dalam fikiran, terutamanya apabila kanak-kanak sekarang tidak lagi berebut-rebut untuk membeli kek lapis Apollo atau permainan Ding Dang. Kita biasa berlari ke sana ke mari di kantin sekolah untuk membeli paket Mi-Mi (masih dijual di pasaran), yang begitu kecil tetapi ia cukup untuk dikongsi bersama sekumpulan kawan-kawan. Anda masih lagi boleh mencari makanan ringan ini di kedai runcit kecil, mungkin yang berdekatan dengan rumah ibu bapa anda, dan ada yang boleh dibeli di pasar raya besar. Malah,  tidak menghairankan yang pasar malam tidak lagi menjual biskut aising kegemaran kita. Memang banyak telah berubah pada zaman sekarang. Demi usaha untuk rasa muda semula, mari kita melihat senarai makanan ringan kegemaran zaman kanak-kanak kita.

Ding Dang 

Dengan gambar kartun yang kelihatan seperti Doraemon dan coklat meliputi biskut terpampang pada bungkusan itu, apa lagi permintaan seorang kanak-kanak? Selepas membeli makanan ringan ini, kita semua hanya ingin membuka kotak nipis tersebut dan ketahui alat permainan percuma yang selalunya merupakan kejutan kepada kita. Alat permainan, walaupun murah, mampu membuat kita tersenyum sepanjang hari. Kadang-kadang permainan tersebut mempunyai ada satu pemutar kecil atas, helicopter plastik atau seuntai cincin plastik, yang tidak mempunyai kegunaan untuk kami. Pada ketika itu, ia bukannya suatu masalah kerana yang penting ialah, kita  bandingkan permainan tersebut dengan permainan yang kawan-kawan kita miliki.

Thursday, November 8, 2012

Masalah Bateri Kereta dan Perkaitannya

Mengenal pasti dan membaik pulih sesuatu masalah pada kenderaan adalah salah satu faktor yang akan menjamin kelancaran kenderaan dan keselamatan diri anda. Jadi. dalam entry kali ini anime4nz akan cuba kongsikan dari blog kengkawan dan senaraikan beberapa masalah atau punca punca kerosakkan yang sering berlaku pada sesebuah kenderaan agar dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda untuk menangani masalah yang timbul. Untuk entri kali ini akan dibincangkan masalah masalah yang berpunca dari bateri dan yang bersangkut paut dengannya.


  1. BATERI
Bateri jenis basah
   
                                                                    Bateri jenis kering

Tips Menjaga Bateri Laptop Tahan Lama

Blog kali ini anime4nz akan kongsi sedikit informasi tentang menjaga bateri caj.
Tahukah anda bateri laptop jika lama tidak digunakan atau terlalu lama disimpan boleh menyebabkan bateri itu lebih cepat rosak berbanding jika digunakan selalu. Kita selalu dengar penjual laptop ada memberitahu supaya caj bateri 8jam dan pakai bateri sampai habis baru boleh cas semula.
Ada jenis batery jika kita tak pakai habis, contohnya jika tinggal 10% dari kapasiti bateri, bateri hanya dapat pakai atau charging sampai 90% sahaja. Masalah ini biasanya dipanggil sebagai bateri Memory-Efects. Sebenarnya masalah bateri Memory-Effects hanya terjadi pada bateri yang mengunakan teknologi lama iaitu nickel cadmium bateri (NiCd) atau nickel metal Hydride (NiMH). Bateri NiCd atau NiMH ini jika bateri tersebut tidak digunakan sepenuhnya, ia akan mengurangkan kapasiti bateri tersebut untuk penyimpanan charge penuh untuk charging seterusnya.
Masalah ini disebabkan oleh pembentukkan crystals yang kecil didalam bateri yang tidak dicas sepenuhnya.Ini bermakna bateri Nicd yang dicaj apabila hanya tingal 10% dari keseluruhan kapasitinya hanya boleh membekalkan 540 mAh power dari kapasiti asal bateri iaitu 600 mAh.

Wednesday, November 7, 2012

Lambang Bendera Zionis Israel dalam PC dan Laptop komputer Anda

Pernah tengok gambar di atas tu tak ?

Kalau nak tahu itulah gambar lambang bendera Zionis Israel lengkap dengan lilin.

Jangan terkejut !! SEBAB gambar tu ada dalam setiap PC, laptop atau komputer yang sedang anda gunakan untuk membaca blog anime4nz ini.

Anime4nz pun ketahui melalui perkongsian facebook mengenai permasalahan bendera ini.


PERHATIAN!!!!
BERITA YANG AMAT2 PENTING UNTUK KITA SEMUA KETAHUI.....!!!!

Buka komputer/laptop anda
pada "Local Disk (c) , THEN "Program Files"

THEN
"Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN
"CAGCAT10"'
cari gambar no "J0285926" dan klik.
Anda akan jumpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS, ISRAEL. Lengkap (sama dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah
mereka).
 
