klik atas

backlink

gambar laju

Monday, November 28, 2011

Pengalaman melalui LPT2 Lebuhraya Pantai Timur Kuala Terengganu

Baru-baru nie saya berpeluang melalui LPT2 yang baru dibuka masa time raya arie tu.... Nok gok rasa best ker tak best naik LPT baru nih.... Lagipun bukan saja-saja nak naik... Kebetulan time tu saya kena menghadiri satu majlis perkahwinan di Batu Pahat, Johor.

Jauh gak tu dan saya tak perlu melalui tol.... (setakat nie la) [rumah k. trg - k.berang - lpt2 - bukit besi - jabor - uia kuantan - gambang - muazam - segamat - batu pahat].

LPT2 memang tak boleh naik melalui Bukit Payung lagi... eh salah boleh naik... tapi bukan ke arah kuala berang / kuantan tapi direct ke belah setiu nun.... kg sungai tong. jadi sesape yang naik kut sinun jangan la nak memandai pulak... ada yang jatuh gaung... jalan terputus karang.

Di mana jalan masuk LPT2 ni? tengok dalam my GPS macam ada tapi bila tag... GPS jadi gila... maknanya jalan masih tidak bersambung.... Jalan punya jalan .. yap senang jer nak cari pintu masuk lebuhraya LPT2 ni... Pergi menghala ke arah Ajil / Kuala berang.  Jalan lama nak ke Jabor mesti korang kenal kan? betul la.. kat simpang ajil yang ada masjid kat depan simpang tu..... LPT2 depan sikit jer... maknanya tak perlu belok kiri tapi terus menghala ke Kuala Berang, dalam 500 meter anda akan jumpa traffik light.. Hijau jer terus masuk kanan... Dah masuk Lebuhraya.... Sediakanlah duit tol tue ya.... berapa sen? Sebab korang baca blog saya nie... Kerajaan Negeri Terengganu bermurah hati bagi FREE kat korang seme... sampai tol siap dan bersedia tuntut duit ngan korang... har har.....

Pergh sedapnya masuk LPT2... tiada gangguan kesesakkan... kereta tak banyak..... opsss.... ada petugas hambat lembu di seberang sana... Ada jugak lembu terlepas kandang ya.... banyak pula tu... kalu naik atas jalan boleh bahayakan pengguna lebuhraya nie.... mesti ada tangan tangan gatal gie kerat pagar... lembu pun senang-senang hati masuk dalam... Lembu pun pandai cari jalan pintas.... lembu suka sangat tidur atas jalan... panas dan selesa katanya... kita hok lalu nie kena hati-hati bila jumpa ngan puak puok dier nih..... ingat tu!! HATI-HATI....

Bila kuar jer dari LPT2.. susur kiri..... terus jumpa simpang tiga traffik light, belok kanan terus ke simpang bukit besi (tempat rehat lori), belok kiri dan terus ke bandar al muktafi billah shah - jabor... Tengok dari perkiraan GPS, pergh! 20km jimat..... betul tak masa nie? Korang cuba try test la pulak. Tapi al-maklumla perjalanan ku masih jauh..... berhenti banyak, kerap pulak tu..... sampai lambat la jugak.... penumpang ramai.. ragamnya macam macam..... Mata tak yah nak kata la.... Apa pun... enjoy your drive..... n

Saturday, November 26, 2011

Jubin

Salam blogger's...

Malam malam cam gini terlintas cari jubin... eh pasal tak berapa banyak maklumat? Mesti ada kawan-kawan yang bertanya dan search telnet / google dalam nih. Tidak perlu lagi kita terpinga-pinga dengan semua tu... Nie hah .. saya dah jumpa... jom anime4nz share kan sikit info jubin / mozek / tiles / keramik / seramik
Jadi tanpa membuang masa, eloklah saya terangkan sedikit demi sedikit di sini utk sama2 kita mengetahui tentang apa itu jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh]
Jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk...
Ada segiempat sama, segiempat tepat, bulat, hexagon, dan pelbagai lagi ikut rekaan.
ermm... Jubin ade beberapa jenis... Antaranya :

Wednesday, November 23, 2011

15 Maksiat Undang Murka Allah

CUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.

Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.

Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.

Monday, November 21, 2011

10 Gangguan Syaitan Ketika Solat

Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama