klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, May 8, 2011

Cara Jejak Haiwan

RAMAI daripada kita yang mempunyai binatang peliharaan seperti kucing, anjing, arnab dan sebagainya.
Bagaimanapun, saat yang paling dikhuatiri oleh kebanyakan daripada pembela haiwan kesayangan ini ialah jika haiwan itu tidak lagi pulang ke rumah selepas keluar berjalan-jalan.

Ketika itulah, kita dapat melihat betapa akrabnya hubungan antara manusia dan haiwan kerana sudah tentu ramai yang akan meratap atas pemergian haiwan kesayangan mereka itu yang dianggap seperti anggota keluarga sendiri.

Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi, segala masalah pasti ada penyelesaiannya kerana anda kini tidak perlu risau lagi ke manakah perginya binatang peliharaan anda itu.

Gajet Penjejak Haiwan
Bagi mereka yang ingin menggunakan teknologi bagi memastikan haiwan peliharaan tidak hilang, terdapat dua jenis teknologi yang boleh digunakan iaitu memakaikan haiwan dengan gelang penjejak GPS atau membuat 'pagar maya' supaya haiwan tidak boleh keluar dari kawasan rumah.

Penjejak GPS
Sistem kedudukan global (GPS) sememangnya telah banyak digunakan sama ada untuk kegunaan ketenteraan atau sebagai alat panduan pemanduan kepada kebanyakan kereta di seluruh dunia.

Jika menggunakan GPS, alat itu boleh menunjukkan arah lokasi dengan tepat dalam masa beberapa saat sahaja atau memberikan maklumat mengenai kedudukan atau kelajuan sesebuah kenderaan.

Kini alat GPS diperluaskan lagi kegunaannya apabila ia dipasang kepada kolar haiwan yang bertujuan membolehkan pemilik haiwan mengesan anjing atau kucing mereka yang hilang dengan mudah.

Apabila haiwan dipakaikan kolar dengan penjejak GPS, sistem satelit akan mengesan di mana lokasi haiwan itu dan kemudian menyalurkan maklumat melalui Internet, telefon bimbit atau peranti khas.

Sesetengah sistem penjejak membolehkan pemilik mewujudkan sempadan maya bagi had kawasan yang boleh dilalui oleh haiwannya dan jika haiwan itu melanggar sempadan maya itu, ia akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Antara syarikat yang mengeluarkan produk seumpama itu ialah SpotLight GPS Pet Locator yang bekerjasama dengan American Kennel Club Companion Animal Recovery (AKC CAR), perkhidmatan penyelamat haiwan peliharaan di Amerika Syarikat.

Alat SpotLight GPS Pet Locator merupakan peranti GPS yang kalis air dan tahan lasak.

Menggunakan teknologi Google Map, anda boleh menjejak dan mendapatkan kembali haiwan anda yang hilang dalam masa yang cepat. Pemilik alat itu juga boleh mengakses pusat panggilan dan pasukan penyelamatnya.

Penjejak gelombang
Kekurangan menggunakan teknologi GPS atau satelit untuk mengesan haiwan anda ialah ia tidak dapat mengesan jika haiwan itu berada di dalam rumah atau bangunan. Maka, untuk tujuan itu, anda perlu menggunakan teknologi pengesan yang menggunakan gelombang radio.

Lost Feline Locator merupakan teknologi penjejak menggunakan gelombang radio yang membolehkan anda menjejak sehingga dua haiwan serentak.

Apabila membeli alat ini, anda akan diberi alat sebesar telefon bimbit yang akan akan menjejak kucing anda yang telah dipasang dengan kolar pengesan 'homing tag.'

Alat ini akan berbunyi semakin kuat dan lampu menyala semakin terang apabila anda semakin hampir dengan kucing anda tanpa mengira sama ada haiwan itu bersembunyi di dalam almari, bilik atau sofa anda.