DELETE pic itu!!

Utk pengetahuan anda ,
gambar tersebut ada di seluruh PC dan LAPTOP.
Sebarkan kepada semua saudara islam!! CARI sampai
JUMPA!!
 
 
Cuba juga langkah carian mudah ini........
 
1. Click button START > SEARCH
2. Click ALL FILES and FOLDERS
3. Taip Perkataan ini - "J0285926"
4. Tunggu sehingga fail itu diketemui atau dijumpai
5. Dah Jumpa? Silalah tengok......( Serupa tak?)
6. Tekan key DELETE and YES, OK ! ! !
 
 
Anime4nz : Jika generasi baru menggunakan tanpa kita membendungnya, siapa mampu menyekatnya ? ? ?

Petua Makanan Tahan Lama

Cara tahan lama makanan di dalam peti sejuk

PETI sejuk yang berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan, sayur-sayuran serta barangan basah seperti ikan dan ayam biasanya akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Malah ada sesetengah makanan cepat basi dan rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Ini berpunca daripada bakteria yang membiak disebabkan peti sejuk yang tidak bersih. Bagi memastikan makanan tahan lama dan selamat dimakan terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti:





  • Pastikan peti sejuk berada pada suhu yang betul iaitu di antara 0 hingga empat darjah Celsius.
  • Bahagian sejuk beku pula memerlukan suhu 18 darjah Celsius atau lebih rendah.
  • Pastikan pintu peti sejuk sentiasa ditutup dan hanya dibuka apabila perlu.
  • Jangan isi peti sejuk terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika terlalu penuh, peti sejuk tidak akan dingin secara optimum.
    Secara ideal isi sebanyak 85 peratus manakala 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
  • Jika ingin menyimpan makanan yang sudah dimasak, pastikan ia sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Elak menggunakan bahan pencuci untuk membersihkan bahagian dalam peti sejuk. Sebaliknya guna air suam yang dicampur perahan jus lemon atau cuka putih.
  • Bersihkan peti sejuk sekali sebulan. Tekan butang untuk mencairkan ais di dalam ruang dingin beku. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau.

    Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas serta keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti sejuk secara berkala. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.
  • Tuesday, November 6, 2012

    Tiket Percuma Google Adwords RM200 untuk Peniaga

    Assalamualaikum dan Salam Selamat Semua Pembaca Anime4nz.

     

    Cari pelanggan yang cuba mencari anda dalam Google


    Google AdWords memudahkan perniagaan kecil untuk dicari oleh para pelanggan mereka tanpa perbelanjaan perniagaan yang besar.
    Anda memilih kata kunci dan lokasi yang relevan dengan perniagaan anda. Dengan cari ini, perniagaan anda hanya kelihatan kepada pelanggan yang memang mencari di Google apa yang ditawarkan oleh perniagaan anda.
    Anda juga menetapkan bajet anda dan hanya bayar apabila seseorang klik iklan anda. Anda mempunyai kawalan sepenuhnya.
    Beriklan dengan Google Adwords sekarang dan tukar RM50 anda kepada RM200.*
    Telefon 1 800 815 016 /*015 semasa waktu bekerja untuk bercakap dengan pakar AdWords untuk setup percubaan kredit promosi AdWords anda.

    Sunday, November 4, 2012

    Nama Anda dalam Bahasa JEPUN

    Cuba tukar nama anda dalam bahasa JEPUN:
    Tukar Nama Jepun

    A = ka,           N = to,
    B = tu,            O = mo,
    C = mi,           P = no,
    D = te,           Q = ke,
    E = ku,           R = shi,
    F = lu,           
    S = ari,
    G = ji,            T = chi,
    H = ri,            U = do,
    I  = ki,            V = ru,
    J  = zu,           W = mei,
    K = me,          X = na,
    L  = ta,           Y = fu,
    M = rin,          Z = zi




    Anime4nz : Lepas tu tulis nama korang kt komen di bawah ya... :)

    Lokasi penuh AES di negeri seluruh Malaysia

    Geng Pembaca anime4nz sekalian,


    Ini senarai lokasi aka jalan2 yang dipasang dengan sistem AES. Benda nih mudah jejak beb. Kalau dah tahu benda nih dipasang kat jalan mana sekian2 so bila lalu je jalan tue pepandai la slowkan kenderaan ko meskipun papan peringatan takde.

    Aku tatau korang tahu ke tidak tetapi kan ;


    Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

    Ini bukan jawapan cikai2. Ini jawapan dari timbalan menteri. Dan ;


    “Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,”

    Katanya saman AES belum dikeluarkan. Tapi jangan nak senyum2 sangatlah. Surat saman akan sampai kat rumah korang sebab dalam masa kurang sebulan je 63+++ kesalahan dirakamkan. Nampak sangat ramai yang suka langgar peraturan jalanraya.

