klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, November 26, 2011

Jubin

Salam blogger's...

Malam malam cam gini terlintas cari jubin... eh pasal tak berapa banyak maklumat? Mesti ada kawan-kawan yang bertanya dan search telnet / google dalam nih. Tidak perlu lagi kita terpinga-pinga dengan semua tu... Nie hah .. saya dah jumpa... jom anime4nz share kan sikit info jubin / mozek / tiles / keramik / seramik
Jadi tanpa membuang masa, eloklah saya terangkan sedikit demi sedikit di sini utk sama2 kita mengetahui tentang apa itu jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh]
Jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk...
Ada segiempat sama, segiempat tepat, bulat, hexagon, dan pelbagai lagi ikut rekaan.
ermm... Jubin ade beberapa jenis... Antaranya :

Jenis Jubin

1. Seramik...
Macam mana nk kenal? ermm biasanya base body berwarna putih atau coklat, kalau seramik dr indon lebih pekat warna coklatnya, bergantung dr mana asal tanah liat utk dijadikan seramik itu d perolehi, jubin seramik dibakar dlm relau mengikut suhu tertentu utk membentuk seramik dan dikemaskan dengan corak2 menggunakan beberapa kaedah antara yg popular ialah 'silk screen' dan jika digunakan di dinding, seramik akan lebih berkilat dan licin [utk mudah di bersihkan] jika di lantai ianya dipanggil permukaan 'matt' errr dlm bahasa melayu tak pasti....biasa digunakan di dapur dan tandas kebanyakkan rumah di malaysia.


2. Homogeneous... 
Masih menggunakan base yg sama cuma warnanya berbeza mengikut rekabentuk, dan pembakarannya lebih tinggi dan lama, kalau ketuk kepala guna seramik bole senyum lagi, tapi kalau guna homogeneous bole benjol dan sedikit mungkin bole pengsan kalau kena cara ketuk hehehehehe....ade permukaan yg licin dan kasar, yang bagusnya jika homogeneous terpecah ia masih terdapat warna yg sama, kerana keseluruhan tiles homogeneous ini [dari atas hingga bawah] dari bahan dan kemasan yg sama, nak mudah kenal kebiasaanyer ia berbintik di permukaan hingga ke bawah, ade juga yang tak berbintik okeh, errr ade pelbagai homogeneous kalau nak explain sampai esok tak habis so citer basic jer yerk...

3. Porcelain....
Kalau ketuk kepala guna homogeneous bole benjol, pocelain pasti pengsan atau berlaku gegaran otak, atau kemungkinan bole koma, ia melalui proses pembakaran lebih lama dari seramik dan homogeneous, kebiasaannya terdapat dalam size lebih besar seperti 2'x2', 800mmx800mm, 1'x2' dan ikut suka. ade yang licin dan 'matt' boleh digunakan di pelbagai tempat, kalau kat rumah tu dari luar sampai dalam, bergantung pada jenis kemasan.




4. Jubin marmar... atau org biasa ckp marble...
Marble ade memacam lagik... ade broken marble, terazo yg asalnya dr marble, dan lelain... marble or marmar ni dari sumber semulajadi...Warna dan corak ikut pada keadaan geografi setempat, kalau kat malaysia marble kita berwarna putih [langkawi[ dan kelabu2 skit [kat ipoh]... kalau dr italy [mahal gila], oman, china, indonesia, ade marble warna coklat, merah, kebiruan dan lelain... errr marble nie pon byk kalau nk citer ade traverntine dan memacam lagik... errr cukup la basic yerk ... yg pasti kalau beli marble suruh la org kat gudang tu select yg terbaik utk anda, jangan terima jer, nanti corak cam 'hamjadah' yang dapat :-), sebab corak marble tak tetap, faham2 la yerk potong kat bukit, natural mana nk dpt corak sama.


5. Mosaic... 
Biasanyer dibuat dari kaca dan seramik...size dlm 20mmx20mm ade juga yg besar skit, biasa diguna di dinding dalam bilik air or dapur....ade pelbagai corak dan size...ade juga yg buat potret guna mosaic nie dengan beratus kaler skim [sanggup bayar takpe].... 
Ada memacam lagi jenis tiles nih.. nei basic jer... errr kenal-kenalkanlah dulu yer...

note : Moga anda juga dh kenal apa itu jubin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Penaja Bersama