klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, August 16, 2011

Bayar zakat guna SMS

PELANGGAN beragama Islam Maxis Berhad (Maxis), di Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang dan Terengganu akan menikmati kemudahan untuk membayar zakat fitrah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS hasil perkhidmatan mZakat yang ditawarkan syarikat terbabit).

Dengan perkhidmatan mZakat, pelanggan boleh memenuhi tuntutan agama mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Perkhidmatan mZakat Maxis terbuka kepada pelanggan prabayar dan juga pascabayar.

Jumlah pembayaran zakat fitrah akan dicaj kepada bil telefon para pelanggan pascabayar atau ditolak dari baki prabayar pelanggan.

Perkhidmatan berkenaan amat mudah untuk digunakan.

Pelanggan boleh membuat pembayaran dengan hanya menaip “FITRAH (nama negeri)" dan menghantar SMS tersebut kepada 22032.

Mereka kemudian perlu membekalkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan bilangan orang yang zakat fitrahnya ditanggun.

Selepas itu, mereka akan menerima SMS mengenai jumlah yang perlu dibayar yang mana jumlahnya perlu disahkan sebelum sebarang caj boleh dikenakan kepada pengguna.

Kesemua SMS yang dihantar mahupun diterima oleh pelanggan Maxis untuk perkhidmatan mZakat ini adalah percuma dan tidak dikenakan caj.

Tambahan lagi, perkhidmatan pencetakan resit secara dalam talian juga boleh didapati daripada portal Maxis, supaya pelanggan boleh mencetak resit untuk melakukan tuntutan rebat cukai.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, pihaknya gembira dapat menawarkan kemudahan tersebut kepada pelanggan beragama Islam.

‘‘Ini merupakan suatu penyelesaian yang efektif kepada masalah ketiadaan masa untuk melawat kaunter-kaunter zakat fitrah atau kepada sesiapa yang ingin membuat pembayaran pada saat-saat terakhir.

‘‘Ia juga amat berguna kepada golongan yang mengalami kesukaran untuk ke kaunter-kaunter zakat kerana komitmen kerja, dan juga golongan komuniti kurang upaya. ,’’ kata beliau.

Malah, keseluruhan proses transaksi pembayaran ini mengambil masa kurang lima minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online