    Satu benda yang korang kena hafal. Kalau takde papan peringatan pun takde hal. Lokasi dalam otak lue ma. Kalau lue tak reti hafal pun takde hal. Lue buka je blog gua ma. Gua tatau la lue cerdik ke tidak. Kalau lue sungguh cerdik mesti kat tempat2 yang ada AES lue akan buat2 ikut peraturan sebab nak selamatkan duit lue dari dimakan oleh kamera lip lap tanpa sedar. 

    Saturday, November 3, 2012

    Tips untuk Elakkan Menjadi Mangsa 'Smash & Grab' di Kereta Anda

    Kebanyakan kes telah dilihat dilaporkan dalam media dan rangkaian sosial pada hari ini mengenai aktiviti 'Smash and Grab' 'pecah dan ragut' 'cermin dipecahkan - barang dihilangkan' 'kes samun' 'kes culik' di bandar mahupun semua orang di pinggir dan hidup dalam ketakutan. Walau bagaimanapun, selepas melalui berbagai laluan berliku - kita di anime4nz sedar bahawa banyak insiden boleh dielakkan jika beberapa langkah berjaga-jaga telah diambil oleh mangsa.

    Pertama sekali, kita akan melengkapkan anda dengan frasa yang anda perlu ada di atas kepala anda pada setiap masa pada masa-masa yang berbahaya:


    1. Masa depan anda berfikir, "Aiyah, malas lah untuk menyembunyikan beg tangan saya .. ia hanya 5 minit jauhnya" - berfikir !!! jika anda akan menjadi OK dengan kehilangan telefon bimbit anda dompet anda, kad kredit anda, semua wang anda, tetingkap kereta pecah, dan kerosakan lain hanya kerana anda terlalu malas untuk menyembunyikan beg anda dengan betul. ~ Anda malas, Anda kehilangan ~. Jika anda tidak sanggup untuk kehilangan barang, ambil langkah-langkah tambahan 5 minit untuk memastikan segala-galanya di dalam semakan.

    Cuba meletakkan tali pinggang keledar anda (pemandu) melalui beg tangan anda mengendalikan supaya beg anda terletak di bawah lengan anda. Ini akan membuat ia lebih sukar untuk perompak untuk melarikan sesuatu dengan lebih cepat.


    Pada hari ini, kita telah pun memilih untuk kadang-kadang menjaga beg tangan dalam but bersama-sama dengan beg komputer riba hanya sebagai langkah berjaga-jaga tambahan. Hanya pastikan untuk mempunyai telefon dan dompet dengan anda di dalam kereta, dan menjaga mereka dengan baik tersembunyi.

    Friday, November 2, 2012

    AVAIL - Rakan Niaga Diperlukan

    ♥Rakan Niaga Avail Diperlukan.. Hanya bermodalkan RM160, anda layak menjadi agen AVAIL yg sah... Rebut peluang ni.. Jangan pandang2, tengok2 je.. Cuba langkah pertama anda, sesungguhnya pasti anda takkan menyesal...♥♥♥


    Anda berminat ? 

    Sila hubungi / sms kami di 019-9823405 (Naim - Keluarga Avail) atau email keluargaavail@gmail.com


    Peluang Perniagaan Avail

    Adakah anda ingin lebih banyak masa untuk hal-hal yang paling penting bagi anda dalam hidup ?
    Pernahkah Anda bertanya kepada diri anda sendiri, apa perasaannya menjana pendapatan dengan membantu orang lain dan pada masa yang sama Anda berusaha mencapai kebebasan kewangan dan impian Anda ?

    Tuesday, October 30, 2012

    Petua Memilih Tayar Kereta Yang Sesuai

    Assalamualaikum....

    Tentu ada diantara kita bercadang ataupun memang nak menukar tayar kereta ada baiknya Sahabat anime4nz semua membaca artikal tentang tayar ni. Nak beli tayar nie pun, Bukannya boleh beli sebarangan. Kena faham beberapa perkara. Barulah tak kena tipu.
    Harga Tayar Kereta
    Perkara pertama yang perlu anda diketahui. Pemilihan saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Kalau macam kereta di blog anastasyea, Myvi 1.3, dan menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz sport rim 14 inci. Ini kerana jika menggunakan lebih daripada itu misalnya sport rim saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan cepat habis. (memang pun terasa coz anime4nz gunakan myvi 1.3 - R15)

    Selepas memperolehi saiz tayar yang sesuai, cuba perhatikan pula di bahagian tepi permukaan tayar. Di situ anda akan nampak satu rangkaian nombor dicetak dipermukaan tepi tayar seperti contoh dibawah.


    185/60 R14 82H


    Kurangkan Penggunaan Botol Plastik


    Botol plastik terbahagi kepada dua jenis, iaitu 
    1. Botol plastik yang boleh digunakan semula (jenis polikarbonat) ; dan 
    2. Botol air mineral biasa (jenis polyethylene terephalate,PET)

    Secara umumnya, air yang terdapat dalam botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang telah dimasak. Ini kerana kandungan air dalam botol tidak dicemari oleh persekitaran selagi penutup botol tersebut belum dibuka. Air juga mudah dibawa dalam botol plastik kerana ia ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih.

