klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, June 29, 2011

Kaunter Jualan Di Kemaman

Tanggal 21hb Jun 2011 minggu lepas saya berkesempatan membuka kaunter jualan di Padang Astaka, Cukai, Kemaman selama 4 hari (22hb - 25 Jun 2011). Persiapan pembukaan dilakukan sebelah petang dan pagi Rabu. Banyak juga persiapan yang perlu dilakukan memandangkan kami kekurangan kakitangan. Setiap warga KOPERAT memerah kudrat pada hari tersebut. Letih memang letih tapi kami yakin mampu tangani bersama-sama.... Banyak juga rintangan/masalah yang terpaksa kami tempuhi semasa menyiapkan kaunter kami....

Sunday, June 19, 2011

Myvi baharu catat rekod?

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menjangka model Myvi baharu mampu untuk mencapai jualan seperti mana Myvi generasi pertama kerana cirinya yang lebih moden dan menarik.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, jualan Myvi sebelum ini telah mencecah 487,400 buah sejak diperkenalkan pada 2005 dan merupakan model yang mencatat jualan jualan tertinggi dalam pasaran tempatan bagi tempoh lima tahun lepas.

Beliau berkata, sambutan yang diterima begitu baik. Malah ada beberapa gerai pameran terpaksa dibuka sehingga pukul 2 pagi selepas pelancaran rasmi serentak di 178 gerai pameran Perodua di seluruh negara
.

Saturday, June 18, 2011

Dato' Siti Nurhaliza dan 7 Artis Sertai Askar Wataniah!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato' Siti Nurhaliza serta beberapa orang artis terkenal Malaysia yang terdiri daripada Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Ana Raffali, David Teo, Aizat, Mohd. Nor Don serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadhan iaitu Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi yang telah berbesar hati untuk menyertai rejimen askar wataniah. Bermula semalam, mereka telah menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik menyertai Rejimen Askar Wataniah. Penyerahan uniform itu telah pun dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan.

Tuesday, June 14, 2011

Gempa Bumi di Malaysia

14/06/2011 12:01pm

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.

Menara berkembar 30 tingkat mercu tanda baru di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Menara berkembar setinggi 30 tingkat bakal menjadi mercu tanda baru Negeri Terengganu tidak lama lagi.

Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, kerajaan Negeri setuju untuk membina Menara berkembar bagi menempatkan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan Menara Yayasan Terengganu. (Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Menurutnya, menara itu bakal dibina di kawasan pengambilan semula tanah di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan keluasan tanah 16 hektar.

“Perancangan untuk membina dua bangunan itu terdapat dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dengan kos ditanggung Kerajaan Negeri sepenuhnya.

“Menara untuk MBKT kini dalam proses mereka bentuk pelan yang sesuai. Setakat ini telah dipersetujui untuk membina menara dengan ketinggian 30 tingkat. Manakala bagi satu lagi bangunan untuk menempatkan tiga Yayasan Terengganu pula akan menyusul selepas proses pembinaan menara MBKT selesai.

“Fokus sekarang kepada Menara MBKT terlebih dahulu, baru menyusul proses untuk membina Menara Yayasan,” katanya semasa sidang media pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik Yayasan Terengganu (YT), Penyampaian Sijil 5S dan juga Penyerahan Dokumen Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod Fungsian di Dewan Besar YT, semalam.

Turut hadir Pengarah YT, Aziz Mamat, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dr Samsiah Muhamad dan juga Pegawai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Muhaslizawati Mohd Bakri.

Katanya, berkemungkinan Menara Yayasan-yayasan Terengganu akan dibina dengan ketinggian sama kerana ia melibatkan tiga yayasan dalam satu bumbung.

Mazlan berkata, tetapi semua itu masih dalam proses dan sebarang kemungkinan boleh berlaku dan anggaran kos juga bergantung pada pelan reka bentuk.

Monday, June 13, 2011

Terengganu Isytihar Cuti Umum Ahad 19 Jun 2011

KUALA TERENGGANU, 13 Jun 2011: Kerajaan Terengganu baru je malam ni mengisytiharkan cuti umum minggu hadapan, HARI AHAD 19 JUN 2011 sebagai meraikan kejayaan skuad Penyu Peteh & Nelang  yang muncul juara dan membawa pulang Piala FA & Piala SUKMA. Pengumuman sebentar tadi diumumkan dihadapan penyokong-penyokong setia dan seluruh rakyat negeri Terengganu yang berkumpul di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Kejayaan Skuad Penyu mengalahkan Kelantan dengan 2 - 1 ternyata detik amat bermakna apabila ditambah pula kemenangan berganda yang dicapai oleh atlit SUKMA yang berlangsung di KL berjaya merangkul tempat pertama dengan kutipan 30 Emas, 8 Perak dan 12 Gangsa.


SYABAS buat Pasukan Terengganu!!!!

Kesan Akad Perjanjian Jual Beli Rumah Terabai

RAMAI pembaca bertanya mengenai tanggungjawab rumah terbengkalai yang sudah dibeli oleh orang ramai, sama ada ia tanggungjawab pembeli, pemaju atau pihak bank. Menyentuh perkara ini, yang perlu anda faham ialah kesan dan akibat jika rumah itu terbengkalai. 


Mari kita lihat apa berlaku jika rumah itu terbengkalai dan siapa patut dipertanggungjawabkan daripada kaca mata Islam.

Jika kita melihat dalam proses pembiayaan BBA bagi rumah dalam proses pembinaan di Malaysia. Secara umumnya, aturan akad atau kontraknya seperti berikut:

Sunday, June 12, 2011

Rahsia KFC Terbongkar

NEW YORK – Siapa tak kenal ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC)? Rahsia lazatnya tersimpan di 11 bumbu racikan rahsia milik Kolonel Sanders. Sayangnya bukan rahsia lagi, sebab seorang warga AS berhasil memecahkan kombinasi itu. Lelaki itu bernama Ron Douglas dan dia bukan seorang tukang masak professional. Dia terobsesi membongkar 11 bumbu dan rempah rahsia KFC yang diciptakan Kolonel Harland David Sanders pada 1935 itu dan meninggalkan pekerjaannya sebagai Manager Kewangan di JPMorgan di Wall Street pada 2007. Akhirnya, perjuangan tahunan itu membuahkan hasil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama