MUTAKHIR ini, rata-rata khalayak sastera di negara ini bercakap soal ‘Bulan Bahasa’. Ia sudah menjadi acara tahunan yang diselenggarakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan diperturunkan ke peringkat negeri-negeri.
Tujuan utama kempen berkenaan antara lain ialah menjana penggunaan bahasa yang betul, terutama dalam sektor-sektor yang membabitkan orang ramai. Bahasa adalah jiwa bangsa. Keindahan dan ketajaman bahasa melambangkan ketinggian adab dan susila sesuatu bangsa. Manakala dalam arus globalisasi dan era ledakan teklonogi maklumat ini, soal precise and concise (tepat dan padat) adalah ciri utama yang ditekankan dalam komunikasi. Biar ringkas, tetapi jelas.
Mercu Tanda Baru Di Kuala Terengganu - Pintu Gerbang
Dalam Islam, soal penggunaan bahasa yang sesuai pada masa yang sesuai di tempat yang sesuai dan kepada orang yang sesuai juga turut ditekankan. Al-Quran meminta kita berbahasa secara hikmah (bijaksana) semasa berdakwah. Al-Quran juga meminta kita berhujah atau berdebat dengan cara yang baik. Berbeza pula dengan golongan kafir yang disifatkan Allah sama sahaja sama ada kita beri peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman. Al-Quran dalam bahasa yang agak keras menyifatkan mereka itu sebagai as-Sufaha’ (orang bodoh).