klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, August 21, 2011

Keadaan dunia jejas kos sara hidup

PASARAN saham dunia melalui satu lagi ujian getir pada 2011. Hal ini dapat dilihat apabila nilai saham berjumlah lebih daripada 62 bilion pound sterling lenyap di pasaran saham London baru-baru ini apabila indeks FTSE-nya jatuh sebanyak 239 mata atau 4.5 peratus kepada 5092.

Perkara serupa berlaku terhadap Dow Jones Industrial Averase (DJIA) AS apabila ia merekodkan kejatuhan lebih 419 mata atau 3.7 peratus kepada 10991.

Sistem ekonomi dunia yang saling berkait telah menyebabkan apa yang berlaku di AS itu turut memberi kesan kepada pasaran saham lain di seluruh dunia termasuk Malaysia apabila KLCI turut jatuh iaitu di bawah paras 1500 mata.

Kejatuhan pasaran saham dunia ini adalah kesan daripada pengumuman yang dibuat oleh agensi penarafan kredit terkemuka dunia iaitu Standard & Poor’s (S&P). Secara khususnya penurunan taraf kredit AS daripada AAA kepada AA+ iaitu pertama kali berlaku dalam sejarah bukan sahaja memburukkan ekonomi AS tetapi dunia kerana dunia boleh sekali lagi terjerumus ke dalam kancah krisis ekonomi jika tidak ditangani secara komprehensif oleh AS khususnya dan lain-lain negara atau kuasa ekonomi amnya.

Kesan langsung daripada penurunan taraf yang dibuat oleh Standard & Poor’s (S&P) itu telah membawa kepada kejatuhan nilai pasaran saham sebanyak AS$2.5 trilion dalam tempoh seminggu sahaja selepas ia diumumkan. Dengan kata lain penurunan taraf ini telah mengundang rasa panik, hilang kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pengguna terhadap perniagaan dan pasaran kewangan.

Sesetengah pihak beranggapan usaha pemulihan ekonomi AS sebelum ini boleh diibaratkan sebagai ‘terhenti’. Andaian dan harapan sesetengah pihak bahawa ekonomi dunia akan pulih selepas AS melancarkan pakej pemulihan ekonominya pada 2007 ekoran krisis subprima mungkin boleh dianggap sebagai meleset. Hari ini harapan yang dimahsyurkan oleh AS kepada warganya dan seluruh dunia tentang perancangan pemulihan ekonominya itu bagaikan menuju jalan ‘mati’.

Seperti diketahui jumlah hutang subprima AS pada Mac 2007 berjumlah AS$1.3 trilion telah meningkat sebanyak 79 peratus iaitu daripada AS$730 bilion pada 2006. Kesan daripada krisis ini telah membawa kepada krisis ekonomi dunia. Negara terbabit telah memperuntuk sejumlah dana pemulihan ekonomi yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan AS memperuntukkan AS$700 bilion, Great Britain sebanyak 500 bilion pound sterling, China AS$586 bilion dan Malaysia sendiri sebanyak RM12 bilion atas nama untuk keluar dengan kadar segera dari kancah kemelesetan ekonomi. Namun demikian apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan bahawa dunia masih belum bebas sepenuhnya dan tidak mustahil terjerumus sekali lagi ke dalam kancah kejatuhan ekonomi kali yang kedua dalam tempoh tidak sampai sedekad.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa strategi menyuntik sejumlah dana pemulihan ekonomi yang besar belum mampu membebaskan mereka daripada kemelut kelembapan ekonomi. Dengan kata lain kerajaan setiap negara perlu memberi penekanan terhadap pembentukan polisi dan pakej rangsangan dan agihan yang lebih komprehensif dan cekap. Di samping itu satu usaha ke arah mewujudkan kerjasama lebih erat di peringkat serantau, antarabangsa dan global amat perlu diusahakan. Pendekatan sedemikian mampu membantu negara terbabit membangunkan pelan pemulihan ekonomi yang komprehensif di ketiga-tiga peringkat pemulihan iaitu jangka pendek, sederhana dan panjang negaranya sahaja tetapi serantau, antarabangsa dan dunia.

