klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, September 25, 2011

Mengiktiraf jasa perajurit negara

PASUKAN beruniform terutama pasukan keselamatan telah lama dianggap sebagai golongan pejuang yang dihormati setiap anggota masyarakat atas jasa dan keberanian mereka berada di barisan hadapan demi rakyat jelata.

Malangnya, selepas beberapa generasi, jasa mereka mula dilupakan dan cuba dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan peribadi memandangkan tidak ramai lagi saksi keberanian perajurit negara yang masih hidup dan mampu berkongsi kisah.

Hakikatnya, sama ada di bawah British atau selepas merdeka, setiap individu yang berani menyertai pasukan polis atau tentera layak diperakui sebagai wira negara.

Terutama sekali pada waktu darurat dan pergolakan bersenjata akibat cubaan komunis merampas pentadbiran negara, setiap anggota polis dan tentera dengan ikhlas menjalankan tugas walaupun mengetahui mereka mungkin cedera, cacat mahupun maut di tangan musuh pada bila-bila masa.

Bagi segelintir anggota keselamatan yang melangkaui keberanian manusia biasa, pingat keberanian menjadi bukti perjuangan mereka demi melindungi rakyat.

Antara pingat yang memperakui jasa perajurit negara adalah Pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B), Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) dan Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Pingat PGB diwartakan pada 11 Ogos 1960 sebagai penghormatan kepada mereka yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata dan telah menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa sewaktu menghadapi musuh.

Anugerah ini juga boleh dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia sebagai lambang penghormatan terakhir perajurit yang gugur demi mewariskan negara yang aman untuk generasi hari ini.

Pingat SP pula merupakan anugerah tertinggi dan paling kanan dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan yang diwartakan pada 11 Ogos 1960.

Anugerah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang masih hidup atau meninggal dunia yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan.

Menurut portal Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tiga individu menerima pingat SP, manakala 52 individu menerima pingat PGB sehingga kini.

Pingat PJM adalah Campaign Medal yang dizahirkan pada 3 Mac 2004 yang dianugerahkan kepada warga ATM dan anggota pasukan pengaman dari negara-negara sahabat yang telah bertugas menegakkan keamanan dan kedaulatan negara sepanjang tempoh Darurat Pertama dan Darurat Kedua, tanpa mengira jantina mahupun masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Antara perajurit negara yang menerima pingat tersebut ialah Pegawai Waran 1, Kanang anak Langkau dari Simanggang, Sarawak yang berkhidmat dalam Batalion Kelapan Renjer Diraja.

Kanang dianugerahkan pingat SP dan pingat PGB ketika masih hidup dan merupakan satu-satunya individu yang menerima kedua-dua pingat gagah berani dalam ATM.

Antara keberanian beliau adalah ketika serangan di Kubu Legap pada 1 Jun 1979 menentang musuh yang lebih ramai daripada anggota pasukannya. Beliau menamatkan perkhidmatan selepas 21 tahun berkhidmat.

Leftenan Kedua, David Fu Chee Ming yang merupakan Komander Platun Kelapan Kompeni C Batalion Keempat Renjer Diraja turut menerima pingat PGB kerana memimpin 24 anggota menentang 70 musuh di Tanah Hitam pada Ogos 1970.

Platun beliau bertahan selama tujuh jam daripada serangan hebat dan berjaya membunuh empat musuh tanpa kehilangan anggota pasukan.

Mejar Ismail Salleh, Komander Kompeni Batalion Keenam Renjer Diraja menerima pingat PGB atas keberanian dalam ‘Operasi Badak’ bersama Platun 8 dan Platun 9 pada Ogos 1970 di Estet Pelam, Klian Intan, Perak ketika sekumpulan musuh cuba menyelinap masuk dari sempadan Thailand.

Leftenan Kedua Baharin Abd Jalil, Komander Platun dalam Kompeni A Batalion Pertama Renjer Diraja pula menerima pingat PGB selepas berjaya membunuh sekumpulan pengganas komunis dalam ‘Operasi Hentam’ di Kampung Goebilt, Sarawak pada Mac 1971.

Turut menerima pingat PGB bersama Baharin dalam operasi sama ialah Renjer Lan Anak Gima yang bersama dalam serangan sengit yang berjaya membunuh 13 orang komunis.

Prebet Ielias Ibrahim pula merupakan satu-satunya anggota Rejimen Askar Wataniah yang menerima pingat PGB daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di atas kejayaannya membunuh tiga orang pengganas komunis.

Ini merupakan antara nama-nama perajurit yang masih dapat disanjung rakyat selepas menerima pengiktirafan tetapi janganlah dilupakan pejuang yang namanya hilang di hutan-hutan dan medan perang demi negara.
Jangan dihina perjuangan murni itu dan tidak boleh dibiarkan ia dihina sesiapa sekalipun atas agenda sempit agar pengorbanan darah dan nyawa perajurit tidak perlu diulangi generasi muda kelak.

Jom Join Rejimen 512 Askar Wataniah Batalion 1, Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online