    Air dalam botol yng terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral, air cosmosis berbalik (RO), air suling, jus dan minuman berkarbonat. Walaupun botol ini mempunyai kelebihannya, namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan. 

    Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar adalah:

    1.      Peningkatan jumlah sampah

    Kebanyakan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya botol yang mempunyai label nombor 1 tertera di bawah botol tersebut. Dalam pada itu, setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari iaitu 4 botol (500ml) air. Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh botol plastik yang terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air dalam botol plastik. Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara kita ini masih rendah (hanya dalam lingkungan 3%) dan botol plastik pula tidak dapat dibiodegrasikan.

    Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

    TAHUN lalu, Hairuddin Omar kecundang di tangan Norshahrul Idlan Talaha bagi kategori Penyerang Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011.

    Setahun berlalu, nama penyerang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kembali tercalon pada anugerah kali ini.

    Kembali ‘berentap’ dengan Norshahrul dalam kategori Pemain Paling Bernilai, Hairuddin yang mesra dengan panggilan Hai-O juga bakal dicabar kapten Kelantan, Mohd. Badri Radzi dalam kategori itu.

    Atas kertas, kredibiliti Norshahrul yang juga penyandang gelaran kategori tersebut pastinya tidak memberikan laluan mudah buat Hai-O menggondol anugerah itu kali ini.

    Begitupun, Hai-O enggan menaruh harapan terlalu tinggi memandangkan dia sudah cukup berbesar hati dicalonkan pada anugerah berprestij seperti itu.

    “Sudah tercalon pun saya sudah berbesar hati. Jika saya menang, ia satu bonus buat saya dan pastinya menyuntik moral saya ketika mengharungi musim depan,” katanya.

    Hai-O yang cukup sinonim dengan pentas final Piala Malaysia buat empat musim berturut-turut sejak 2009 memberitahu, dia percaya ATM mampu mengulangi pencapaian cemerlang pada musim depan.

    Sunday, October 28, 2012

    Nasi Dagang & Keropok Lekor - Makanan Tradisional Terengganu tembusi pasaran London

    Makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor akan diperkenalkan di London melalui pembukaan restoran T-Kafe tidak lama lagi.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata, sebelum ini makanan Terengganu itu sudah diperkenalkan di Perth, Australia, apabila restoran T-Kafe dibuka di sana bulan lepas.

    "Sambutan terhadap makanan tersebut di Australia sangat menggalakan dan kita hendak makanan Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor juga sampai ke London," katanya di sini hari ini.

    Mohamed berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan meninjau dan melihat kesesuaian membuka T-Kafe di pinggir kota London.

    Beliau berkata, kerajaan negeri disertai wakil pelbagai agensi dan jabatan akan berada di sana menghadiri persidangan dan seminar antarabangsa koperasi di Manchester pada 31 Oktober ini.

    "Semasa menghadiri seminar itu, kita akan mengambil peluang meninjau dan melihat tempat sesuai untuk perkenalkan masakan Terengganu itu," katanya.

    Mohamed berkata, beliau yakin masakan Terengganu akan mendapat sambutan memandangkan ramai orang Malaysia berada di kawasan berkenaan.

    Beliau berkata, YPU mungkin akan mencari seorang rakyat Malaysia yang menetap di Manchester untuk membuka T-Kafe dan menjual nasi dagang di samping makanan barat.

    Mengulas mengenai jualan nasi dagang di Perth, beliau berkata, sambutan sangat menggalakkan dan mendapat maklumat bahawa ramai orang di sana sukakan nasi dagang dan keropok lekor, dan berharap di London pun begitu juga" katanya. -

    Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

    anime4nz : Terengganu Sohor seantara  Dunia - Jom rasai makanan Terengganu

    Wednesday, October 24, 2012

    Tips Berkomunikasi dengan anak remaja

    BAGAIMANA agaknya komunikasi secara efektif antara ibu bapa dan anak? 

    Kaedah komunikasi ini ternyata boleh membantu namun apa yang penting, ia perlu difahami dan dipraktikkan secara konsisten.

    Kebiasaannya budaya berkomunikasi di rumah mungkin hanya membabitkan arahan daripada ibu bapa sedangkan si anak hanya mendengar tanpa diberi peluang meluahkan pandangan sendiri.

    Lama-kelamaan, tidak mustahil ia hanya meningkatkan jurang perhubungan antara ibu bapa dan anak di rumah. Apapun belum terlambat kerana ia boleh dibendung sejak awal lagi.

    Menurut Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Prince Court, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, kebanyakan ibu bapa berasa mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang bagus dengan anak, tetapi ternyata kesibukan kerjaya adakalanya membuatkan komunikasi kian berkurangan.

    Komunikasi bukan saja mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh anak kerana jika itu yang berlaku, ia boleh dianggap membesarkan anak secara ‘diktator’.