Namun demikian usaha memulihkan ekonomi bukan sahaja mengambil masa tetapi menuntut kerjasama politik yang tinggi (domestik, serantau, antarabangsa dan dunia). Ekonomi sesebuah negara akan lebih sukar untuk dipulihkan sekiranya ahli politiknya lebih gemar mencari keuntungan politik dari duduk bersama mencari jalan pemulihan terbaik.

Kerajaan
Hakikat jelas membuktikan bahawa realiti ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dunia. Sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat maka ia bertanggungjawab memastikan kelangsungan ekonomi Malaysia. Isu-isu seperti peningkatan inflasi, kos sara hidup, gejala sosial, jenayah dan kesukaran mendapat pekerjaan amat berkait rapat dengan masalah kemeleseten ataupun kelembapan ekonomi. Untuk itu ia harus ditangani secara terancang dan bukan bersifat ad hoc.

Mengambil kira kadar inflasi negara seperti dilaporkan pada Julai 2011 ialah 3.1 peratus berbanding purata untuk tempoh 2005 hingga 2010 iaitu 2.77 peratus jelas menunjukkan persekitaran ekonomi semasa dunia telah menyumbang kepada peningkat inflasi dan ekonomi negara. Dengan kata lain jika permasalahan ekonomi dunia hari ini tidak ditangani dengan baik maka tidak mustahil untuk negara sekali lagi terjurumus kepada kadar tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah negara iaitu 8.50 peratus pada Julai 2008. 

Untuk itu agensi-agensi kerajaan dan swasta terutamanya yang berkaitan dengan penghasilan barangan pengguna perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan mereka dapat berperanan secara efektif dalam segala aspek berkaitan penghasilan barangan pengguna ataupun penghasilan negara dapat dilakukan pada tahap kecekapan tertinggi. Dengan kata lain agensi-agensi kerajaan berkaitan sewajarnya menyediakan polisi dan sokongan berkesan dalam mendokong pengamal industri menghasilkan produk mereka secara cepat, murah, berkualiti, selamat dan konsiten. Jika usaha kolektif ini (agensi kerajaan dan pengamal industri) dapat direalisasikan maka adalah tidak mustahil untuk negara menurunkan lagi kadar inflasinya iaitu ke tahap lebih rendah.

Di samping itu kerajaan turut perlu memastikan dasar monetarinya bersesuaian dengan persekitaran semasa, dasar fiskal yang berhemat dan menjurus kepada kecekapan maksimum, memastikan kawalan harga barangan melalui penguatkuasaan benar-benar berlaku dan secara berterusan, melakukan kawalan bekalan seperti melonggarkan kuota import bila perlu, mewujudkan stok penimbal kebangsaan, memastikan Pusat Panggilan Kebangsaan benar-benar berfungsi secara berkesan dalam menerima aduan pengguna dan menyalurkannya kepada pihak berwajib untuk tindakan penguatkuasaan. Majlis Harga Negara yang telahpun wujud wajar berperanan pada tahap kecekapan tertinggi dalam memantau paras harga dan merangka dasar bersesuaian bagi menjamin kestabilan harga dan kecekapan sistem bekalan dan pengedaran negara tercapai.

NKRA dan NKEA
Kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat juga wajar ditangani secara serius. Menjadikannya sebagai satu lagi NKRA negara adalah satu langkah yang baik. Namun begitu ia sepatutnya lebih awal lagi telah menjadi salah satu daripada NKRA. Pada dasarnya banyak faktor yang menyumbang kepada isu peningkatan kos sara hidup ini. Salah satu punca utamanya ialah pendapatan perkapita rakyat yang masih rendah. Menguatkuasakan undang-undang berkenaan pembayaran gaji minimum adalah penyelesaian jangka pendek. Langkah yang lebih wajar diambil ialah mentransformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan negara sepenuhnya.


Berwaspadalah dengan kemerosotan Ekonomi Dunia pada 2012 ! !


Inflasi 2012 mungkin bertambah parah dari tahun 2008 ! !


Kenaikan barang mungkin sukar di kawal tahun 2012 ! !


Bahangnya kini terasa..... BERINGATLAH ! !..... Apa Yang Perlu Kita Lakukan ? ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online