Memandangkan alat 'homing tag' itu hanya seberat 5.1 gram, kucing atau anjing anda tidak akan terasa walaupun ia telah dipasang kepadanya. Bagaimanapun, alat ini hanya boleh mengesan dalam jarak kira-kira 91 meter.

Selain Lost Feline Locator, anda juga boleh mendapatkan satu lagi gajet yang fungsinya hampir sama iaitu Pet Loc8tor yang sesuai untuk mengesan kucing, anjing atau lain-lain haiwan kecil yang aktif.

Set pengesan Pet Loc8tor mempunyai dua 'homing tag' untuk dipasang kepada kolar haiwan dan juga peranti 'homing' yang akan mengesan kedudukan tag tersebut.

Pet Loc8tor mempunyai jarak liputan sehingga 125 meter dan tempoh mencari haiwan hanya mengambil masa beberapa minit atau saat jika mereka berada dalam jarak liputan.

Selain Loc8tor, sebuah lagi syarikat yang memperkenalkan sistem mengesan anjing menggunakan kolar GPS dan signal radio ialah Retrieva.

Alat Retrieva menggunakan set cip SIRFIII GPS, pemancar signal radio 433mHz dan juga kalis air. Pengguna yang membeli sistem ini akan mendapat perisian pemetaan ViewRanger yang boleh digunakan kebanyakan telefon pintar termasuk I-Phone, Nokia, HTC, Samsung dan sebagainya.

Sistem ini juga boleh dilengkapi dengan kad Sim dan modem gelombang quad untuk membolehkan haiwan peliharaan anda dapat dikesan walaupun ia berada di luar liputan GPS seperti di dalam bangunan.

Sistem Retrieva juga mempunyai kemudahan untuk anda membuat 'pagar maya' di dalam peta di kawasan rumah anda, yang mana sistem akan menghantar SMS kepada telefon jika haiwan itu keluar dari sempadannya.

Sistem yang terkenal di United Kingdom ini perlu mempunyai langganan dengan syarikat perkhidmatan rangkaian di negara itu.

Bagi yang gemar berburu dengan anjing, mereka juga kini mempunyai pilihan.

Sebenarnya terdapat banyak produk kolar GPS terdapat di pasaran, antaranya ialah kolar anjing penjejak anjing GPS Garmin Astro, sistem kedudukan haiwan GPS RoamEO, pengesan anjing GPS Zoombak.

Pagar maya
Pagar maya haiwan atau invisible pet fence merupakan satu lagi teknologi yang boleh digunakan untuk memastikan haiwan peliharaan tidak keluar jauh dari rumah tanpa perlu mengikat mereka dengan tali.

PetFence Solutions misalnya merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan tersebut bagi memastikan kehidupan haiwan peliharaan, pemilik dan jiran yang berkualiti, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Sebelum sistem ini boleh digunakan, pemilik haiwan perlu menanam wayar di dalam kawasan sempadan yang akan menjadi pagar maya kepada haiwan anda.

Pagar ini beroperasi menggunakan signal radio yang tidak akan kelihatan di mata kasar.

Haiwan peliharaan yang melanggar sempadan maya tersebut akan diberi amaran dengan bunyi terlebih dahulu jika menghampiri pagar tersebut.

Bagaimanapun, jika ia masih degil dan melanggar 'pagar' yang telah dibina, satu getaran kecil yang mengejutkan akan terjadi melalui kolar yang dipakainya sehingga ia kembali ke tempat asal.

Bagaimanapun, getaran seperti terkena elektrik statik itu tidak memberikan kesan berbahaya kepada haiwan tersebut.

Kesimpulannya, setiap tahun lebih 10 juta haiwan peliharaan hilang di seluruh dunia dan hanya 40 dan 40 peratus sahaja berjaya ditemui kembali oleh tuannya.

Sehubungan itu, penggunaan teknologi diharap dapat meredakan kebimbangan sesetengah pemilik anjing, kucing atau lain-lain haiwan peliharaan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online