    Cara Lindungi Cahaya Mata

    KESELAMATAN anak-anak kecil perlu diutamakan di mana saja mereka berada terutama di rumah sendiri. Ini kerana pada kebanyakan masa, mereka menghabiskan seharian suntuk di rumah termasuk menyelongkar setiap ceruk kediaman.

    Fakta menunjukkan kecederaan kanak-kanak di rumah adalah antara punca utama kematian kanak-kanak. Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Rumah di Amerika Syarikat, hampir 21 juta lawatan berjumpa doktor dan 20,000 kematian setiap tahun berpunca daripada kemalangan di rumah.

    Antara kemalangan yang direkodkan bukan saja di luar negara malah sering dilaporkan di negara ini ialah kecederaan akibat digigit binatang peliharaan, mati akibat tercekik makanan atau objek asing serta hilang selepas keluar bersendirian apabila pintu dibiarkan terbuka.

    Sepanjang proses membesar, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka sangat aktif dan gemar mengusik segala benda yang ada termasuk alatan yang mungkin berbahaya kepada mereka.

    Kanak-kanak sebenarnya cenderung untuk mendapat kemalangan kerana mereka tidak faham dengan bahaya yang menanti akibat tindak-tanduk mereka. Apa yang mereka tahu hanyalah mahu bermain dan berseronok dengan pelbagai barang yang ada di depan mata.

    Tuesday, October 23, 2012

    Panduan Tukar Tayar Kereta

    HUJUNG minggu ini, warga kota mula pulang ke kampung sempena Aidiladha.

    Jika kenderaan belum diservis, lakukan segera bagi mengelak kesesakan di bengkel kenderaan.

    Bagaimanapun, bukan bermakna kenderaan yang sudah diservis tidak akan rosak atau meragam.

    Justeru, pemilik perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan terutama bagi perjalanan jauh.

    Selain menyediakan peralatan membaiki, pemilik perlu menyediakan air, kain buruk, alat amaran pembalik cahaya, peralatan pertolongan cemas serta alat kelengkapan menukar tayar.

    Kebanyakan pemilik kenderaan terutama wanita mungkin jarang atau tidak pernah langsung menukar tayar kenderaan. Bayangkan bagaimana jika terpaksa melakukannya apabila tayar kenderaan bocor.

    Ruangan anime4nz kali ini, menyediakan sedikit panduan menukar tayar bocor dan anda tidak perlu panik sebaliknya hentikan kenderaan di bahu jalan supaya tidak menghalang lalu lintas.

    Monday, October 22, 2012

    10 Cara Menerapkan Nilai Aqidah Pada Anak

    Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mengajar anak-anak yang masih bayi pelbagai kemahiran sejak dari awal kelahiran. Kemahiran cepat membaca, mengeja, mengira, menghafaz. Juga pelbagai cara lagi untuk menstimulasi otak bayi dengan berbagai-bagai jenis permainan dan alat bantu mengajar.

    Kesedaran kepentingan pendidikan awal di kalangan ibu bapa sejak anak-anak masih bayi telah menjadi fenomena baru. Namun, bagaimana pula tentang penerapan nilai akidah kepada anak kecil itu? Adakah ibu bapa hanya mementingkan anak mereka dipupuk nilai dan kemahiran dunia yang pelbagai tapi meninggalkan perkara pokok dan asas kehidupan sebagai seorang muslim??

    Penerapan nilai akidah boleh dilakukan sejak bayi masih kecil, malah semenjak bayi lahir.
    Bagaimana cara untuk melakukannya?

    Di sini anime4nz kongsikan 10 cara yang boleh diamalkan bersama:

    Manusia Supersonik - Felix Baumgartner

    PADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat minit, menyaksikan satu bintik putih di angkasa gelap bergerak ke bawah dengan kelajuan mencecah 1,342 km/j dari ketinggian 39,000 meter atau 128,000 kaki.

    Bintik putih itu sebenarnya adalah Felix Baumgartner, juruterbang helikopter yang menjalankan misi penerjunan paling tinggi dan paling laju dalam sejarah dunia.

    Dalam proses penerjunan mengerikan itu, Baumgartner juga berjaya memecahkan kelajuan bunyi menggunakan badannya sendiri.

    Dunia melihat dengan penuh debaran bagaimana lelaki warga Austria berumur 43 tahun itu melompat keluar dari kapsulnya selepas memberi tabik kepada planet bumi di bawahnya.

    Perjalanan naik ke angkasa ketika misi itu mengambil masa dua setengah jam, lebih cepat daripada jangkaan awal.

    Kapsul itu membawa Baumgartner ke pinggir angkasa selepas beberapa hari tertunda akibat cuaca buruk.

    Kurang lima minit selepas terjunan itu, penonton di seluruh dunia yang menyaksikan penerjunan itu secara langsung menarik nafas lega apabila payung terjun Baumgartner akhirnya terbuka pada ketinggian 5,000 kaki (1,524 meter).

