klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, April 19, 2011

Tips Membeli Kediaman

SEWAKTU sibuk mencari rumah yang sesuai untuk didiami, pelbagai perkara menjadi ukuran. Selain rumah, lokasi, kemudahan di kawasan kejiranan dan nilai masa depan juga harus diutamakan.

Selagi ada pembeli yang berminat di sesuatu kawasan, pihak bank memberi pinjaman dan terdapat pembangunan berterusan, tempat itu mempunyai potensi besar untuk berkembang serta pembeli wajar melabur ke atasnya, kata Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Jualan, Naza TTDI Sdn. Bhd., Mohd. Johan Shadli Mohd. Daud.

Beliau yang ditemui pada majlis previu dan perancangan masa depan Naza TTDI menambah, memandangkan pasaran hartanah berdepan dengan situasi yang tidak menentu, semuanya hanya terserah kepada faktor utama iaitu lokasi kawasan.

“Pada masa ini, Kajang di Selangor mempunyai potensi. Ia sedang membangun dan berhampiran dengan Cheras serta Kuala Lumpur. Saya dapati harga hartanah juga meningkat,” katanya memberi contoh.

Johan menambah, dengan kemudahan infrastruktur jalan raya seperti lebuh raya Silk, Lekas dan lain-lain, ia bakal memudahkan pengguna dan pembeli berpotensi untuk memiliki kediaman di bandar itu.

“Jika pembangunan komersial, pengangkutan dan kemudahan mengambil tempat, kita sama sekali boleh melabur di kawasan itu,” tambahnya.

Dengan pembangunan pesat bidang hartanah, adalah wajar pembeli menilai beberapa kriteria sebelum membuat keputusan. Berikut disenaraikan beberapa tip yang dipetik daripada beberapa laman web hartanah untuk panduan pembeli.

Sebelum itu, adalah disarankan agar pembeli tidak tergesa-gesa mengambil keputusan sekiranya seseorang ejen memaksa anda supaya menerima sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu.

Memiliki kediaman impian bermula dengan perancangan teliti!!!

Antara perkara yang perlu diambil kira semasa membeli harta adalah:

* Saiz dan harga harta.
* Jangkaan nilai masa depan.
* Jenis dan kondisi tanah kawasan.
* Tahap pembinaan di kawasan itu.
* Kemudahan utiliti seperti air, elektrik, telefon dan lain-lain yang perlu.
* Keadaan akses jalan.
* Pusat beli-belah atau kedai yang berdekatan.
* Keadaan keselamatan di sekitar kawasan kejiranan itu.
* Sekolah, taman permainan, kemudahan perubatan, makanan dan sebagainya.
* Lawat kawasan tersebut semasa waktu hujan yang teruk untuk memastikan ia bebas daripada bencana banjir.
* Kos insurans bagi kawasan itu.
* Memastikan kawasan itu dekat dengan tempat kerja anda, isteri atau pengasuh kanak-kanak.
* Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan itu.
* Jika ia kawasan perumahan yang sudah matang, cuba bercakap dengan jiran-jiran untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan itu. Dari segi keselamatan, pencemaran dan sosial.
* Pastikan anda bersedia pada harga yang ditawarkan. Amnya, harga akan berubah dari satu fasa ke fasa berikut. Bersedia dengan kos tambahan untuk rumah seperti mengubah suai, memasang pagar, lampu, kipas dan lain-lain.
* Jika anda peka terhadap alam sekitar, pastikan pembangunan masa depan yang dirancang.

Layari juga laman portal KOPERAT untuk ketahui perumahan terbaru sekitar Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama