klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, August 14, 2011

Bukan Melayu Kurang Minat AW

Buat Promosi beri penerangan tarik bumi dan non-bumi sertai pasukan sukarelawan

Kuala Terengganu - Kaum bukan Melayu kurang berminat menyertai Askar Wataniah (AW) kerana kurang kesedaran mengenai peranan dan sumbangan yang boleh diberikan melalui penyertaan dengan badan sukarelawan tersebut.

Timbalan Komandan, Rejimen 512 Kem Padang Midin, Leftenan Kolonel Adnan Othman berkata, usaha berterusan dilakukan termasuk membuat promosi ke daerah dan kampung bagi memberikan penerangan yang jelas untuk menarik golongan tersebut.

Menurutnya, AW juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, bagi menarik minat golongan Melayu dan bukan Melayu untuk menyertai pasukan sukarelawan ini.

"Kita sememangnya mahu menarik minat mereka (bukan Melayu) untuk menceburi bidang ini yang turut mempunyai pelbagai cabang kemahiran dan kelebihan selain memperoleh elaun".

"Malah mereka juga boleh mendapat pelbagai keistimewaan termasuk mendapat perkhidmatan rawatan percuma jika ke Hospital Kerajaan sepertimana keistimewaan yang diterima Angkatan Tentera Malaysia(ATM)".

"Sekiranya pelatih mengikuti latihan secara berjadual, peluang kenaikan pangkat adalah cerah".

"Sekiranya ada kekosongan bagi jawatan tetap, mereka juga layak untuk mengisi kekosongan yang ada" katanya selepas Majlis Penutup Kursus Kadar PTTR (S) Siri 1/2011 di Rejimen 512 AW Padang Midin.

Pada majlis itu, seramai 70 pelatih berjaya menamatkan latihan asas kursus yang telah bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 29 Julai 2011di Kem Padang Midin.

Sebelum itu semasa berucap, Adnan berkata, AW adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan sukarela yang lain.

"AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia dan sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi".


Find us at Facebook / Rejimen 512 Askar Wataniah Batalion 1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online