    Risiko Sambung Bayar Ansuran Sewa Beli Kenderaan

    Menolong orang dalam kesusahan sememangnya perbuatan yang sangat mulia, apatah lagi jika melibatkan soal kewangan.

    Namun pertolongan yang dihulurkan bukanlah bermaksud membeli atau menempah risiko. Ia hanyalah sekadar pertolongan menyambung bayar kenderaan kenalan kerana niat ingin membantu dan sekaligus mendapat kenderaan dengan mudah tanpa melalui urusan dengan pihak berkuasa dan institusi kewangan.

    Sebenarnya urus niaga seperti ini hendaklah dielakkan. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membantu. Untuk pengetahuan, urus niaga menyambung bayar kenderaan tanpa penukaran hak milik banyak mengundang masalah, terutamanya dari segi penipuan, kemalangan, tuan kenderaan asal meninggal dunia dan juga kecurian.

    Walau apapun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya kenderaan asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut dan boleh menuntut pada bila-bila masa. Semestinya hak penyambung bayar kenderaan akan terlucut dengan serta-merta.

    Pelumba Negara gegar litar sepang, Malaysia (Zulfahmi Khairuddin & Hafizh Shahrin)

    SEPANG, (D5) - Dua penunggang negara melakar sejarah tersendiri dalam sukan permotoran negara yang menyaksikan Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan Moto3 ditempat kedua sementara Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Moto2 ditempat keempat di Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hari ini.

    Zulfahmi daripada pasukan AirAsia-SIC-Ajo meraih petak depan terus konsisten menampilkan tunggangan kemas dengan catatan 40 minit 54.115 saat.

    Dia menyerah kedudukan di hadapan kepada Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo pada saat-saat akhir yang menyaksikan penunggang Jerman, Jonas Folger of Mapfre Aspar ditempat ketiga.
    "Ia merupakan strategi pasukan kami untuk tidak mendahului perlumbaan sejak dari mula. Saya hanya mengekori Jonas (Folger) sehingga separuh perlumbaan. Apabila hujan mula turun, saya katakan kepada diri sendiri ini, ini detik saya untuk melakukannya dan merampas tempat sendiri.

    "Ia merupakan cabaran sengit daripada Sandro pada beberapa pusingan terakhir. Ini perlumbaan yang hebat dan saya tidak percaya saya berjaya menaiki podium (untuk kali pertama)," katanya.

    Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Philip Island, Australia minggu depan.

    Sunday, October 21, 2012

    sepak BOLA API

    BIAR betapa hebat sekali pun bintang bola sepak dunia seperti Lionel Messi dan Ronaldo, mereka belum tentu mampu menyentuh bola berapi yang menjadi permainan tradisi pelajar sekolah pondok di Indonesia.

    Ia kedengaran seperti satu lagi versi filem Shoalin Soccer tetapi permainan yang popular di sekitar Yogjakarta, Bogor, Tasikmalaya dan Papua itu menjadikan buah kelapa yang telah diubahsuai sebagai bola.

    Mereka menendang dan menimang bola yang sedang terbakar dengan berkaki ayam.

    Permainan lima sebelah atau lebih itu dikaitkan dengan ilmu persilatan dan dimainkan di atas tanah lapang berukuran 25x25 meter. Ia dipanggil sepak bola api oleh penduduk tempatan.

    Sepak bola api menggunakan bola khas yang diperbuat daripada buah kelapa. Buah kelapa yang paling baik ialah yang sudah tua dan kering. Sebahagian kulit kelapa itu akan dihiris dengan pisau sehingga menjadi bentuk bulat seperti bola.

    Perbezaan Sembelihan AQIQAH dan KORBAN

    Terdapat perbezaan dan persamaan antara sembelihan korban dan aqiqah.

    Persamaan adalah dari segi syarat2 tertentu kepada haiwan sembelihan seperti umur haiwan tersebut, pecahan bahagian, bentuk2 kecacatan yang tidak dibenarkan.
    Pemberian daging tujuan penyembelihan juga adalah sama iaitu untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

    Anime4nz : Dari sudut perbezaan

    1- Masa
    Korban dilakukan setelah selesai solat hari raya aidil adha sehingga akhir hari tasyriq iaitu raya ketiga.
    Aqiqah dilakukan ketika menyambut kelahiran anak. ia dilakukan selepas kelahiran bayi.

    2-Jantina
    Bagi ibadah korban, sama ada lelaki atau perempuan ia hanya disunatkan satu bahagian sahaja, jika lebih adalah lebih baik.
    Manakala bagi ibadah aqiqah pula kanak lelaki disunnatkan 2 bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian sahaja. jika tidak berkemampuan tiada masalah jika menyembelih satu bahagian sahaja bagi anak lelaki.

    3-Daging
    Daging korban sunat disedekahkan dengan cara memberi daging yang tidak dimasak kepada fakir miskin atau yang memerlukannya.
    Daging aqiqah disunatkan dimasak terlebih dahulu sebelum diberi kepada orang ramai.

    4-Tulang.
    Dalam ibadah aqiqah sebaik2nye tulang dipotong berdasarkan sendi-sendi haiwan tersebut terlebih dahulu sebelum dipotong kecil. Menurut pandangan Ulama' ia bertujuan untuk mengelakkan tulang2 anak2 tersebut mudah patah.

    Saturday, October 20, 2012

    Cara Kenali Perniagaan Gunakan PELARIS

    • Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

      Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

      Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

      1) Al-Fatihah.

      2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

      Ia berdasarkan hadith :

      قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

      Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

      anime4nz : Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain, Janganlah melariskan dengan cara yang keji & Ketahuilah rezeki Allah yang menentukan.

    Thursday, October 18, 2012

    Status Halal : Jangan Kira Halal Begitu Sahaja

    SEBAGAI sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, adat dan agama, Malaysia tidak pernah membataskan hak untuk rakyatnya menjalankan apa jua jenis perniagaan.

    Pun begitu, kebebasan ekonomi yang diberikan kerajaan tidak bermakna si peniaga boleh sewenang-wenangnya tidak menghormati sensitiviti para pelanggan terutamanya masyarakat Islam yang menjadi majoriti penduduk di negara ini.

    Pastinya bagi semua pihak yang terlibat dalam aktiviti ekonomi, terutamanya mereka yang terlibat dalam industri makanan, sedar dan mengetahui bahawa umat Islam terikat dan berpandu kepada soal halal dan haram produk yang dibeli.

    Halal dan haram dalam Islam secara ringkas meruju kepada perkara yang dibolehkan dan dilarang di mana bagi seorang muslim, ia membabitkan soal keimanan serta kepercayaan mereka.

    APA KENA MENGENANYA DENGAN PENGANUT AGAMA LAIN?
    Kata kuncinya di sini ialah ekonomi dan masyarakat majmuk.

    Fenomena Seni Takluk Dunia - 2013

    GELOMBANG fenomena artis luar negara lebih terasa kerana bukan sekadar menempa nama dalam bidang nyanyian di negara sendiri, malah menggegarkan industri muzik di seluruh dunia.

    Apa sahaja yang dipakai, dilakukan dan dibicarakan pasti ingin diketahui peminat dan tidak kurang juga yang meniru gaya yang ditampilkan mereka.

    Para figura berikut iaitu Lady Gaga, Justin Bieber, Psy dan artis-artis K-Pop kini sedang menjadi fenomena global, tidak terkecuali di Malaysia.

    Lady Gaga
    Stefani Joanne Angelina Germanotta atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Lady Gaga menemui kejayaannya yang tersendiri apabila dia dikenali menerusi penampilan dan cita rasa fesyen yang unik serta bersifat provokatif.

    Antara busana pelik yang pernah disarungkan Gaga merupakan baju yang diperbuat daripada daging. Dia juga selesa menyarung kasut tumit tinggi berukuran 10 inci (25 sentimeter).

    Sejak awal pembabitannya dalam industri seni, nama Gaga terus melonjak dan dikenali di seluruh dunia menerusi lagu hit, Born This Way.

    Dalam kebanyakan klip video serta kemunculannya menerusi album, Gaga menampilkan idea pelik serta menggelarkan dirinya sebagai anak raksasa.

    Wednesday, October 17, 2012

    Jom Melancong Ke Dalam Tubuh Manusia

    Ada Berani ? Melancong ke dalam tubuh manusia... TAKUTNYA ! ! !

    Melihat replika anatomi tubuh manusia di muzium sudah biasa. Tapi, Museum Corpus di Oegestgeest, Belanda mengajak pengunjungnya untuk mengelilingi di dalam tubuh manusia.

    Bagaimana boleh? Museum yang ada sejak tahun 2008 ini punya susunan unik untuk menarik perhatian pengunjung sebagai muzium interaktif biologi manusia. Pelawat tidak hanya berjalan dan melihat display yang tertata rapi di meja atau terpanjang di etalase. Namun, di Muzium Corpus anda akan diajak melakukan sebuah perjalanan melalui tubuh manusia dan melihat semua aktiviti yang berlaku di dalamnya.

    Tips Melancong Dengan Tenang

    Menghabiskan masa dengan melancong memang mudah sekiranya anda mempunyai wang yang mencukupi.

    Namun jangan menganggapnya sebagai sesuatu yang mudah walaupun anda sudah menempah ejen pelancongan dalam atau luar negara.

    Cuba ikuti langkah berkenaan bagi membolehkan pembaca anime4nz melancong dengan tenang dan tidak menghadapi masalah di negara orang.

    1. RANCANG PERCUTIAN
    Rancang destinasi yang ingin dilawati sama ada berbincang dengan keluarga atau teman sebelum memutuskan sendirian.
    Adakalanya tempat yang pembaca anime4nz ingin lawati belum tentu dipersetujui mereka.

    2. TEMPAH TIKET
    Teknologi kini semakin canggih membolehkan pembaca anime4nz memerhatikan harga tiket kapal terbang, secara atas talian.
    Lebih murah harganya jika anda membeli tiket penerbangan enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan.

    Tuesday, October 16, 2012

    Penjagaan Brek Kereta

    Segelincir pemilik kereta tidak mengendahkan fungsi brek kecuali menyedari kenderaan mereka sukar diberhentikan secara mengejut.

    Kalau berlaku begitu, apakah yang harus dilakukan terutama dalam keadaan panik ?

    Bagi mereka yang berpengalaman, transmisi sebagai pengganti dengan menukar gear rendah apabila hendak berhenti selepas menyedari breknya tidak mengcengkam.

    Bagaimanapun, penggunaan gear bagi menggantikan brek ketika gagal berfungsi hanya boleh digunakan dalam keadaan kecemasan sahaja.

    Oleh itu, bagi mengelakkan masalah berkenaan berlaku, pembaca anime4nz dinasihatkan supaya brek diperiksa secara kerap.

    Jika diteliti, fungsi brek adalah paling penting di samping penjagaan terhadap enjin kenderaan.

    Bagaimanapun, ada pemilik kenderaan tidak mengambil berat masalah brek, sama seperti mereka menunggu tayar haus sebelum ditukar baru.

    Monday, October 15, 2012

    10 Negara Paling Bijak

    Satu senarai menarik dikeluarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) tahun 2012, menunjukkan kedudukan negara paling pandai di dunia.

    Senarai itu sebenarnya mengukur peratusan penduduk di negara OECD yang menyambung pelajaran sama ada pada tahap sijil, ijazah dan seterusnya.

    Kadar graduasi di kolej dan universiti dilaporkan meningkat 200 peratus dalam 50 tahun.

    Negara mana agaknya mempunyai peratusan penduduk paling ramai dengan pendidikan universiti ?

    1. KANADA
    50% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
    Di negara Amerika Utara ini, 50 peratus penduduknya tamat pendidikan tertiari, iaitu kadar tertinggi di dunia. Setiap tahun belanjawan berada pada 2.5 peratus daripada KDNK negara itu. Belanjawan untuk pendidikan tertiari pula meliputi 41 peratus daripada jumlah perbelanjaan pendidikan itu.

    2. ISRAEL
    45% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
    Di Israel, peratusan penduduk dengan pendidikan pasca sekolah menengah semakin menurun. Pada 2006, 46% orang dewasa berumur antara 25 dan 64 tahun mempunyai pendidikan universiti. Pada 2007, jumlah ini menurun kepada 44%. Selain itu, hanya 78% belanjawan pendidikan disediakan kerajaan Israel.

    3. JEPUN
    44% peratus penduduk menyambung pelajaran selepas sekolah menengah.
    Di Jepun, 44% penduduk mempunyai pendidikan tinggi dan 95% rakyat jepun tamat pendidikan sekolah menengah. Namun, populasinya hanya meningkat 0.46% antara 2000-2009. Jepun mempunyai kadar graduasi ketiga tertinggi di dunia, tetapi hanya membelanjakan 1.5% daripada KDNK untuk pendidikan.

    Sunday, October 14, 2012

    Tarik Minat Sertai ASKAR WATANIAH

    BESUT - Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan usaha menyeluruh demi menentukan pemeliharaan kedaulatan, benteng pertahanan dan keutuhan negara memang tidak boleh dinafikan lagi.

    Begitu juga peranan Askar Wataniah (AW) yang turut membantu anggota tentera mempertahankan keselamatan negara, selain membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa awam menghadapi bencana alam dan kecemasan awam yang memerlukan.

    Namun, hari ini, penyertaan masyarakat dalam pasukan sukarela Askar Wataniah (AW) di negeri ini masih tidak mencapai sasaran yang dikehendaki pasukan.


    Saturday, October 13, 2012

    Bukalah Mata Hati Mu Nak !

    Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun

    Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.

    Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.


    Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

    Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

    Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

    Bola Mata Gergasi Ditemui

    Bola Mata Gergasi telah ditemui  di Pantai Pompano, Florida, AS

    PANTAI POMPANO, Florida - Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sana.

    Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.

    Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.

    Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

    Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan. - Agensi
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah

    Lazada : Kedai Online Top

    Popular Posts

    Harimau Malaya

    harimau malaya 728x90 Banner

    Lazada : Kedai Online

    Lazada Malaysia

    Wordlinx - Klik Bayaran Anda

    WordLinx - Get Paid To Click

    'Traffic' Percuma

    The Best Traffic Exchange

    Denaihati - Hidup Untuk Memberi

     Banner

    EmailCash - Terima Duit Dengan Email

    http://www.emailcashpro.com

    Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

    Best of The Best Blog

    leaderboard2 denaihati Banner

    Lazada : Kedai Online

    Lazada Malaysia

    Penaja Bersama